omniture

Starburst Aerospace Mengumumkan Permulaan Kohort Kedua bagi Program Pemecut Penerbangan Singapura

Starburst
2022-02-17 19:45 26

Syarikat-syarikat yang terpilih akan mengukuhkan peluang negara tersebut terhadap inovasi, pembaharuan dan perkongsian masa depan yang berkaitan dengan teknologi penerbangan baharu 

SAN FRANCISCO, 17 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Starburst, satu-satunya pemecut aeroangkasa dan pertahanan global yang pertama di dunia, hari ini mengumumkan permulaan program Pemecut Penerbangan Singapura yang akan mengalu-alukan kohort ke-2 bagi syarikat pemula yang mengambil bahagian. Dengan kerjasama Enterprise Singapore, Singapore Airlines, SIA Engineering, SATS dan AIRLab, pemecut penerbangan ini memupuk inovasi dan pembaharuan dalam industri pengangkutan udara melalui pemudahcaraan perkongsian korporat dengan syarikat pemula Asia dan global.

Selepas suatu proses pengambilan dan saringan yang ketat, 12 syarikat pemula dengan masa depan yang cerah dari seluruh dunia telah dipilih daripada beratus-ratus permohonan. Bermula pada bulan Mac 2022, syarikat pemula yang terpilih akan melalui sebuah program intensif selama 13 minggu yang merangkumi ceramah, bengkel, acara istimewa dan bimbingan. Rangkaian peneraju industri global Starburst akan bekerjasama dengan syarikat pemula tersebut untuk mematangkan teknologi, mengumpul modal dan mendorong produk mereka ke pasaran.

Untuk memudahkan pembangunan penyelesaian teknologi berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan ketat rakan kongsi korporat Starburst, terdapat proses pemilihan yang intensif untuk memuktamadkan 12 syarikat pemula bagi kohort program Pemecut Penerbangan Singapura ini. Syarikat pemula yang mengambil bahagian akan mengendalikan kes penggunaan rakan kongsi korporat Starburst dalam aspek pemantauan keselamatan, pemeriksaan kabin pesawat, pendigitalan kargo udara, automasi kargo, pengesanan aset, kelestarian dan penerbangan hijau.

"Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan kumpulan syarikat pemula yang luar biasa ini ke dalam program Pemecut Penerbangan Singapura," kata Francois Chopard, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Starburst Aerospace. "Kerjasama ini akan meningkatkan rangkaian bakat para profesional penerbangan dan teknologi sambil mempercepat ekosistem syarikat pemula, menghasilkan impak yang berkekalan terhadap teknologi penerbangan generasi seterusnya di negara ini."

Kohort kedua ini akan memberi tumpuan kepada kelestarian dan penerbangan hijau, pendigitalan dan automasi, kargo udara serta logistik dan rantaian bekalan. Singapore Airlines, SIA Engineering Company, SATS dan AIRLab akan terus menyokong program ini sebagai rakan kongsi korporat yang bekerjasama dengan rakan komuniti program ini iaitu Association of Aerospace Industries (AAIS) (Singapura) dan Microsoft. Starburst juga telah memperkenalkan Greenwillow sebagai rakan komuniti yang baharu.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pemecut Penerbangan Singapura atau bagi syarikat yang ingin memohon untuk menjadi sebahagian daripada kohort akan datang dengan Starburst, sila berhubung dengan pasukan kami di www.starburst.aero.  

Tentang Starburst
Starburst merupakan pemangkin inovasi dalam industri aeroangkasa. Ia merupakan satu-satunya pemecut aeroangkasa global pertama yang menghubungkan syarikat pemula dengan syarikat korporat, pelabur dan kerajaan sambil menyediakan khidmat rundingan pertumbuhan strategik dan pelaburan untuk semua. Dengan ibu pejabat yang terletak di Los Angeles, Paris, Munich, Singapura, Seoul, Tel Aviv, Mumbai dan Madrid, pasukan ini telah membina ekosistem peserta pasaran utama dengan lebih 9,000 syarikat pemula dalam rangkaiannya. Program pemecut Starburst membantu syarikat pemula meningkatkan skala perniagaan mereka dalam penerbangan, angkasa dan pertahanan dengan akses kepada kumpulan terbesar pihak berkepentingan korporat untuk membantu syarikat pemula memperoleh kontrak mereka yang pertama bernilai lebih $1 juta.

Hubungan Media
matt@relativity.ventures

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1491585/Starburst_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Starburst
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Contracts