omniture

Liberty Strategic Capital Mengetuai Pusingan Pelaburan dalam BlueVoyant, sebuah Platform Pertahanan Siber yang Terkemuka dalam Industri

BlueVoyant; Liberty Strategic Capital
2022-02-24 21:52 56

WASHINGTON, 24 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Liberty Strategic Capital, sebuah firma ekuiti swasta yang diasaskan dan diterajui oleh mantan Setiausaha Perbendaharaan, Steven T. Mnuchin, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai sebuah perjanjian muktamad dengan BlueVoyant, LLC, sebuah platform pertahanan siber yang terkemuka dalam industri, untuk melabur sejumlah $125 juta dalam syarikat tersebut serta mengetuai pusingan pembiayaan Siri D BlueVoyant yang bernilai $250 juta. Ini merupakan pelaburan keempat Liberty Strategic Capital sejak penubuhannya dan pelaburan ketiganya dalam industri keselamatan siber yang menjadi salah satu bidang tumpuan utama Liberty.

BlueVoyant ialah sebuah firma pertahanan keselamatan siber yang mengendalikan empat bidang perniagaan: perkhidmatan keselamatan terurus yang menyediakan pengesanan dan tindak balas ancaman siber dalam rangkaian pelanggan selama 24 jam sehari; pertahanan risiko siber pihak ketiga yang menyediakan rantaian bekalan dan pencahayaan rangkaian vendor; perlindungan risiko digital yang menyediakan perlindungan jenama, risikan ancaman dan tindak balas insiden; dan perkhidmatan profesional iaitu perkhidmatan keselamatan siber misi kritikal. Platform dan perkhidmatan BlueVoyant menyediakan tahap automasi dan penyesuaian yang tinggi serta disokong oleh penganalisis keselamatan siber dengan pengalaman yang meluas dalam organisasi kerajaan pertahanan siber utama di dunia yang merangkumi Agensi Keselamatan Negara, Biro Penyiasatan Persekutuan, Unit 8200 Pasukan Pertahanan Israel dan GCHQ UK serta pakar keselamatan siber sektor swasta. 

Kemunculan pantas dan peningkatan tahap keterukan serta kekerapan ancaman siber dan ditambah pula dengan kekurangan bakat keselamatan siber sejak sekian lama telah mewujudkan jurang yang besar dalam keupayaan memberikan pertahanan yang mencukupi bagi infrastruktur penting. Liberty percaya BlueVoyant berada pada kedudukan yang baik untuk mengisi jurang ini dengan menyediakan sebuah platform bagi menggabungkan teknologi pertahanan keselamatan siber terbaik ke dalam sebuah platform perkhidmatan terurus kepada para pelanggan. Tambahan pula, apabila ancaman keselamatan siber muncul dan teknologi pertahanan melakukan penyesuaian, BlueVoyant berada pada kedudukan untuk kekal tangkas dalam menghadapi landskap ancaman yang sentiasa berubah. 

Setiausaha Mnuchin, Pengasas merangkap Rakan Kongsi Pengurusan Liberty Strategic Capital berkata: "Apabila ancaman siber meningkat, BlueVoyant telah pun mencapai kedudukan sebagai peneraju yang berbeza dalam bidang pengesanan dan tindak balas terurus, pengurusan risiko siber pihak ketiga, perlindungan risiko digital dan perkhidmatan profesional keselamatan siber. Kami teruja dapat bekerjasama dengan BlueVoyant dan pasukan pengurusan peringkat atasannya ketika mereka terus memacu pertumbuhan dalam pasaran yang penting dan berkembang pesat ini." 

Jim Rosenthal, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BlueVoyant berkata: "Ketika kami memulakan BlueVoyant, kami telah mengetahui bahawa keselamatan siber dengan cepat menjadi salah sebuah perniagaan yang menangani ancaman dan agensi kerajaan yang paling penting, malah ia merupakan perkara yang pasukan kami telah bersedia secara unik untuk menanganinya. Dalam tempoh hanya lebih empat tahun sahaja, kami telah berkembang kepada lebih 560 orang pekerja dan telah memperoleh kepercayaan daripada lebih 700 pelanggan. Kami melihat pemintaan pasaran yang amat menakjubkan dan trend ini menjadi semakin pantas apabila para profesional keselamatan beralih kepada penyelesaian keselamatan siber kami yang berasaskan pencapaian."

