omniture

Thuraya Melancarkan Penyelesaian Komunikasi Tekan untuk Cakap (Push-to-Talk) Inovatifnya dengan Cobham SATCOM

Thuraya Telecommunications Company
2022-02-28 17:00 16

Penyelesaian baharu ini akan memberikan pengguna keupayaan untuk mencipta rangkaian persendirian - dengan mengintegrasikan teknologi yang berbeza

Thuraya PTT memperluas rangkaian komunikasi suara dan data dengan lancar, mengurangkan kos sambil meningkatkan kecekapan untuk para pelanggan

Penyelesaian ini menjamin saling kendali antara pelbagai pengguna dengan sistem komunikasi di darat dan di laut

ABU DHABI, UAE, 28 Februari 2022 /PRNewswire/ -- Thuraya Telecommunications Company, anak syarikat perkhidmatan satelit mudah alih kepada penyedia penyelesaian satelit utama UAE, Al Yah Satellite Communications Company PJSC ("Yahsat" atau, bersama-sama anak syarikatnya, "Kumpulan") yang disenaraikan di Bursa Saham Abu Dhabi ("ADX") di bawah (SIMBOL: YAHSAT) (ISIN: AEA007501017) hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan penyelesaian komunikasi radio berasaskan IP baharunya, Thuraya Tekan untuk Cakap (PTT).

Thuraya Push-To-Talk
Thuraya Push-To-Talk

Thuraya PTT telah dibangunkan bersama-sama Cobham SATCOM, penyedia penyelesaian komunikasi satelit yang terkemuka untuk pasaran maritim dan pengangkutan darat. Penyelesaian ini akan membolehkan pengguna di seluruh spektrum industri yang luas memperkasakan rangkaian komunikasi suara mereka di luar garis penglihatan (BLOS) di mana-mana sahaja aset dan pasukan mereka berada.

Thuraya PTT ialah penyelesaian komunikasi radio berasaskan IP yang bekerjasama dengan mana-mana terminal jalur lebar Thuraya untuk membentuk rangkaian persendirian. Ia memberikan pengguna keupayaan untuk menggabung dan mengintegrasikan teknologi yang berbeza seperti 3G/LTE/LMR (Radio Mudah Alih Darat) melalui sistem satelit canggih Thuraya untuk komunikasi suara dan data yang lancar.

Penyelesaian baharu ini telah direka supaya mudah digunakan dan menjamin saling kendali yang selamat untuk pelbagai pengguna dengan sistem komunikasi yang berbeza di darat dan di laut. Penyelesaian ini menguruskan komunikasi daripada pelbagai peranti dan lokasi serta menyediakan peralihan masa nyata yang tidak terganggu antara satelit, selular dan LAN, sekali gus memastikan kesalinghubungan yang boleh dipercayai dengan kos yang menjimatkan. 

Thuraya PTT direka untuk misi operasi kritikal bagi menyokong organisasi di kawasan terpencil yang sering menghadapi masalah dengan kekurangan kesalinghubungan yang boleh dipercayai - terutamanya apabila terdapat keperluan mendesak untuk berkomunikasi di kawasan, negara atau benua yang berbeza. Perkhidmatan PTT Thuraya membolehkan organisasi mengatasi cabaran ini, sekaligus meningkatkan produktiviti dan keselamatan tenaga kerja secara keseluruhan.

Sulaiman Al Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya berkata: "Kami berbangga mengumumkan pelancaran penyelesaian Thuraya Tekan untuk Cakap hari ini. Kesalinghubungan satelit dan teknologi tekan untuk cakap akan memberikan sokongan yang tiada tandingan kepada pelbagai sektor—kebanyakan sektor yang kini sedang dikendalikan dan disokong oleh Thuraya—dengan meningkatkan kecekapan, keselamatan dan jaminan untuk tentera dan kakitangan yang beroperasi di lapangan. Pasaran telah menunjukkan permintaan yang jelas terhadap perkhidmatan PTT yang membolehkan pengguna berkomunikasi melalui satu penyelesaian. Kami menjangkakan bahawa potensi pasaran untuk perkhidmatan sedemikian akan terus berkembang."

"Kerjasama kami dengan Cobham SATCOM merupakan satu komponen utama bagi kejayaan pelancaran ini. Ia telah membolehkan kami mengembang dan meningkatkan penawaran portfolio kami dengan mewujudkan platform untuk inovasi dan pembangunan ciri serta aplikasi selanjutnya untuk meningkatkan bahagian pasaran global kami. Kami tidak sabar menantikan lebih banyak kerjasama dengan Cobham SATCOM dan mencapai lebih banyak pencapaian berkaitan bidang ini dalam masa terdekat," tambah beliau.

Saiz pasaran PTT (termasuk perkakasan, penyelesaian dan perkhidmatan untuk semua jenis rangkaian) akan meningkat daripada USD29.2 bilion pada tahun 2021 kepada USD45.2 bilion menjelang tahun 2026, dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 9.1% di sepanjang tempoh ini, dengan sektor Keselamatan Awam, Kerajaan, Tenaga dan Utiliti mencapai perkadaran pertumbuhan yang signifikan. Selain itu, pasaran terminal selular satelit hibrid global dijangka mencecah kira-kira USD700 juta menjelang tahun 2031, dengan CAGR sebanyak 22.81% dalam tempoh ramalan tahun 2021-2031.

Thuraya PTT memperluas keupayaan tekan untuk cakap legasi kepada rangkaian data hibrid seperti rangkaian selular daratan di mana tersedia, ditambah dengan rangkaian satelit Thuraya untuk tempat di mana tiada liputan rangkaian daratan. Tanpa keperluan campur tangan pengguna, sistem secara automatik mengarahkan suara dan trafik data melalui rangkaian yang paling murah dan paling boleh dipercayai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.thuraya.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1754522/Thuraya_Push_To_Talk.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1754521/Thuraya_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: Thuraya Telecommunications Company
Related Stocks:
AbuDhabi:YAHSAT ISIN:AEA007501017
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services