PHNOM PENH, Kemboja, 28 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Oriental Bank Plc., sebuah bank baharu di Kemboja dengan strategi mengutamakan digital, hari ini mengumumkan bahawa bank tersebut telah memilih penyedia pembayaran global BPC untuk memperkasakan pengalaman perbankan digitalnya.
Kemboja mempunyai nilai edaran mata wang melebihi $22 bilion dan kadar celik digital yang semakin meningkat. Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia dan Pasifik melaporkan bahawa15.6 peratus daripada penduduk negara tersebut telah melaksanakan atau menerima pembayaran secara digital pada tahun 2019, menunjukkan peningkatan permintaan yang mendadak terhadap infrastruktur digital.
Bank komersial terbaharu di Asia Tenggara ini bermatlamat untuk menguasai pasaran pengguna celik teknologi yang agak besar termasuk para pelanggan yang lebih menggemari pengalaman perbankan yang lazim. Strategi ini akan menyaksikan Oriental Bank Plc. menggunakan pendekatan perbankan digital sebanyak 60 peratus, manakala perbankan konvensional sebanyak 40 peratus.
Platform SmartVista BPC akan digunakan untuk menjana pengalaman perbankan digital melalui kaedah suai tugas Kenali Pelanggan Anda, pembukaan akaun deposit dan pemindahan dana. Platform ini juga akan digunakan untuk memperkasakan pengalaman pembayaran serba lengkap yang lancar serta selamat, termasuk kod QR, pengeluaran kad, permohonan pinjaman secara digital dan saluran perbankan layan diri yang lain seperti Khidmat ATM Pandu Lalu.
Datuk Phan Ying Tong, Pengasas dan Pengarah Urusan Oriental Bank Plc., berkata: "Oriental Bank menggabungkan teknologi dan layanan manusia bagi memastikan bahawa kami dapat mendekati semua pelanggan tanpa mengira kaedah yang mereka gunakan. Kami memilih BPC berdasarkan pemahaman pasaran tempatan mereka yang luas dan kepantasan daya saing mereka dalam membangunkan bank baharu daripada peringkat bawah. Menerusi BPC, kami mengharapkan kerjasama rakan kongsi tempatan yang kukuh yang akan membantu kami mencapai pertumbuhan dan terus membangun."
Dengan matlamat untuk menyampaikan produk kewangan yang sangat berwibawa dan berteraskan pelanggan kepada Kemboja, Oriental Bank Plc. tertarik dengan kemudahan kerjasama perkhidmatan Perangkai Padan generasi seterusnya BPC yang membentuk sebahagian daripada ekosistem bank, termasuk sambungan API kepada pihak ketiga untuk pembayaran segera. Oriental Bank Plc. juga berminat dengan keupayaan BPC untuk meluaskan lagi ekosistem dengan perkhidmatan nilai tambah apabila bank tersebut berkembang.
Terry Paleologos, Pengarah Urusan APAC di BPC, mengulas: "BPC mempunyai bahagian pasaran dan kehadiran yang kukuh di Kemboja dengan pasukan tempatan yang mantap serta serba lengkap untuk menyokong para pelanggan dan rakan kongsi. Permintaan untuk gaya hidup digital dapat dirasai; oleh yang demikian, kami dapat melihat pelbagai projek transformasi yang besar. Walau bagaimanapun, membina neobank daripada peringkat bawah merupakan inisiatif yang lebih menarik kerana asas ini akan membawa pengalaman mengutamakan digital kepada para pelanggan yang memerlukannya." Beliau juga menambah: "Kami yakin bahawa dengan kerjasama ini, Oriental Bank dan BPC membuka laluan menuju kehebatan secara bersama."
Selama lebih 25 tahun, BPC telah menerajui revolusi digital yang memberikan keupayaan penyelesaian perbankan dan pembayaran yang canggih kepada lebih 350 institusi kewangan di lebih 100 buah negara. Oriental Bank Plc. ialah bank komersial terbaru Kemboja yang bermatlamat untuk memajukan bidang perkhidmatan kewangan Kemboja dengan pesat dalam era digital.