MUNICH dan KULIM, Malaysia, 21 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Infineon Technologies AG (FSE / OTCQX:IFNNY) sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran semikonduktor kuasa dengan menambah kapasiti pembuatan dan bidang semikonduktor jurang jalur lebar (SiC dan GaN). Infineon Technologies melabur lebih daripada €2 bilion bagi membina modul ketiga kilangnya di Kulim, Malaysia. Setelah modul tersebut siap sepuhnya ia dijangka mampu menjana pendapatan tambahan tahunan syarikat sebanyak €2 bilion menerusi produk-produk berasaskan silikon karbida dan galium nitrida.
Setelah dilengkapi sepenuhnya, Kulim 3 akan mencipta 900 peluang pekerjaan bernilai tinggi. Kerja-kerja pembinaan akan bermula pada bulan Jun dan kilang fabrikasi ini akan bersedia untuk peralatan pada musim panas tahun 2024. Wafer pertama akan meninggalkan kilang fabrikasi pada separuh kedua tahun 2024.
Pembangunan tersebut adalah berdasarkan strategi jangka panjang syarikat dalam sektor pembuatan, dimana ia akan mendapat kelebihan daripada kecemerlangan yang telah dicapai bagi industri pembuatan 200 milimeter sedia ada di Kulim. Ia akan melengkapkan kedudukan Infineon sebagai pemacu bidang silikon berdasarkan pembuatan 300 milimeter di Villach dan Dresden. Pelaburan baharu ini akan dapat memperkukuhkan lagi kelebihan kompetitif keseluruhan berdasarkan gabungan antara kepimpinan teknologi, portfolio produk yang luas dan pengetahuan aplikasi yang mendalam mengikut pendekatan 'Produk kepada Sistem' Infineon.
"Teknologi inovatif dan penggunaan tenaga elektrik hijau adalah kunci dalam mengurangkan pelepasan karbon. Tenaga boleh diperbaharui dan mobiliti-elektro adalah pemacu utama bagi peningkatan permintaan semikonduktor kuasa yang kukuh dan mampan," kata Jochen Haneback, Ketua Pegawai Operasi Infineon. "Peningkatan kapasiti SiC dan GaN kami dapat mempersiapkan Infineon bagi pasaran jurang jalur yang luas. Kami mencipta kombinasi yang menarik antara pusat kecekapan pembangunan kami di Villach dan pengeluaran kos efektif kami di Kulim bagi semikonduktor kuasa jurang jalur yang luas."
Dua tapak dengan keupayaan jurang jalur lebar volum tinggi untuk daya tahan rantaian bekalan
Infineon telah menyediakan produk berasaskan SiC kepada lebih daripada 3,000 pelanggan hari ini. Digunakan dalam pelbagai aplikasi, semikonduktor ini menawarkan nilai tambah kepada pelanggan kerana prestasi sistem yang lebih baik dari segi kecekapan, saiz dan kos berbanding penyelesaian berasaskan silikon. Pendekatan strategik "Produk kepada Sistem" Infineon telah memudahkan penerimaan penggunaan kepada semikonduktor berasaskan SiC dengan teknologi asas utama, porftolio produk dan pakej terluas serta pengetahuan aplikasi yang tiada tandingan. Aplikasi tumpuan termasuk bekalan kuasa industri, fotovoltaik, pengangkutan, pemacu, automotif dan pengecasan EV. Infineon menyasarkan keuntungan bernilai $1 bilion dengan semikonduktor kuasa berasaskan SiC menjelang pertengahan dekad ini. Pasaran GaN juga diramalkan akan mengalami pertumbuhan besar-besaran, daripada $47 juta pada 2020 kepada $801 juta pada 2025 (CAGR: 76%; sumber Yole – Compound Semiconductor Quarterly Market Monitor Q3 2021). Infineon mempunyai pemahaman sistem dan aplikasi termaju, portfolio IP GaN yang luas serta pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang besar.
Setelah siap sepenuhnya, Kulim 3 akan dapat mewujudkan 900 peluang pekerjaan bernilai tinggi. Kerja-kerja pembinaan tersebut akan bermula pada bulan Jun dan kilang fabrikasi ini akan bersedia dari segi peralatan pada musim panas tahun 2024. Pengeluaran wafer pertama kilang fabrikasi tersebut adalah pada separuh kedua tahun 2024. Pelaburan di Kulim merangkumi langkah-langkah nilai tambah yang signifikan terutamanya dalam proses epitaksi dan singulasi wafer.
"Malaysia adalah salah satu hab serantau utama Infineon dan pelaburan selanjutnya ini benar-benar membuktikan ekosistem kondusif kami dan keupayaan bakat tempatan dalam menyokong pertumbuhan jangka panjang," kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali. "Pihak Kerajaan, melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan terus bekerjasama erat bersama pelabur strategik kami dalam mengukuhkan keunggulan Malaysia sebagai hab semikonduktor utama di rantau ini."
Villach akan memperkukuh peranannya sebagai pusat kecekapan global untuk teknologi jurang jalur luas
Tapak Villach akan terus bertindak sebagai tapak inovasi dan pusat kecekapan global bagi teknologi jurang jalur yang luas dengan menukarkan kemudahan silikon sedia ada pada tahun – tahun akan dating. Barisan silikon 6" dan 8" akan ditukarkan kepada pembuatan SiC dan GaN dengan menggunakan semula peralatan silikon tidak spesifik. Tapak Villach kini bersiap sedia untuk peluang pertumbuhan yang selanjutnya.
Latar belakang Infineon
Infineon Technologies AG adalah peneraju duna bagi penyelesaian semikonduktor yang menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih selamat dan lebih mesra alam. Mikroelektronik daripada Infineon merupakan kunci kepada masa hadapan yang lebih baik. Dengan sekitar 50,280 pekerja di seluruh dunia. Infineon menjana hasil kira-kira €11.1 bilion pada tahun fiskal 2021 (berakhir 3o September) dan merupakan salah satu daripada sepuluh syarikat semikonduktor terbesar di dunia.
Infineon tersenarai dalam Frankfurt Stock Exchange (simbol saham: IFX) dan di AS melalui pasaran di-kaunter OTCQX International Premier (simbol saham: IFNNY). Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com
Siaran media ini disediakan secara dalam talian di www.infineon.com/press
Ikuti kami di: Twitter - Facebook - LinkedIn