omniture

REALTY ONE GROUP AKAN DIBUKA DI ITALI

Realty ONE Group
2022-02-17 21:00 1837

UNBrokerage Terus Memperluas Kehadiran Globalnya, Dibuka di Tujuh Buah Negara dan Wilayah Baharu Dalam Masa Kurang Dari Setahun

LAS VEGAS, 17 Februari 2022 /PRNewswire/-- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden dipacu tujuan yang juga merupakan salah SATU francaisor paling pesat berkembang hari ini, memperoleh rakan kongsi baharu yang sangat berpengalaman dan bersasaran tinggi di Itali yang mengetahui bahawa negara-negara di Eropah akan memanfaatkan semangat COOLTURE (budaya + hebat) syarikat tersebut serta model perniagaannya yang berkembang maju.

Lorenzo Bianchi dan Marco Titti, rakan hartanah selama lebih 15 tahun dengan sebuah syarikat pembrokeran antarabangsa, dengan serta-merta tertarik kepada wawasan Realty ONE Group yang menekankan keberanian untuk melakukan pembaharuan serta nilai-nilai teras syarikat berprinsipkan semua Orang adalah penting dan semua Orang berhak menyuarakan pendapat.

"Saya dan keluarga telah mengukir memori yang indah apabila mengunjungi negara yang cantik ini serta berkenalan dengan rakyatnya yang mesra dan baik hati," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Kami tahu Itali bakal menjadi negara seterusnya dalam pelan pengembangan strategik kami dan Lorenzo serta Marco akan menjadi rakan kongsi yang hebat."

Sebagai rakan lama, Bianchi dan Titti merupakan gandingan yang hebat di Itali yang melengkapi satu sama lain dan mengembangkan sebuah perniagaan yang maju. Mereka beranggapan bahawa kebanyakan kejayaan mereka datangnya daripada nilai-nilai yang mereka kongsi bersama, masa yang mereka luangkan untuk bersama keluarga atau bermain bola sepak serta ikatan erat yang dijalinkan.

"Kami teruja dan amat berbangga untuk membawakan jenama antarabangsa yang kaya teknologi dan moden ini berserta model 100% komisennya yang terbukti ke Itali," kata Bianchi.

"Kami berhasrat untuk mengubah kehidupan para profesional hartanah dengan berkongsi COOLTURE unik kami, memberi mereka peluang untuk bersuara dalam syarikat kami dan membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih besar dengan lebih cepat," kata Titti.

Realty ONE Group International telah melabur dengan banyak dalam infrastrukturnya untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang luar biasa kepada pemilik francais yang sedia ada dan akan datang serta mengembangkan semua aspek perniagaannya yang bersedia untuk menyokong 100 ribu orang profesional hartanah di seluruh dunia. Ini merangkumi zONE, platform teknologi proprietari kami dan termasuk juga ONE University, program bimbingan berstruktur proprietari kami, ONE Support, sistem sokongan berpusat kami yang berkesan dan cekap serta pemasaran, penjenamaan, jualan dan banyak lagi.

UNBrokerage, seperti mana yang dikenali dalam industri ini, kini mempunyai keahlian lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 45 buah negeri, Washington D.C. dan Kanada serta akan dibuka di Ecuador, Costa Rica, Singapura dan Sepanyol, selain Puerto Rico, sebuah wilayah di A.S.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

 Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE ialah sebuah syarikat terkemuka dalam industri yang membawa perubahan kepada perniagaan francais hartanah secara radikal dengan model perniagaan yang unik, 'coolture' yang menyeronokkan, infrastruktur teknologi dan sokongan yang unggul terhadap para profesional hartanahnya. Syarikat ini telah berkembang pesat dengan merangkumi lebih 17,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di seluruh 45 buah negeri di Amerika Syarikat, Washington D.C, Puerto Rico, Kanada, Sepanyol, Singapura dan Costa Rica. Realty ONE Group tersenarai pada kedudukan satu peratus teratas dalam negara oleh REAL Trends, diiktiraf oleh Entrepreneur Magazine sebagai Francais Hartanah No.1 dan disenaraikan dalam Inc. 500 sebagai Syarikat yang Paling Pesat Berkembang selama tujuh tahun berturut-turut. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Ulteriori informazioni su www.OwnAOne.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Realty ONE Group
Keywords: Computer/Electronics Real Estate Corporate Expansion