omniture

PDI Mengambil Alih Azpiral, Memperluas Penyelesaian Penglibatan Pengguna untuk Pasaran Petroleum dan Serbaneka Global

Professional Datasolutions, Inc.
2022-02-16 23:15 46

Portfolio penyelesaian pemasaran dan kesetiaan yang kaya ciri daripada Azpiral ini menambahkan rangkaian penyelesaian dan penampilan global PDI yang semakin berkembang serentak dengan pengambilalihan terkini yang lain di pasaran Eropah

ATLANTA, 16 Februari 2022 /PRNewswire/ -- PDI (www.pdisoftware.com), syarikat penyedia perisian pengurusan perusahaan yang terkemuka di dunia untuk industri runcit serbaneka dan industri borong petroleum, telah mengambil alih Azpiral, peneraju penyelesaian penglibatan pengguna digital berasaskan awan yang beribu pejabat di Ireland.

Diasaskan pada tahun 2005, Azpiral telah menetapkan standard untuk penyelesaian pemasaran dan kesetiaan di pasaran Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA). Portfolio yang kaya ciri ini—termasuk automasi pemasaran kesetiaan, enjin ganjaran, pemprofilan pelanggan, analisis perniagaan, Kalkulator CO2 dan pelbagai lagi—melengkapkan tawaran kesetiaan pelanggan PDI sedia ada sambil memperluas kehadiran syarikat tersebut di pasaran Eropah. Secara khususnya AzpiralPRO iaitu suatu penyelesaian Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) yang canggih, membantu peruncit menyesuaikan strategi komunikasi mereka dan memacu peningkatan hasil daripada kesetiaan pelanggan. Gabungan Azpiral dengan PDI bermaksud bahawa keupayaan yang terkemuka dalam industri ini akan terus memberikan nilai yang unik melalui peningkatan skala dan penjajaran strategi yang lebih hebat.

"Sambil PDI terus melabur dalam penyelesaian global untuk pasaran runcit serbaneka dan petroleum, pengambilalihan Azpiral ini pula merupakan langkah pertama dalam memperluas segmen penglibatan pengguna kami di luar Amerika Utara," kata Brandon Logsdon, Presiden Penglibatan Pengguna PDI. "Selepas semakan kami yang komprehensif terhadap pilihan untuk pengembangan dan pertumbuhan antarabangsa syarikat, kami sangat kagum dengan ciri dan fungsi yang telah dibangunkan oleh Azpiral. Kami kini boleh bersama-sama berkhidmat dan memimpin secara global, sama seperti program kesetiaan yang diterajui oleh PDI untuk sektor serbaguna dan petroleum di A.S."

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan pasukan Azpiral dan memperoleh satu lagi penyelesaian nilai tambah untuk pelanggan antarabangsa kami," tambah Dawn Desai, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Kesetiaan dan Pembayaran EMEA, PDI. "Pelanggan kami telah lama mencari penyelesaian seperti ini dan mereka akan mendapat manfaat daripada penyepaduan dengan produk PDI lain pada masa hadapan seperti Rangkaian Tawaran dan Awan Maklumat."

Ketua Pegawai Eksekutif Azpiral, Richard Gubbins, menyambung, "Reputasi dan tawaran PDI terus berkembang pada skala global dan kami teruja untuk menambahkan momentum tersebut. Dengan teknologi Azpiral yang telah disepadukan dengan beberapa penyelesaian PDI di pasaran Eropah, kami tahu bahawa kami mempunyai alat yang betul untuk terus membangunkan inovasi buat para pelanggan dan industri secara keseluruhan."

Berenson & Company dan Corum Group Ltd. bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada PDI dan Azpiral masing-masing, berkaitan urus niaga tersebut.

Tentang PDI Perisian
Professional Datasolutions, Inc. (PDI) membantu perniagaan dan jenama meningkatkan jualan, beroperasi dengan lebih cekap dan selamat serta menambah baik proses membuat keputusan yang penting. Sejak tahun 1983, PDI berkhidmat dengan megah kepada industri runcit serbaneka dan borong petroleum . Lebih 1,500 buah syarikat yang mewakili lebih 200,000 lokasi di seluruh dunia, bergantung kepada penyelesaian dan kepakaran PDI untuk menyampaikan peruncitan serbaneka dan tenaga ke seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang PDI, sila kunjungi kami di www.pdisoftware.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Kelly O'Brien, kelly.obrien@pdisoftware.com; atau Dimitra Farou, dfarou@PDISoftware.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1517102/PDI_color_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Professional Datasolutions, Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers