TOKYO, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan penambahan terkini kepada jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. Berdasarkan kepada GMW-B5000, versi paparan penuh asli bagi G-SHOCK yang pertama seumpamanya, GMW-B5000MB baharu ini menampilkan pelbagai kemasan terperinci yang didatangkan secara bersama melalui reka bentuk berwarna hitam yang halus.
GMW-B5000MB mengumpulkan komponen-komponen individu yang diberikan kemasan kilir* dan pelbagai penggilapan pada jam tangan kalis hentakan yang berkualiti premium dengan rupa menarik lagi unik yang memanfaatkan sepenuhnya kekayaan tekstur dan rasa.
Seluruh bahagian luar jam tangan ini diperhalusi dan diberikan saduran ion hitam bagi memberikan kecanggihan warna hitam pusam dan kemasan tambahan diberikan kepada perincian satu persatu. Kemasan garis halus pada bahagian timbul di bahagian tepi bezel dan juga bahagian tepi tali jam mengekalkan tekstur logam sekali gus meningkatkan kilauannya. Kemasan cermin, sebaliknya, menambah kilauan yang berkilat pada permukaan skru, butang dan butiran lain.
Menerusi model yang terkini ini, Casio turut menambah proses kemasan yang baharu. Selepas penyaduran ion hitam pada permulaannya, permukaan atas bezel digilap sekali lagi dengan kemasan garis halus bagi mendedahkan sebahagian besar keluli tahan karat di permukaan bawahnya dengan kilauan berwarna perak. Integrasi yang bergaya dan lancar antara rona putih perak keluli tahan karat pada bezel dan hitam pusam pada badan jam, dilengkapi dengan pelbagai kemasan yang berjalin-jalin dan kompleks, menghasilkan reka bentuk berkualiti dan terperinci dengan indah menerusi rupa sofistikated yang unik.
* Teknik kemasan permukaan yang melibatkan penggilapan permukaan dengan menyemburnya dengan bahan lelas halus. |
Fungsi GMW-B5000MB sehebat reka bentuknya. Jam tangan ini didatangkan dengan ciri penerimaan gelombang radio standard mahupun sambungan Smartphone Link yang membolehkan pemilik menggunakan aplikasi G-SHOCK Connected untuk mengekalkan penjagaan masa yang tepat dan mengurus penggera, waktu dunia dan tetapan lain dengan mudah. Jam tangan ini juga menggunakan fungsi-fungsi Peringatan dan pencari Telefon yang bermanfaat apabila digandingkan dengan aplikasi tersebut.