![]() |
MUMBAI, India, 21 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Guidepoint, sebuah rangkaian pakar terkemuka, hari ini mengumumkan pembukaan pejabat globalnya yang ke-15 di Mumbai, India yang memperluaskan lagi jejak antarabangsanya.
"Pembukaan pejabat Mumbai ini akan memberikan bantuan yang penting kepada para pelabur, perunding dan syarikat-syarikat India yang sedang melaksanakan gelombang pertumbuhan seterusnya. Bagi sesiapa yang melakukan pengembangan di luar negara, rangkaian global kami yang berjumlah 1 juta orang pakar mampu memberikan pemahaman berharga tentang sebarang pasaran sasaran. Di samping itu, rangkaian tempatan kami yang kukuh akan menambah nilai yang besar kepada proses penyelidikan para pelanggan," kata Hakan Sundstrom, Pengarah Urusan merangkap Ketua Asia Pasifik Guidepoint.
Terletak di Kompleks Bandra Kurla (BKC) di Mumbai iaitu pusat perdagangan dan kewangan kontemporari bandar tersebut, pejabat ini akan menempatkan pasukan pengurus projek, pakar penyelidikan, rakan perkhidmatan pelanggan dan pakar teknologi yang sedang berkembang dengan pantas.
Jagjeet Kang-Pabla, Ph.D., Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Pelanggan Guidepoint akan memimpin pasukan perkhidmatan pelanggan serta membawa bersama pengetahuan dan kepakaran penyelidikan yang luas. Beliau menyatakan, "Pembukaan pejabat Guidepoint India ini bersedia untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan kami secara signifikan di India. Melalui penyelesaian penyelidikan kami yang amat erat dengan pelanggan, saya yakin bahawa kami dapat membantu para pelanggan kami menangani isu perniagaan yang kompleks dan mempercepat penyelidikan utama mereka."
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Guidepoint India di LinkedIn di Guidepoint India (https://www.linkedin.com/company/guidepoint-india/) atau untuk berhubung dengan wakil Guidepoint India, sila hantarkan e-mel kepada kami di mumbai@guidepoint.com.
Tentang Guidepoint
Guidepoint menghubungkan para pelanggan dengan pakar subjek terpilih daripada rangkaian profesional global syarikat ini. Perkhidmatan Guidepoint yang pelbagai memperkasakan pelanggan kami untuk mengakses industri baharu, mengikuti topik trend semasa dengan pantas, mendayakan penerokaan subjek penting secara terperinci dan menawarkan pengesahan pemahaman berdasarkan kualiti. Senarai pelanggan multinasional kami termasuk firma perundingan, dana lindung nilai, firma ekuiti swasta terkemuka dan syarikat-syarikat awam di dalam senarai Fortune.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guidepoint.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1750105/Guidepoint_Global_LLC_Mumbai.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/165294/guidepoint_global_llc_logo.jpg?p=medium600