omniture

Dotgo melancarkan Universal RCS di Kongres Dunia Mudah Alih 2022

Dotgo
2022-02-28 15:00 20

- Memberikan Pengalaman Pemesejan RCS Perbualan yang Meluas untuk Pengguna iPhone  

- Kertas Putih tentang 'Cara RCS merevolusikan pemesejan perniagaan' turut dikeluarkan

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Dotgo®, sebuah syarikat Gupshup dan penyedia penyelesaian 'Rich Communication Services' (RCS) dan 'RCS business messaging' (RBM) yang terkemuka, mengumumkan pelancaran Universal RCS™ Dotgo di Kongres Dunia Mudah Alih 2022, Barcelona. Pelancaran ini memperluas RCS kepada iPhone dan peranti bukan RCS lain yang menyediakan jenama global dengan keupayaan untuk menjangkau lebih ramai pelanggan melalui penggunaan penyelesaian pemesejan mudah alih media yang meluas termasuk video, audio dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Terdapat 6.64 bilion pengguna telefon pintar di dunia pada hari ini. RCS kini digunakan di seluruh dunia pada 1.2 bilion peranti oleh 500 juta pengguna aktif bulanan. RBM membolehkan jenama menghantar mesej yang meluas dan interaktif dengan imej, GIF, video dan karusel serta cadangan jawapan dan cadangan tindakan kepada para pelanggan, daripada ID penghantar yang sah dengan tanda kepercayaan. Walau bagaimanapun, jangkauannya pada masa ini yang terhad kepada peranti Android dengan pelanggan RCS telah menghalang perniagaan daripada mencapai pengguna yang menggunakan iPhone atau peranti Android lain dengan pelanggan tanpa keupayaan RCS. Penyelesaian Universal RCS Dotgo membolehkan perniagaan mengatasi halangan ini dan menghantar mesej RCS kepada semua orang.

Untuk pengguna peranti bukan RCS, penyelesaian ini menghantar SMS berserta pautan ke pengalaman RCS pada pelayar secara automatik. Melalui cara ini, Dotgo memperkasakan perniagaan dalam memberikan pengalaman komunikasi yang meluas kepada semua pelanggan mereka yang meningkatkan penglibatan pengguna di seluruh peringkat. Penyelesaian inovatif ini menyokong rangkaian lengkap ciri RCS: termasuk media yang meluas seperti imej, video, karusel serta dengan cadangan tindakan/jawapan dan mesej yang dimulakan pengguna yang membolehkan pengalaman perbualan dua hala. Para pengguna boleh melihat tanda kepercayaan, butiran pengesahan dan mengakses Bot Store untuk meneroka dan menyertai jenama-jenama lain. 

"Penyelesaian Universal RCS Dotgo memberikan pengalaman pemesejan perniagaan RCS kepada semua pengguna iPhone dan Android. Dengan memperluas jangkauan RCS kepada iPhone, kami mempercepat transformasi pemesejan perniagaan daripada transaksi dan pemberitahuan biasa melalui SMS kepada pengalaman perbualan 2 hala yang meluas," kata Surinder Singh Anand, Ketua Pegawai Teknologi Dotgo. "Penyelesaian ini direka untuk memastikan pendayaan keupayaan Universal RCS yang lancar bagi mana-mana ejen RCS, mengelakkan kos pembangunan atau kelewatan tambahan. Dengan tawaran inovatif ini, jenama boleh menjangkau lebih banyak pengguna - menambah baik kesan kempen RCS mereka dan meningkatkan pulangan pelaburan RCS mereka."

Mobilesquared, peneraju global dalam risikan pasaran mudah alih bebas menganggarkan saiz pasaran RCS global akan berkembang kepada $4.4 bilion menjelang tahun 2025 dan meningkatkan CAGR sebanyak 143.27 peratus. "RCS berpotensi untuk menjadi salah sebuah platform penglibatan terbesar dan terluas di dunia, dengan mesej perniagaan yang meluas yang bakal bernilai beratus-ratus juta dolar dalam tempoh 10-15 tahun. Oleh kerana ekosistemnya yang sedang berkembang, kami menjangkakan peratusan yang besar dalam pemasaran pelanggan, perdagangan dan sokongan untuk beralih kepada RC dalam beberapa tahun akan datang," kata Nick Lane, Pengasas & Ketua Juruanalisis Cerapan Mobilesquared.

Dotgo turut melancarkan kertas putih tentang 'Cara RCS merevolusikan pemesejan perniagaan' dengan perincian trend, cabaran dan cadangan RCS untuk membantu jenama melaksanakan pemesejan perbualan dan strategi penglibatan pelanggan menggunakan RBM. Klik di sini untuk membaca.

"Walaupun SMS telah lama wujud dalam kehidupan kita, namun ia tidak mampu mengejar kemajuan teknologi mudah alih. Ia merupakan masa yang tepat untuk SMS berkembang menjadi saluran komunikasi generasi seterusnya, dengan peneraju industri seperti Dotgo mendorong batasan inovasi dalam penyelesaian RCS dan RBM," kata Dario Betti, Ketua Pegawai Eksekutif Mobile Ecosystem Forum. "Kami telah melihat RCS digunakan secara aktif dalam lebih 1.2 bilion peranti dengan lebih 450 juta pengguna dan ini hanyalah satu permulaan. RCS bakal menyaksikan pertumbuhan yang pesat dalam beberapa tahun akan datang."

Tentang Dotgo 

Dotgo® ialah sebuah syarikat Gupshup dan peneraju global dalam bidang RCS. Dotgo ialah penyedia Bot Store®, direktori bot RCS, Dotgo MaaP, RichOTP®, RichSMS™ dan RBM Hub yang pertama dan terbesar di dunia. Dotgo merupakan rakan kongsi Google dan juga ahli Mobile Ecosystem Forum. Sila layari www.dotgo.com. Gupshup membolehkan interaksi perniagaan kepada pelanggan yang lebih baik melalui penglibatan perbualan yang memperkasakan lebih 6 bilion mesej setiap bulan. Melalui Gupshup, 44,000 perniagaan telah menjadikan perbualan sebagai suatu bahagian yang penting dalam kejayaan penglibatan pelanggan mereka. Sila layari www.gupshup.io 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1754550/Dotgo_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Dotgo
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications New products/services Trade show news