omniture

FP Markets menambah rangkaian baharu bagi Komoditi Berasaskan Pertanian

FP Markets
2022-02-22 23:27 42

Produk Komoditi Berasaskan Pertanian baharu memperluas Portfolio Komoditi Berasaskan Pertanian FP Markets kepada 9 (sembilan) melalui Platform FP Markets Metatrader 4 (MT4) & Metatrader 5 (MT5). 

SYDNEY, 22 Februari 2022 /PRNewswire/ -- FP Markets telah memperluas tawarannya dengan menambah produk baharu Komoditi Berasaskan Pertanian pada Platform MT4 & MT5 FP Markets. FP Markets yang baru-baru ini dianugerahkan sebagai Broker Nilai Forex Global Terbaik 2021, Pengalaman Dagangan Forex Terbaik EU 2021 dan 'Broker FX Terbaik Australia' 2021 untuk tahun kedua berturut-turut, terus menetapkan penanda aras dalam CFD dan Forex serta dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menambah produk berikut ke dalam tawaran rangkaian produknya yang luas:

FP Markets adds new range of Soft Commodities
FP Markets adds new range of Soft Commodities

 

Komoditi Baharu Berasaskan Pertanian: 

  • Jagung (Jagung / USD)
  • Gandum (Gandum / USD)
  • Kacang Soya (Kacang Soya /USD)
  • Koko (Koko /USD)

Portfolio Komoditi Berasaskan Pertanian: 

  • Minyak Mentah West Texas Intermediate (WTI)
  • Tunai Minyak Mentah West Texas Intermediate (XTI/USD)
  • Tunai Minyak Mentah Brent (XBR/USD)
  • Gas Asli (XNG/USD)
  • Kopi AS (COFFEE)

Craig Allison, Ketua Pegawai Eksekutif – Ketua EMEA menambah "FP Markets terus berusaha untuk menyediakan peluang perdagangan yang menarik kepada para pedagang di seluruh dunia dan secara konsisten menambah alat kewangan, produk, aset dan teknologi canggih yang baharu. FP Markets menggabungkan ciri pelaksanaan pantas yang memenangi anugerah, kecairan yang mendalam, sebaran yang ketat dengan platform termaju dan sokongan pelanggan berbilang bahasa, yang merupakan faktor utama yang memberi pengetahuan dan keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang."

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah Broker Forex global dengan pelbagai kawal selia dan pengalaman industri selama lebih 16 tahun.
  • FP Markets menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip dan leveraj sehingga 500:1 pada Akaun Pro.
  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih FP Markets dan berdagang di mana-mana sahaja pada pelbagai platform dalam talian yang hebat seperti MetaTrader4, MetaTrader5, WebTrader dan Iress.
  • Perkhidmatan cemerlang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu dalam pelbagai bahasa oleh syarikat ini telah diiktiraf oleh Investment Trends sebagai destinasi utama bagi beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri dan telah menerima "Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan" daripada Investment Trends selama lima tahun berturut-turut.
  • FP Markets telah dianugerahkan gelaran sebagai 'Broker Nilai Forex Global' selama tiga tahun berturut-turut (2019, 2020, 2021) dalam Anugerah Forex Global.
  • FP Markets telah dinobatkan sebagai "Pengalaman Dagangan Terbaik di EU" semasa Anugerah Forex Global 2021.

Untuk mendapatkan butiran lengkap tentang pelbagai tawaran kami yang luas, sila layari www.fpmarkets.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1750536/FP_Markets_New_Soft_Commodities.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1574261/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Financial Technology