MUMBAI, India, 7 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Edisi pertama Persidangan F&B Pembuatan & Pengautomatan pada 20-21 November 2013 di Delhi akan menghimpunkan lebih 100 pakar pembuatan dan juga kira-kira 5 pempamer untuk persidangan dan pameran yang dikhususkan bagi industri pembuatan F&B (makanan dan minuman). Satu-satunya dalam industri F&B di India, MAFB membezakan dirinya melalui hadirin yang berkualiti tinggi dan pengaturan kedudukannya dalam inovasi teknologi bagi sektor pembuatan dan pengautomatan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/643730 )
MAFB mempunyai barisan penceramah terkenal seperti Lakkaraju Syamprasad, Pengarah pembuatan, Britannia; Rajiv Wakhle, Pengarah Operasi, PepsiCo; Gagandeep Sethi, Naib Presiden Kejuruteraan, SABMiller; Rohit Nayar, Pengurus Kejuruteraan Global, Kategori Coklat Mondelez International; Prem Dubey, Ketua Kejuruteraan dan Projek GlaxoSmithKline, antara pakar industri lain yang kesemuanya merupakan tumpuan dalam pembangunan penyelesaian pengeluaran makanan di peringkat global.
MAFB akan mengumpulkan ketua pembuatan, kejuruteraan, operasi daripada industri F&B. Inisiatif ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang penyelesaian baharu dan inovatif yang sedia ada untuk mematuhi piawaian secara berkesan serta menyediakan pandangan bawa pulang praktikal untuk membangunkan penyelesaian pembuatan yang inovatif, cerdas, bersepadu dan berkesan kos.
Banyak ciri baharu untuk ditemui
MAFB membawa siri sesi perangkaian inovatif yang akan menjadi tumpuan di samping program persidangan. Mesyuarat ini akan membolehkan para peserta untuk membincangkan secara terperinci dan menerima bimbingan pakar dalam isu semasa:
Sepanjang tempoh untuk lebih 15 pembentangan dan beberapa sesi perbahasan, peserta akan ditawarkan dengan pengumpulan lengkap keadaan semasa dan arah aliran baharu yang berkaitan dengan:
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang MAFB, sila layari http://www.foodmanufacturing.fnbconfex.com/pr
Tentang UBM:
UBM India ialah syarikat subsidiari UBM plc, yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia juga merupakan penganjur pameran perdagangan terbesar di India, yang bertanggungjawab bagi 26 pameran di lokasi yang berbeza di seluruh negara itu. Syarikat itu juga terlibat dalam penganjuran program persidangan di seluruh India dan dalam penerbitan jurnal perdagangan dan majalah. Bagi perincian lanjut, sila layari laman web, UBM India, http://www.ubmindia.in.
Tentang Fi India:
Fi India telah dilancarkan pada tahun 2006 dan dikenali sebagai penggerak kepada sektor makanan diproses India dan berperanan penting untuk memudahkan satu-satunya tempat perjumpaan industri ini. Golongan profesional makanan serantau dan global menggunakan peluang ini untuk belajar tentang perkembangan industri terkini, bertemu prospek perniagaan baharu dan melancarkan produk baharu untuk mendapat kelebihan pesaing dalam pasaran Makanan yang paling pesat berkembang di dunia ini.
Dengan membawa industri ini bersama, Fi India membolehkan anda untuk memaparkan produk anda kepada ribuan profesional makanan sekali gus, dan menjalankan perniagaan dengan cara yang cekap dan berkesan.
- Ketahui lagi di http://www.foodingredientsglobal.com/india/about/about-fi-india#sthash.ed5wtqjp.dpuf
Hubungi Suvidha Shetty di talian +91-(0)22-6172-7001/ conferences-india@ubm.com
Sumber: UBM India