omniture

FANDOM MENGUMUMKAN PELANTIKAN YAMINI JOSHI SEBAGAI PENGARAH URUSAN JUALAN YANG BAHARU UNTUK RANTAU ASIA PASIFIK

Fandom
2022-02-18 20:36 241

SAN FRANCISCO, 18 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Fandom, sebuah platform peminat terbesar di dunia mengembangkan pasukan kepemimpinan jualannya melalui pelantikan Yamini Joshi sebagai Pengarah Urusan yang baharu di rantau Asia Pasifik (APAC). Joshi berpangkalan di Singapura dan akan melapor kepada Ken Shapiro iaitu Ketua Pegawai Hasil Fandom.

Joshi akan bertanggungjawab untuk mengembangkan perniagaan Fandom di rantau APAC yang merangkumi pembangunan dan pelaksanaan strategi pertumbuhan hasil dan pengewangan serta mewujudkan penyelesaian kategori berpusatkan pelanggan yang boleh diskala dengan memanfaatkan sepenuhnya kuasa portfolio Fandom.

Joshi merupakan seorang pemimpin komersial yang berpengalaman dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri media & digital. Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang platform media di Asia yang merentasi bidang penyiaran, digital dan percetakan setelah bekerja dengan syarikat-syarikat seperti Fox, RTB House dan Financial Express. Semasa memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan Jualan untuk APAC & Timur Tengah di Fox Networks, beliau telah membangunkan perniagaan bernilai jutaan dolar yang didorong melalui kerjasama utama dengan pelanggan antaranya seperti Unilever, P&G, Samsung, L'Oreal, Toyota dan Canon. Pengalaman beliau meliputi seluruh rantaian nilai kandungan: penciptaan kandungan berjenama merentas platform, penajaan, pentauliahan & pelesenan kandungan serta pengewangan kandungan digital.

"Fandom kini berada dalam tempoh pertumbuhan yang pesat dan organisasi pengiklanan kami telah menyaksikan peningkatan permintaan pasaran di peringkat antarabangsa - dan khususnya di wilayah APAC kami. Saya gembira kerana dapat membawa masuk seorang pemimpin yang berwibawa seperti Yamini untuk membawa jenama Fandom ke tahap baharu," kata Ken Shapiro, Ketua Pegawai Hasil Fandom. "Perkhidmatan beliau dalam industri media dan hiburan yang mengagumkan akan membolehkan kami mengembangkan peluang dengan rakan kongsi pengiklanan dan membangunkan perniagaan antarabangsa kami di pelbagai bidang seperti TV, penstriman, permainan dan filem."

TENTANG FANDOM
Fandom ialah platform peminat yang terbesar di dunia sebagai tempat untuk para peminat menikmati pengalaman dunia fantasi dalam bidang hiburan dan permainan. Ia menjangkau lebih 300 juta orang pengunjung unik setiap bulan dan menganjurkan lebih 250,000 wiki, Fandom.com merupakan sumber #1 untuk maklumat mendalam tentang budaya pop, permainan, TV dan filem yang membolehkan para peminat mengetahui tentang dan meraikan kumpulan peminat kegemaran mereka. Bahagian Permainan Fandom menguruskan perniagaan langganan secara langsung kepada pengguna termasuk platform permainan lakon peranan atas meja yang terkemuka iaitu Dungeons & Dragons Beyond yang mempunyai lebih 9 juta orang pengguna berdaftar dan peruncit permainan video dalam talian iaitu Fanatical. Fandom Productions yang merupakan anak syarikat Fandom dalam bidang kandungan, meningkatkan pengalaman peminat melalui liputan editorial terpilih dan kandungan berjenama, Honest Trailers yang mendapat pencalonan anugerah Emmy dan program berita video mingguan The Loop. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti @getfandom atau layari: www.fandom.com

Hubungan Akhbar
Rachelle Savoia/ (470) 306-1609 atau rsavoia@fandom.com
Brenna Harran/ (631) 902-9801 atau bharran@fandom.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/506383/FANDOM_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Fandom
Keywords: Advertising Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Television Personnel announcements