Tom Glocer, Pengerusi Eksekutif merangkap Pengasas Bersama BlueVoyant, berkata: "Sebagai Ketua Pengarah di dua buah syarikat Fortune 100, saya melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian keselamatan siber yang canggih. Permintaan ini akan hanya meningkat pada tahun-tahun akan datang dan BlueVoyant dilengkapi secara unik untuk memenuhi kedua-dua keperluan dalaman dan luaran bagi organisasi besar dan kecil."

Sehubungan dengan pelaburan Liberty dalam BlueVoyant, Setiausaha Mnuchin akan menyertai barisan Ahli Lembaga Pengarah BlueVoyant. 

Paul, Weiss, Rifkind, Wharton & Garrison LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Liberty Strategic Capital. 

Tentang BlueVoyant

Di BlueVoyant, kami mengetahui bahawa keselamatan siber yang berkesan memerlukan pencegahan dan pertahanan yang aktif di seluruh organisasi dan juga rantaian bekalan anda. Data, analisis dan teknologi proprietari kami yang disertai dengan kepakaran mendalam berfungsi sebagai pengganda kuasa untuk menjamin keseluruhan ekosistem anda.

Ketepatan. Kebolehtindakan. Ketepatan garis masa. Kebolehskalaan.

Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh mantan pegawai Fortune 500 dan mantan pegawai siber kerajaan, BlueVoyant beribu pejabat di Bandar Raya New York dan mempunyai kakitangan di Washington, D.C., Maryland, San Francisco, Israel, Filipina, Kanada, U.K., Sepanyol, Australia, Hungary, Republik Czech, Romania, Slovakia, Belanda, Belgium, Jerman, Sweden, Denmark, El  Salvador, Colombia, Mexico dan Panama.

Tentang Liberty Strategic Capital

Liberty Strategic Capital ialah sebuah firma ekuiti swasta yang berpangkalan di Washington, D.C. yang memberi tumpuan kepada pelaburan strategik dalam bidang teknologi, perkhidmatan kewangan dan teknologi kewangan serta bentuk baharu kandungan. Firma ini telah ditubuhkan pada tahun 2021 dan diterajui oleh mantan Setiausaha Perbendaharaan, Steven T. Mnuchin. Portfolio Liberty merangkumi pelaburan yang besar dalam firma teknologi keselamatan siber iaitu Cybereason dan Contrast Security serta pelaburan dalam firma teknologi satelit, Satellogic.

Pelaburan dalam BlueVoyant ini merupakan pelaburan keempat Liberty Strategic Capital sejak penubuhannya pada awal tahun lalu. Sebagai Setiausaha Perbendaharaan dan ahli Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Mnuchin membantu dalam membentuk pendekatan kerajaan A.S. terhadap ancaman siber termasuk menyelia reka bentuk sekatan ekonomi baharu yang menyasarkan penjenayah siber transnasional dan penyerang siber Iran, Rusia dan Korea Utara serta menggunakan pihak berkuasa sekatan untuk memerangi serangan perisian tebusan. Setiausaha Mnuchin juga merupakan ketua pegawai kerajaan A.S. yang bertanggungjawab terhadap keselamatan siber di seluruh sektor perkhidmatan kewangan. Dalam kapasiti jawatan tersebut, beliau telah bekerjasama secara langsung dengan pengawal selia teratas A.S. dan ketua eksekutif institusi kewangan terbesar A.S. tentang kesiapsiagaan keselamatan siber, penyelarasan kawal selia dan tindak balas insiden. Selain itu, Setiausaha Mnuchin turut mengetuai pemodenan teknologi dan keselamatan data dalam Perkhidmatan Hasil Dalam Negeri demi melindungi pengumpulan data kewangan peribadi tunggal yang terbesar di negara ini dengan lebih baik.

Pengarah Urusan Liberty, Michael D'Ambrosio, yang merupakan mantan Penolong Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat dengan pengalaman yang meluas dalam isu-isu keselamatan negara, memainkan peranan penting dalam pelaburan ini. Encik D'Ambrosio akan memainkan peranan utama dalam usaha Liberty untuk menyediakan bantuan strategik kepada BlueVoyant melalui penyertaan beliau dalam lembaga penasihat strategik syarikat tersebut.

Hubungan Akhbar BlueVoyant
Jennifer Schlesinger
T: +1 201.397.4976
E: jenny.schlesinger@bluevoyant.com

 

Source: BlueVoyant; Liberty Strategic Capital
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Financing agreements Joint ventures Data Analytics Financial Technology