omniture

Pemimpin Perniagaan Memberi Amaran Bahawa Gangguan Rantaian Bekalan Yang Berterusan Disebabkan Oleh COVID-19 Mempunyai Kesan Yang Kritikal Terhadap Keupayaan Untuk Memacu Keuntungan

Flintfox International
2022-02-24 16:00 20

- Kajian terkini yang dijalankan oleh Flintfox mendedahkan bahawa 90% daripada perniagaan menghadapi kesukaran untuk menguruskan ketidaktentuan pasaran yang disebabkan oleh Covid-19 dan inflasi

AUCKLAND, New Zealand, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Kajian terkini yang dijalankan oleh Forrester Consulting bagi pihak platform penentuan harga pintar, Flintfox mendedahkan bahawa syarikat peruncitan, pembuatan dan barangan pengguna menghadapi cabaran asas dalam menguruskan margin keuntungan mereka, kerana kesan berterusan terhadap isu COVID-19, inflasi dan rantaian bekalan.

90% daripada perniagaan melaporkan bahawa COVID mempunyai kesan yang kritikal terhadap keupayaan untuk menguruskan harga di seluruh rangkaian produk mereka, dengan 39% menyatakan bahawa mereka tidak dapat kekal bersaing dengan turun naik harga masa nyata yang agak ketara di pasaran. Ini memberi kesan yang signifikan; dengan perniagaan yang mengalami kerugian secara purata sebanyak $1 juta setahun disebabkan ketidakupayaan mereka untuk bertindak balas dengan pantas terhadap kuasa pasaran.

Kajian terhadap lebih 900 orang pemimpin perniagaan telah mendedahkan bahawa model perniagaan yang sedia ada menghalang mereka daripada menguruskan kadar perubahan, dengan 41% masih bergantung pada proses manual untuk menguruskan turun naik harga. Lebih separuh (53%) menyatakan bahawa pandemik tersebut telah memaksa mereka memerlukan kebolehlihatan yang lebih baik terhadap prestasi perniagaan berkaitan keuntungan dan margin untuk bertindak balas dengan sewajarnya.

Tahun 2022 akan menyaksikan transformasi model perniagaan mendorong agenda ahli Lembaga Pengarah apabila perubahan global menjadi semakin tidak dapat diramalkan, dengan 60% daripada perniagaan yang mendakwa bahawa kualiti dan penggunaan data yang lemah akan menghalang keupayaan untuk terus mengawasi turun naik pasaran dan kekal berdaya saing.

Penyelidikan ini menunjukkan bahawa peralihan kepada harga pengurusan masa nyata dan automatik akan menjadi keutamaan perniagaan asas untuk menguruskan kesan gangguan global pada tahun hadapan, dengan satu daripada lima (23%) perniagaan melaksanakan teknologi harga pintar pada tahun 2022.

Oleh kerana kesan jangka panjang COVID-19 terhadap ekonomi dunia menjadi semakin tidak dapat diramalkan, mengautomasikan keputusan berkaitan harga produk dengan harga pintar kini dilihat sebagai salah satu faktor paling penting yang mempengaruhi pendapatan perniagaan oleh lebih tiga perempat (77%) perniagaan.

John Moss, Ketua Pegawai Eksekutif Flintfox mengulas: "Selepas ketidakpastian berterusan akibat pandemik ini, margin tidak pernah menjadi sesuatu yang penting. Memandangkan isu inflasi dan rantaian bekalan terus mencetus kerumitan, menjadi semakin kritikal bagi perniagaan untuk dapat bertindak balas dengan pantas terhadap turun naik pasaran. Beralih ke model harga pintar akan membolehkan perniagaan mengendalikan kerumitan operasi dengan lebih baik dan memastikan daya tahan masa depan perniagaan mereka daripada peristiwa pasaran yang berisiko."

 

Source: Flintfox International
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Mining/Metals Retail Transportation Economic news, trends, analysis Survey, Polls & Research