omniture

SHEIN MELANCARKAN #SHEINFORALL PERTUNJUKAN PERAGAAN PAKAIAN MUSIM BUNGA/MUSIM PANAS '22 SECARA MAYA

SHEIN
2022-02-22 12:00 17

Meraikan kepelbagaian melalui fesyen - penstriman di seluruh dunia pada 20/2 jam 1 petang PST 

LOS ANGELES, 22 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Peruncit gaya hidup dan fesyen global SHEIN akan menganjurkan Pertunjukan Peragaan Pakaian Musim Bunga/Musim Panas 2022 Secara Maya #SHEINforall. Program penstriman langsung ini akan menampilkan para model dari seluruh dunia yang mempamerkan gaya dan trend fesyen yang paling popular pada musim ini.

Acara maya tersebut menggunakan teknologi layar hijau untuk menghidupkan pentas peragaan yang canggih ini. Konsep di sebalik pertunjukan ini adalah untuk meraikan keterangkuman dan kepelbagaian tubuh badan–#SHEINforall. Pertunjukan peragaan pakaian ini akan dilancarkan pada hari Ahad, 20 Februari jam 1 petang PST melalui aplikasi percuma SHEIN serta YouTube, Twitter, Instagram dan Facebook rasmi SHEIN.

PERTUNJUKAN INI AKAN MENAMPILKAN 5 TEMA DARIPADA KOLEKSI MUSIM BUNGA/MUSIM PANAS 2022 SHEIN:

'The Baddie':

'The Rule Breakers': 

Pakaian memukau pandangan untuk individu yang gemar berpesta. Untuk wanita berani yang tahu keinginan dirinya.

Gaya yang segar dan muda, penampilan ini merupakan suatu gaya baharu yang menerapkan nostalgia Y2K. Trend sentiasa berubah, namun fesyen alternatif kekal selama-lamanya.



'The Off-Duty Model':

'The Modern Muse':

Penampilan yang mengubah kehidupan di pentas peragaan kepada kehidupan seharian. Penampilan ini untuk gadis yang aktif bergerak ke sana ke sini yang tidak mahu mengorbankan gaya disebabkan keselesaan apabila anda boleh memiliki kedua-dua gaya dan juga keselesaan.

Khazanah abadi dan bergaya yang dicipta untuk penggemar kemewahan. Dicipta untuk wanita bergaya yang gemar mengikuti perubahan fesyen semasa



'The Streetheart':

JENAMA YANG DIPAMERKAN:

Gabungan gaya nakal dan manis untuk menghasilkan gaya yang menggabungkan pakaian kasual dengan pop moden. Sesuai untuk setiap gadis yang mahu dilihat atau menjadi sebahagian daripada fesyen.

SHEIN SXY I SHEIN SXY CURVE I GLOMODE I DAZY I Y2K

BAHARU. TERKINI. UNTUK SEMUA.

Tentang SHEIN:
Ditubuhkan pada tahun 2012, SHEIN merupakan peruncit dalam talian yang terkemuka di dunia yang beroperasi di Guangzhou, Singapura dan Los Angeles serta pasaran utama yang lain. SHEIN menjangkau para pengguna merentasi lebih 150 buah negara dan wilayah di seluruh dunia. Kami mengutamakan keunggulan pada pilihan pelanggan dengan memberikan lebih 6,000 produk gaya hidup, kecantikan dan fesyen baharu setiap hari dengan lebih 600,000 barangan yang tersedia. Misi kami adalah untuk membantu orang ramai menzahirkan keperibadian mereka melalui trend terkini yang mampu dimiliki dengan harga yang berpatutan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SHEIN, ikuti kami di shein.com dan instagram.com/sheinofficial.

Hubungan Media:
Amanda MacNei
SHEIN - Pengurus Perhubungan Awam
Amanda @sheingroup.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1714489/Shein_Logo.jpg?p=medium600

Source: SHEIN
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Future Events