DUBAI, UAE, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi kewangan multinasional Channel VAS, mengumumkan penjenamaan semula kepada Optasia seiring dengan usaha syarikat untuk mengembangkan lagi kedudukan globalnya dengan penekanan terhadap pasaran baru muncul. Perkhidmatan utama Optasia ialah platform AI serba boleh yang bersepadu sepenuhnya serta meliputi pemarkahan, keputusan kewangan, pembayaran & kutipan. Penjenamaan semula ini menunjukkan perkembangan perniagaan Channel VAS selepas lebih 10 tahun beroperasi.
Platform AI Optasia yang canggih menawarkan proses keputusan yang lebih bermaklumat tentang pemarkahan kredit yang seterusnya membuka peluang belum dimanfaatkan secara besar-besaran kepada rakan kongsi, Pengendali Rangkaian Mudah Alih dan institusi kewangan peringkat atasan serta menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan kepada ekosistem mereka, termasuk penyelesaian kewangan perusahaan dan pengguna, pemarkahan kredit, sains data sebagai perkhidmatan dan platform sebagai perkhidmatan.
Optasia ialah pengubah pasaran yang memungkinkan revolusi teknologi kewangan/kewangan mudah alih bertapak di pasaran baru muncul serta membantu bank tempatan melaksanakan transformasi digital mereka dalam penyediaan pembiayaan bebas risiko kepada ekonomi dinamik yang sedang berkembang pesat.
Dengan AI proprietari, Optasia memproses dan menganalisis data tingkah laku tidak berstruktur lalu membentuk profil unik pelanggan yang boleh digunakan oleh institusi kewangan dan pengendali rangkaian mudah alih (MNO) untuk menyesuaikan produk dan perkhidmatan pada pangkalan pelanggan mereka. Tanpa teknologi ini, organisasi-organisasi ini tidak berupaya mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang selamat tentang kepercayaan kredit.
Optasia mempunyai rekod prestasi yang mantap dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam menerajui perkembangan teknologi kewangan di pasaran baru muncul di Afrika, Asia dan Timur Tengah serta menghasilkan keputusan kredit untuk transaksi harian yang bernilai melebihi USD8 juta. Ia memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan mudah alih beralamat yang terdiri daripada 560 juta pelanggan di lebih 30 buah negara.
Mengulas tentang penjenamaan semula tersebut, Bassim Haidar, Pengasas merangkap Pengerusi Optasia menyatakan: "Optasia menggunakan teknologi terkini untuk mendayakan akses kewangan kepada satu bilion pelanggan seterusnya di pasaran baru muncul di seluruh dunia. Pemerkasaan teknologi dan kewangan yang dibawakan oleh sains data di rantau yang sangat memerlukan rangsangan ekonomi amat penting untuk pembangunan masa depan mereka".
"Di seluruh dunia, terdapat 1.7 bilion individu dewasa yang tidak mempunyai akaun bank - tiada akaun dengan institusi kewangan mahupun penyedia perkhidmatan kewangan mudah alih. Walaupun bilangan ini telah menurun secara sistematik, ia tetap menyumbang kepada jurang yang sangat besar. Optasia merancang untuk mempelopori penyertaan kewangan ini dalam beberapa tahun akan datang," Encik Haidar menyimpulkan.
Dengan ibu pejabat kewangan yang terletak di Dubai, UAE, Optasia turut beroperasi di Athens, Greece. Syarikat ini telah membangunkan pusat kecemerlangan teknologi di Mesir dan mempunyai pejabat serta anak syarikat di pelbagai negara di seluruh dunia termasuk Afrika Selatan, Nigeria, Pakistan dan Bangladesh.
Penyedia teknologi kewangan ini telah dipilih sebagai syarikat pelaburan utama oleh firma pelaburan terkemuka seperti Waha Capital Abu Dhabi pada tahun 2017, Ethos, sebuah syarikat pelaburan Afrika Selatan pada tahun 2018 dan firma ekuiti DPI pada tahun 2019.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1752683/Optasia_Logo.jpg?p=medium600