![]() |
BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2022 /PRNewswire/ -- STL [NSE: STLTECH], penyepadu rangkaian digital terkemuka dalam industri, akan mempamerkan visi era baharunya bagi rangkaian berkuasa 5G di Mobile World Congress 2022 di Barcelona pada minggu hadapan.
STL bakal mempamerkan rangkaian penyelesaian berasaskan antara muka terbuka yang selamat dan berupaya untuk berfungsi di seluruh rangkaian '5G Serba Lengkap' era baharu yang akan ditumpukan (gabungan optik dan tanpa wayar) dan beroperasi di pelbagai jalur. Selain produk tanpa wayar, rangkaian ini akan turut merangkumi penyelesaian gentian optik, pemayaan, penggunaan rangkaian dan perisian STL yang terkini. Kesemua keupayaan baharu ini merupakan sebahagian daripada tawaran 5G Serba Lengkap STL yang akan membolehkan pembangun dan pengendali rangkaian menggunakan rangkaian digital 5G generasi seterusnya dengan lancar dan menjimatkan kos.
Pameran 5G Serba Lengkap STL yang ditampilkan di #MWC22 ini merangkumi empat bidang utama yang penting untuk penggunaan 5G:
Tanpa Wayar:
Rangkaian Optik:
Penggunaan Rangkaian:
Perisian:
Ankit Agarwal, Pengarah Urusan STL mengulas:
"Sebagai sebuah acara komunikasi mudah alih terbesar di dunia, Mobile World Congress berfungsi sebagai sebuah platform yang ideal untuk kami melancarkan rangkaian produk '5G Serba Lengkap' kami yang baharu. Tawaran baharu kami menghimpunkan teknologi dan inovasi yang akan mendayakan pembangunan rangkaian 5G baharu dengan kebolehskalaan tinggi yang lebih pantas di seluruh dunia. Ini menggambarkan matlamat STL dalam membangunkan rangkaian digital yang menggabungkan teknologi tanpa wayar dan optik, yang dibina berdasarkan antara muka bersumber terbuka yang selamat dan boleh diprogramkan sepenuhnya. Kami berharap dapat bekerjasama dengan industri di Barcelona dan meneruskan matlamat kami untuk mengubah kehidupan berbilion-bilion manusia melalui rangkaian digital."
Sila lawati STL di Mobile World Congress 2022 di Dewan 2, gerai bernombor 2E18.
Tentang STL
STL ialah penyepadu rangkaian digital terkemuka yang menyediakan penyelesaian 5G Serba Lengkap. Keupayaan kami merangkumi seluruh saling hubungan tanpa wayar, rangkaian, perisian dan perkhidmatan optik yang menjadikan kami antara vendor RAN 5G terbaik menurut Gartner. Keupayaan ini dibangunkan berdasarkan sumber terbuka dan seni bina tertumpu yang membantu syarikat telekomunikasi, syarikat awan, rangkaian warga serta perusahaan besar menghasilkan pengalaman generasi seterusnya kepada para pelanggan mereka. STL bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan di seluruh dunia untuk mencapai masa depan digital yang hijau dan mampan yang sejajar dengan matlamat SDG PBB.
STL mempunyai penampilan global yang kukuh di India, Itali, UK, AS, China dan Brazil. Baca lebih lanjut, Hubungi kami.
stl.tech | Twitter | LinkedIn | YouTube
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/876464/Sterlite_Technologies_STL_New_Logo.jpg?p=medium600
Photo: https://mma.prnasia.com/media2/1753638/STL__5G_Ecosystem.jpg?p=medium600