omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi Suku Keempat dan Tahun Fiskal 2021

Coway Co., Ltd.
2022-02-18 08:27 113
  • Pada tahun 2021, Coway melaporkan hasil suku keempat sebanyak KRW 945.9 bilion (+9.7% YoY) dan hasil tahunan sebanyak KRW 3,664.3 bilion (+13.2% YoY)
  • Hasil suku keempat subsidiari-subsidiari luar negara mencecah KRW 301.6 bilion (+10.2% YoY) dengan hasil tahunan sebanyak KRW 1,215.1 bilion (+35.6% YoY)
  • Pada tahun 2022, syarikat terus mengembangkan inovasinya dalam produk, perkhidmatan dan reka bentuk

SEOUL, Korea Selatan, 18 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku keempat dan tahun fiskal 2021.

Keputusan Kewangan Coway
Keputusan Kewangan Coway

"Prestasi mantap pada tahun 2021 dijayakan dengan inovasi kami dalam produk, perkhidmatan dan reka bentuk," kata Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Coway. "Tahun ini, kami akan terus mengembangkan inovasi dan kejayaan yang dicapai oleh kami pada tahun lalu."

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

  • Hasil suku keempat: KRW 945.9 bilion (+9.7% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku keempat: KRW 139.2 bilion (+7.3% YoY)
  • Keuntungan bersih suku keempat: KRW 87.4 bilion (+29.6% YoY)
  • Hasil tahunan: KRW 3,664.3 bilion (+13.2% YoY)
  • Keuntungan kendalian tahunan: KRW 640.2 bilion (+5.6% YoY)
  • Keuntungan bersih tahunan: KRW 465.5 bilion (+15.0% YoY)

Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Pada tahun fiskal 2021 (FY2021), jualan perkakas rumah persekitaran domestik menyaksikan hasil disatukan sebanyak KRW 2,245.3 bilion (+5.5% YoY), didorong oleh perkakas rumah reka bentuk premium seperti 'Noble Collection' dan Penulen Air Icon. Jumlah akaun di Korea mencecah sejumlah 6.5 juta.

Subsidiari-subsidiari luar negara melaporkan hasil sebanyak KRW 1,215.1 bilion sepanjang tahun, meningkat 35.6% berbanding tahun lalu. Pemacu pertumbuhan yang terkemuka, subsidiari-subsidiari Malaysia dan AS, meningkatkan hasil mereka masing-masing kepada KRW 980.2 bilion (+38.3% YoY) dan KRW 169.6 bilion (+11.3% YoY). Secara keseluruhan, jumlah akaun luar negara meningkat sebanyak 33.5% dan kini mencecah 2.58 juta.

Dalam kedua-dua pasaran global dan domestik, jumlah keseluruhan akaun kini berjumlah 9.08 juta.

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings