omniture

Parascript Melangkah Lebih Jauh dalam Pemprosesan Dokumen Pintar melalui FormXtra.AI 8.3

Parascript, LLC
2022-02-16 20:23 55

FormXtra.AI 8.3 Parascript yang menggunakan Pembelajaran Pintar ini menukar aktiviti kompleks yang cenderung ralat, mahal dan memakan masa yang biasa, menjadi tempoh pengiraan mudah dengan tangkapan yang canggih.

LONGMONT, Colorado, 16 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Parascript yang telah menyampaikan automasi berprestasi tinggi selama lebih 25 tahun dan memproses lebih 100 bilion dokumen setiap tahun, hari ini mengeluarkan versi baharu FormXtra.AI yang sekali lagi menambah sokongan terhadap keperluan IDP berprestasi tinggi, kali ini untuk data yang benar-benar tidak berstruktur seperti kontrak dan dokumen sarat teks lain yang kurang seragam.

"Salah satu keperluan yang telah kami dengar berulang kali daripada rakan kongsi dan para pelanggan ialah tentang keupayaan mengautomasikan analisis dan pengekstrakan data daripada dokumen tidak berstruktur seperti yang lazimnya wujud dalam dokumen pinjaman dan rekod kesihatan," kata Greg Council, Naib Presiden Pemasaran & Pengurusan Produk Parascript.

Dengan pelancaran versi 8.3 FormXtra.AI ini, Parascript menambah huraian teks berasaskan tatabahasa yang boleh dilatih menggunakan teknik pemprosesan bahasa semula jadi (NLP) untuk mengesan maklumat yang diperlukan yang sering tersembunyi dalam perenggan teks. Oleh kerana keupayaan ini ialah sebahagian daripada Pembelajaran Pintar, para pelanggan mendapat manfaat daripada pengurangan yang ketara yang sama dalam konfigurasi, pengoptimuman dan penggunaan. Berikut merupakan beberapa sorotan:

FormXtra.AI 8.3 dipertingkatkan dengan keupayaan untuk berfungsi dengan teks dan tulisan tangan yang tidak berstruktur.
Apakah itu teks tidak berstruktur? Sekiranya anda pernah melihat polisi insurans atau cetakan halus pada perjanjian kad kredit anda, anda telah melihat maklumat tidak berstruktur. Ini ialah jenis maklumat penting yang tidak mengguna pakai teknik penangkapan data tradisional menggunakan lokasi atau kata kunci yang boleh menentukan lokasinya pada sesuatu halaman atau dokumen. Dengan menggunakan teknologi pembelajaran mesin mendalam dan NLP baharu sebagai asas, para pelanggan hanya perlu menandakan data sasaran pada sampel dan sistem tersebut akan melakukan langkah seterusnya. Algoritma NLP menganalisis contoh yang disediakan, mentafsir jenis dan konteks yang berkaitan dengan data sasaran secara automatik, memilih skim latihan optimum yang bergantung kepada jenis lokasi, format nilai dan ciri-ciri lain medan sasaran dan mengetahui cara untuk mengesan data yang serupa pada dokumen dengan pasti. Bagi para pengguna, ini bermakna bahawa Parascript telah memperluas jenis penggunaan dan pelbagai dokumen yang boleh diproses menggunakan FormXtra.AI dengan banyak.

SignatureXpert.AI disepadukan sepenuhnya dalam dan dengan FormXtra.AI 8.3.
SignatureXpert.AI ialah sebuah produk generasi seterusnya berdasarkan kaedah dan pendekatan Kecerdasan Buatan (AI) yang paling inovatif dalam analisis imej dan pengecaman corak serta dibangunkan daripada pengalaman selama lebih 15 tahun dalam pengesanan dan pengesahan tandatangan. Perkara ini menghasilkan automasi ketepatan yang benar-benar suatu pembaharuan dan lebih baik berbanding manusia untuk pelbagai tugas pengesahan tandatangan. SignatureXpert.AI berfungsi dengan dokumen yang mempunyai julat resolusi yang luas (96dpi – 300dpi) dan berjaya mengesan tandatangan sasaran pada sebarang jenis dokumen termasuk yang mempunyai data bertulisan tangan selain daripada tandatangan sebenar.

Peningkatan dan penambahbaikan lain termasuk:

  • Penambahan penjanaan halaman automatik untuk dokumen dengan medan bertulisan tangan. FormXtra.AI memiliki beberapa keupayaan yang mengubah tugasan sukar dalam mengkonfigurasi pengekstrakan data menjadi sesuatu yang semudah menekan butang. Fungsi penjanaan halaman automatik tersebut kini telah dikembangkan dengan keupayaan untuk berfungsi dengan dokumen bertulisan tangan. Hanya import sampel imej halaman dan nilai betul yang berkaitan dengan medan sasaran padanya - perisian ini akan melakukan yang seterusnya.
  • Penambahan dokumen pratakrif, seperti Invois Kanada ke dalam koleksi definisi yang Sedia untuk Digunakan. Ini meningkatkan kebolehgunaan dan ciri mesra pengguna produk tersebut kerana ia menawarkan penyelesaian yang sedia untuk digunakan yang telah ditambah baik bagi jenis dokumen generik yang digunakan secara meluas.
  • Keupayaan pengesanan dan pengecaman yang lebih baik dan dipertingkatkan untuk pelbagai jenis medanJumlah, Parap, Tarikh, Nombor Kad Kredit, Nombor VIN, dll. – supaya kecekapan dan fleksibiliti dipertingkatkan apabila memeriksa medan-medan ini. Medan tersebut tidak mudah untuk dikesan dan dibaca kerana kepelbagaian format, konteks yang luas, ketaksaan apabila ditafsirkan, dll. Memproses dokumen yang mengandungi medan tersebut mungkin menjadi agak mencabar kerana ia mempunyai pelbagai bentuk susun atur, kualiti yang rendah, latar belakang yang kompleks dan lain-lain.

Tentang Parascript
Parascript bukan sahaja menjual perisian tetapi kami menjual hasil sebenar yang boleh disahkan yang menjimatkan syarikat-syarikat yang berjumlah melebihi $1 bilion setiap tahun. Para pelanggan memilih Parascript apabila mereka ingin menggunakan AI gunaan untuk mencapai penyelesaian pemerolehan data yang dioptimumkan dengan tahap tertinggi automasi yang boleh dipercayai. Parascript mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam menggunakan AI untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, mengautomasikan proses berorientasikan dokumen yang melibatkan lebih 100 bilion dokumen setiap tahun. Kami telah mengautomasikan industri pos, ruangan mel komersial, pilihan raya kerajaan, pembayaran dan ratusan proses lain. Sila layari Parascript.

Hubungan Media:
Ariane Barragan, ariane.barragan@parascript.com ,720.731.3282

 

Source: Parascript, LLC
Keywords: Computer/Electronics New products/services