omniture

CPhI Lancar Forum Jualan Lebih Baik kepada Farmaseutikal -- Bersama Mencipta Nilai Melalui Perikatan Strategik

UBM India
2013-10-07 16:00 137

MUMBAI, India, 7 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Forum Jualan Lebih Baik kepada Farmaseutikal merupakan inisiatif CPhI dengan kerjasama The Beyond Group untuk menyediakan wawasan untuk rakan kongsi dan pembekal farmaseutikal agar menjadi "rakan kongsi pilihan" untuk syarikat farmaseutikal terkemuka.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131007/643725 )

Dengan pakar daripada industri farmaseutikal, forum ini dirangka untuk membolehkan rangka kongsi dalam perjalanan mereka untuk menjadi rakan kongsi pilihan.

Pada forum strategik 2 hari ini, perangkaian dan pengetahuan bertemu pada platform yang sama melalui:-

  • Kajian kes -- Fahami bagaimana perkongsian berjaya diwujudkan
  • Kenal pembuat keputusanmu -- Wujudkan rangkaian bersama 20+ pembuat keputusan utama daripada Industi farmaseutikal global dan India
  • Tonjol nilaimu -- Biar pembuat keputusan farmaseutikal ketahui bagaimana anda sebagai organisasi membawa nilai dalam perkongsian
  • Persidangan meja bulat -- Bincang cabaran dan halangan anda bersama ketua farmaseutikal dan rangka strategi kejayaan
  • Pertembungan kuasa -- Lihat setiap sudut pandang, jangkaan farmaseutikal melawan cabaran rakan kongsi

Forum Jualan Lebih Baik kepada Farmaseutikal  akan berlangsung pada 11-12 Disember 2013 di The Novotel, Mumbai, India.

Antara pembuat keputusan penting yang akan hadir termasuklah:

  • Ranjit Shahani, Ketua Pegawai Eksekutif, Novartis India
  • Nihar Medh, Pengarah Kanan dan Ketua Pemerolehan dan Penyumberan Strategik, Makmal Dr Reddy
  • Dr Mukesh P Kumar, Pengarah dan Ketua Penyelidikan Klinikal, Sanofi Aventis
  • Damodar Mantri, Pengarah, IT dan BPE, Makmal Dr Reddy
  • Ryan Viegas, Naib Presiden SupplyChain dan Pemerolehan, Watson Pharma
  • Dr Chirag Trivedi, Pengarah Bersekutu, Pengurusan Projek & Inisiatif Strategik, Sanofi Aventis
  • Tim Cummins, Ketua Pegawai Eksekutif, IACCM
  • Dr Michael Henke, Profesor dan Pengerusi, Universiti Teknikal Dortmund
  • Sammy Rashed, Bekas Ketua Global Produktiviti dan Strategi Pemerolehan, Novartis AG
  • Giles Breault, Bekas Ketua Pegawai Pemerolehan, Novartis AG

Bagi perincian penuh, sila layari: http://www.Bettersellingtopharma.com/pr

Tentang UBM India

Persidangan CPhI merupakan jenama UBM. UBM (LSE: UBM) menganjurkan lebih 300 acara di 21 negara merentasi sektor industri termasuk makanan, farmaseutikal, tenaga, harta, penerbangan, telekomunikasi dan banyak lagi. Kepakaran kami ialah jaminan yang terbukti melalui kualiti acara kami.

UBM India ialah syarikat subsidiari UBM plc, yang merupakan penganjur pameran bebas kedua terbesar di dunia. Ia merupakan penganjur pameran perdagangan terbesar di India yang bertanggungjawab bagi 26 pameran di lokasi berbeza di seluruh negara itu. Syarikat itu juga terlibat dalam penganjuran program persidangan di seluruh India dan penerbitan majalah dan jurnal perdagangan. Bagi perincian lanjut, sila layari laman web UBM India, http://www.ubmindia.in.

Tentang The Beyond Group

The Beyond Group AG terdiri daripada para eksekutif kanan berpengaruh dan pemimpin pemikiran yang dibolehkan dan disokong oleh rakan kongsi dan penaja yang mantap daripada Academia, Persatuan Pakar Industri dan rangkaian pengamal dan perunding yang membolehkan syarikat pelanggan untuk meneroka pangkalan pengalaman dan nasihat yang luas untuk menyediakan panduan pelaksanaan dan pemikiran yang cemerlang sepanjang keseluruhan perjalanan Produktiviti -- daripada pembangunan strategi hinggalah pemberian nilai. http://www.beyondgrp.com

Bagi perincian lanjut, sila hubungi Suvidha Shetty pada talian +91(0)22-6172-7001 / conferences-india@ubm.com

Sumber: UBM India

Source: UBM India
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Economic news, trends, analysis Trade show news