omniture

Dengan matlamat untuk menghubungkan Kewangan Berpusat (Cefi) dan Kewangan Tidak Berpusat (Defi), M2P Fintech mengambil alih BSG ITSOFT iaitu syarikat platform Perbankan Teras

M2P Solutions Private Limited
2022-02-18 17:08 54

 - Pengambilalihan ini memperluas keupayaan M2P Fintech untuk melancarkan Bank digital sepenuhnya 

BANGALORE, India, 18 Februari 2022 /PRNewswire/ -- M2P Fintech yang merupakan syarikat infrastruktur API terbesar di Asia telah menandatangani perjanjian muktamad untuk mengambil alih BSG ITSOFT, penyedia penyelesaian perbankan Teras yang terkemuka. Pengambilalihan ini meningkatkan lagi pendekatan M2P Fintech dalam menyediakan platform natif awan generasi baharu dan meletakkan M2P Fintech dalam kalangan beberapa entiti di seluruh dunia untuk menawarkan teknologi pembayaran & perbankan yang bersepadu sepenuhnya dan dibina berdasarkan infrastruktur yang mengutamakan API. Selain daripada menjadi CBS bersepadu dan teknologi pembayaran, platform ini akan turut memenuhi keperluan penggunaan baharu di sekitar blok rantai dan kewangan perdagangan serta bermatlamat untuk mempercepat penerimagunaannya dalam perbankan arus perdana di pelbagai kedudukan geografi.

Madhusudanan R, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif M2P Fintech mengulas, "Tindakan yang semakin meningkat berkaitan Teknologi Kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah sesuatu yang perlu dihadapi, ia berkemungkinan besar akan terus meningkat sepanjang beberapa dekad yang akan datang. Kami sedang menyaksikan teknologi baharu dan berkaitan yang membawa pembaharuan kepada setiap aspek perkhidmatan kewangan di seluruh dunia dan kami menyedari bahawa sistem Perbankan Teras merupakan perkara utama untuk kesemua aspek Teknologi Kewangan.  Memandangkan bank-bank Pusat di seluruh dunia sedang membangunkan CBDC, selain daripada semua usaha yang sedang dilakukan berkaitan kebolehgunaan Blok Rantai yang lebih meluas dalam perkhidmatan kewangan, kami merasakan bahawa adalah sesuai untuk membangunkan sebuah sistem Teras yang boleh bertindak sebagai penghubung antara infrastruktur legasi dan masa depan. Melalui kerjasama dengan Satish dan pasukan BSG, kami akan berupaya merealisasikan visi ini dengan lebih cepat. Kami mempercayai BSG dan kami mempunyai produk yang hebat yang boleh menghadapi dunia perbankan era Baharu."

Satish Krishnaswamy, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan  BSG ITSOFT akan memegang jawatan kepemimpinan Produk di M2P dan akan terus membangunkan visi untuk BSG. Beliau mengulas "Misi kami ialah untuk memodenkan pengalaman perbankan sama ada dengan menggantikan sistem legasi melalui TURING CBS kami serta membangunkannya sebagai penambahan kepada sistem legasi sedia ada melalui platform TURING nCORE kami. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami telah berjaya membolehkan bank pelbagai saiz menguruskan operasi mereka dengan bijak dan berkembang dengan lancar. Dengan menyertai M2P Fintech, ia memberi kami peluang untuk mempercepat pencapaian visi kami dan membangunkan kes penggunaan yang berkaitan. Kami tidak sabar untuk menyepadukan platform teras perbankan kami dengan teknologi API M2P yang bakal memberi manfaat kepada bank-bank rakan kongsi kami."

Platform BSG yang memiliki lebih 70 produk ini menawarkan rangkaian teknologi sedia masa depan yang serasi dengan platform sumber terbuka dan berlesen. BSG menawarkan teknologi proprietari yang memanfaatkan pemahaman sains data untuk mengoptimumkan pengalaman pengguna. Platform natif awan ini mempunyai pelanggan yang luas yang melebihi 250 buah bank Koperasi, bank Kewangan Kecil dan Syarikat Kewangan Bukan Perbankan (NBFC). BSG yang berpangkalan di Mumbai ini mempunyai saiz pasukan sedia ada seramai 100 orang dan akan terus berusaha untuk meningkatkan tawaran produknya yang sekali gus mempercepatkan kadar transformasi teknologi perbankan.

Tentang M2P Fintech  

M2P Fintech ialah sebuah syarikat infrastruktur API yang membolehkan perniagaan yang pelbagai skala untuk memasukkan produk kewangan dalam perjalanan pelanggan mereka. Platform tangkas M2P membolehkan perniagaan menghasilkan dan menggunakan produk teknologi kewangan dengan pantas dengan memudahkan perkongsian dengan Bank, Insurans Perlindungan Pembayaran (PPI), Institusi Kewangan (FI) dan entiti yang dikawal selia yang lain. M2P menyediakan kepakaran domain yang mendalam dengan kepantasan ke pasaran yang ketara sambil mengekalkan teras kebolehskalaan, keselamatan dan kebolehpercayaan tawaran kami. 

M2P beribu pejabat di Chennai, India dan beroperasi di lebih 20 pasaran di seluruh Asia dan Afrika Utara. Beberapa pasaran utama selain daripada India, merangkumi Emiriah Arab Bersatu, Australia, New Zealand, Nepal, Filipina, Bahrain dan Mesir. Syarikat ini merancang untuk memperluas jejaknya ke Indonesia, Bangladesh, Vietnam serta di seluruh wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). 

Tentang BSG ITSOFT  

BSG ITSOFT ialah sebuah syarikat Teknologi Kewangan generasi baharu di India dengan visi "UNTUK MEMBANGUNKAN PRODUK TEKNOLOGI KEWANGAN YANG PALING MUDAH, SELAMAT DAN MENJIMATKAN KOS DI DUNIA". TURING CBS BSG mempunyai fungsi perbankan serba lengkap yang meluas,  yang dibangunkan berdasarkan seni bina perkhidmatan mikro canggih yang terkini dengan Kontrak Pintar dan FRM / RPA terbina dalam. TURING CBS disampaikan pada platform natif awan,  platform tercanggih yang mengutamakan AI dan API. 

Source: M2P Solutions Private Limited
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements