omniture

Shipsy Akan Menubuhkan Ibu Pejabat Serantau di Asia Tenggara bagi Menyorot Rancangan Pengambilan Pekerja secara Agresif di Rantau Ini

Shipsy
2022-02-22 15:00 19

JAKARTA, Indonesia, 22 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Shipsy, penyedia platform pengurusan logistik pintar yang berasaskan Perisian sebagai satu Perkhidmatan (SaaS), akan menubuhkan ibu pejabat (HQ) serantau di Indonesia untuk memperkukuh kehadirannya di Asia Tenggara (SEA). Ibu pejabat serantau tersebut akan membolehkan organisasi ini menyediakan sokongan yang lebih pantas, lebih baik dan disetempatkan kepada para pelanggan sedia ada serta memacu pertumbuhan perniagaan baharu di Singapura, Filipina, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan pesat dalam bidang peruncitan, e-dagang, logistik ekspres dan penghantaran atas permintaan. Menurut laporan, jualan e-dagang akan meningkat hampir dua kali ganda kepada $254 bilion menjelang akhir tahun 2026. Industri penghantaran makanan dalam talian di rantau ini telah dijangka akan meningkat sebanyak tiga kali ganda dalam masa lima tahun yang akan datang dan mencapai transaksi sebanyak $28 bilion. Kehadiran serantau akan membantu Shipsy memanfaatkan peluang-peluang yang semakin meningkat ini.

"Kami teruja dengan maklum balas yang kami terima di rantau Asia Tenggara. Kami telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar besar dan peruncit era baharu dalam beberapa suku tahun yang lalu. Ibu pejabat serantau akan membolehkan kami menjadikan pelanggan-pelanggan ini berjaya dengan pasukan tempatan. Pasaran runcit, e-dagang dan penghantaran atas permintaan semakin berkembang. Rantau ini akan menyaksikan keperluan akut untuk mengoptimumkan, meningkatkan dan mengautomasikan operasi logistik destinasi terakhir. Di samping itu, untuk menjadikan logistik kekal lestari, perniagaan perlu memastikan mereka menggunakan alat pengurusan logistik pintar," kata Soham Chokshi, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama Shipsy.

Shipsy menekankan bahawa organisasi ini secara agresif akan meningkatkan kumpulan bakatnya dengan melibatkan para profesional dari Indonesia, Filipina, Malaysia dan Thailand. 

Pada tahun 2021, untuk menyokong pangkalan pelanggan yang semakin berkembang di Timur Tengah, Shipsy menubuhkan ibu pejabat serantaunya di Dubai. Syarikat ini juga mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 2.5 kali ganda dan mengembangkan pangkalan pelanggannya sebanyak 75%.

Shipsy telah bekerjasama dengan pelanggan di seluruh Asia Tenggara dalam industri pembuatan, logistik ekspres, peruncitan, penghantaran makanan dan perdagangan segera. Antaranya termasuk pengeluar tayar terbesar di dunia, pengeluar dan pengedar konfeksioneri terbesar, sebuah syarikat penyedia runcit perdagangan segera yang terkemuka, sebuah rantaian penghantaran piza antarabangsa, sebuah syarikat peruncit global Fortune 100.

Shipsy membolehkan penyedia logistik ekspres, rantaian restoran, jenama perdagangan pantas dan peruncit mengurangkan kos penghantaran destinasi terakhir sebanyak 25%, mengurangkan TAT penghantaran sebanyak 30%, meningkatkan skor penggalak bersih sebanyak 18% dan mengekang masa peruntukan pesanan sebanyak 45%. Ia memperkasakan perusahaan untuk memastikan operasi logistik lestari dan pelepasan karbon yang lebih rendah dengan mengurangkan jarak perjalanan dan jumlah perjalanan sebanyak 5% dan 6% masing-masing.

Penyedia SaaS juga membolehkan pengeluar dan pengeksport/pengimport mengurangkan kos pengangkutan sebanyak 10%, mengurangkan masa bekerja bagi seorang pekerja yang digunakan dalam pengendalian penghantaran sebanyak 75% dan memberikan kebolehlihatan yang serba lengkap berkaitan pergerakan kontena yang seterusnya mengurangkan kos insiden sehingga 90%.

Shipsy memperkasakan perniagaan di seluruh dunia untuk mengautomasikan pergerakan pengangkutan domestik dan rentas sempadan. Ini membantu mengurangkan kos penghantaran, meningkatkan kebolehlihatan logistik, meningkatkan pengurusan pemandu, memanfaatkan automasi, mengurangkan jejak karbon dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Hubungan Media: 
Pasukan Media Shipsy
media@shipsy.io 
+91-9867999866

Source: Shipsy
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Expansion