omniture

Parascript Melancarkan Pengesahan Tanda Tangan Terbaik dengan SignatureXpert.AI®

Parascript, LLC
2022-02-22 22:00 52

SignatureXpert.AI® menyediakan pengesahan tandatangan dengan ketepatan buat julung-julung kali. Ia membolehkan pengesahan tandatangan dalam aplikasi termasuk pemprosesan cek, pengasalan pinjaman, undian pos, petisyen dan pelbagai lagi penggunaan penting bagi mengesan penipuan tandatangan.

LONGMONT, Colorado, 22 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Parascript yang telah menyampaikan automasi berprestasi tinggi selama lebih 25 tahun dan memproses lebih 100 bilion dokumen setiap tahun, hari ini mengeluarkan produk baharu yang dikenali sebagai SignatureXpert.AI yang dibangunkan berdasarkan pengalaman selama lebih 10 tahun dalam aplikasi perbankan dan kerajaan. Hasilnya, ia menyediakan ketepatan pengesahan tandatangan tertinggi yang tersedia dalam industri ini. Lokasi dan pengesahan tandatangan automatik dilaksanakan melalui gabungan pengesah yang hebat menggunakan pelbagai algoritma yang berbeza asasnya dengan teras yang berdasarkan kaedah dan pendekatan Kecerdasan Buatan (AI) yang paling inovatif dalam analisis imej dan pengecaman corak. Gabungan teknik ini membolehkan ia meningkatkan kadar pengesahan dan ketepatan yang lebih tinggi berbanding pencapaian konsisten pemeriksa manusia.

"Parascript telah menjadi penyedia analisis tandatangan yang dipercayai selama bertahun-tahun dan dengan produk baharu ini, tiada sebab mengapa organisasi di seluruh dunia tidak boleh menggunakan automasi untuk sebarang proses yang melibatkan tandatangan. Kami kini mempunyai penyelesaian walaupun pada proses yang sukar untuk diautomasikan yang melibatkan kehilangan data seperti yang kebiasaannya berlaku pada imej beresolusi rendah daripada rekod agensi kerajaan dan data daripada ID yang dikeluarkan oleh kerajaan," kata Greg Council, Naib Presiden Pemasaran & Pengurusan Produk Parascript.

SignatureXpert.AI yang baharu dikeluarkan ini mengesan dan mengesahkan tandatangan secara automatik pada pelbagai dokumen yang lebih luas yang menghasilkan peningkatan ketara dalam prestasi keseluruhan termasuk:

  • Peningkatan prestasi sebanyak 40% dalam pengesahan tandatangan untuk data yang dikumpul daripada pad tandatangan.
  • Peningkatan prestasi sebanyak 20% bagi aplikasi undian pos yang sering menggunakan imej beresolusi yang lebih rendah daripada rekod DMV.
  • Lebih 50% pengurangan dalam kos sedia ada bagi pengendalian penolakan.

Berikut merupakan beberapa sorotan:

SignatureXpert.AI mengesan dan mengesahkan tandatangan secara automatik pada pelbagai dokumen yang lebih luas 

Produk tersebut kini dioptimumkan untuk mengenal pasti sebahagian pada mana-mana dokumen yang memiliki satu atau berbilang tandatangan. Coretan dokumen mungkin mempunyai data cetakan mesin atau tulisan tangan selain daripada tandatangan sebenar.

SignatureXpert.AI mengesan tandatangan secara automatik pada dokumen input, mengesahkannya dengan imej tandatangan asli yang disediakan sebagai rujukan dan memberikan keputusan pengesahan. Jenis-jenis dokumen berikut telah ditambah:

  • Coretan satu atau berbilang tandatangan.
  • Coretan dengan ruangan tambahan bertulis tangan seperti tarikh dan alamat.

SignatureXpert.AI disepadukan sepenuhnya dalam dan dengan FormXtra.AI 8.3. 

SignatureXpert.AI ialah produk generasi seterusnya berdasarkan kaedah dan pendekatan Kecerdasan Buatan (AI) yang paling inovatif dalam analisis imej dan pengecaman corak serta dibangunkan daripada pengalaman selama lebih 15 tahun dalam pengesanan dan pengesahan tandatangan. Kesemua perkara tersebut menghasilkan automasi ketepatan yang benar-benar suatu pembaharuan dan lebih baik berbanding manusia untuk pelbagai tugas pengesahan tandatangan.

SignatureXpert.AI berjaya berfungsi dengan dokumen yang mempunyai julat resolusi yang lebih luas (96dpi-300dpi) 

SignatureXpert.AI menunjukkan toleransi dan kebolehpercayaan dalam mengesan dan mengesahkan tandatangan pada imej yang mempunyai fon berkualiti rendah dan/atau kecil seperti kad ID. Perisian ini secara automatik mengesan kualiti imej untuk mengoptimumkan keperluan prapemprosesan imej.

Kesemua keupayaan ini menjadikan SignatureXpert.AI mampu memproses pelbagai dokumen yang lebih luas, memberikan kualiti imej yang lebih baik untuk pelbagai aplikasi.

Tentang Parascript 

Parascript bukan sahaja menjual perisian tetapi kami menjual hasil sebenar yang boleh disahkan yang menjimatkan syarikat-syarikat yang berjumlah melebihi $1 bilion setiap tahun. Para pelanggan memilih Parascript apabila mereka ingin menggunakan AI gunaan untuk mencapai penyelesaian pemerolehan data yang dioptimumkan dengan tahap tertinggi automasi yang boleh dipercayai. Parascript mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam menggunakan AI untuk menyelesaikan masalah yang kompleks, mengautomasikan proses berorientasikan dokumen yang melibatkan lebih 100 bilion dokumen setiap tahun. Kami telah mengautomasikan industri pos, ruangan mel komersial, pilihan raya kerajaan, pembayaran dan ratusan proses lain. Sila layari Parascript.

Hubungan Media: Ariane Barragan, ariane.barragan@parascript.com, 720.731.3282

 

Source: Parascript, LLC
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics New products/services