omniture

Lifebit dan Boehringer Ingelheim mengumumkan kerjasama untuk mendapatkan nilai transformasi data kesihatan

Lifebit Biotech, Ltd.
2022-03-01 14:00 17
  • Boehringer Ingelheim bekerjasama dengan Lifebit Biotech, Ltd. untuk membina platform data, analisis dan infrastruktur yang boleh diskala
  • Kerjasama ini bermatlamat untuk mendapatkan pemahaman penyakit translasi daripada biobank penjagaan kesihatan luaran yang besar dan memaksimumkan nilai data untuk penyelidikan ubat-ubatan dan perubatan kepersisan

LONDON, 1 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat biofarmaseutikal terkemuka yang dipacu penyelidikan, Boehringer Ingelheim dan syarikat perisian perubatan kepersisan, Lifebit Biotech, Ltd. (Lifebit) hari ini mengumumkan kerjasama di mana Lifebit akan menyokong Boehringer Ingelheim dalam membina sebuah platform data, analitik dan infrastruktur yang boleh diskala dalam persekitaran IT miliknya.

"Platform ini akan memainkan bahagian yang penting dalam strategi Boehringer Ingelheim yang lebih luas untuk mendapatkan pemahaman penyakit translasi daripada biobank penjagaan kesihatan luaran yang besar dan akhirnya untuk mempercepatkan pembangunan ubat-ubatan inovatif," ulas Dr. Jan Nygaard Jensen, Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Biologi Pengkomputeran dan Sains Digital global di Boehringer Ingelheim. Penyelesaian dan perkhidmatan transformasi Lifebit akan menyediakan penyeragaman sumber dan jenis data, penyusunan data, pengenalpastian data dan perkhidmatan yang boleh dipindahkan ke awan serta menyatukan ketersambungan data dengan pihak ketiga.

Elemen utama perkongsian ini melibatkan platform CloudOS Lifebit - sebuah platform yang berkuasa, selamat dan canggih yang digunakan oleh sejumlah organisasi penyelidikan dan kerajaan di seluruh dunia yang semakin meningkat, seperti Genomics England dan The Hong Kong Genome Project. Seni bina bersekutu platform ini membawa alatan analitik dan pengkomputeran dengan selamat kepada data dan bukannya memindahkan data yang sensitif ke sekeliling. Ini akhirnya mengungkap nilai transformasi data bioperubatan dengan membolehkan integrasi yang lancar dengan genomik populasi dan kohort berfokuskan penyakit yang terkemuka di dunia. Satu lagi manfaat utama CloudOS Lifebit ialah penyediaan keupayaan analitik yang berkuasa dan hubungan biobank global untuk membina "tempat data" yang selamat untuk analisis dan penyelidikan.

Kerjasama ini adalah susulan daripada kerjasama yang diumumkan pada tahun 2021 melibatkan penggunaan platform REAL Lifebit untuk mempercepat pengesanan wabak penyakit terkini termasuk penyakit rentas sempadan dan patogen yang baru muncul seperti COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Lifebit, Dr. Maria Chatzou Dunford berkongsi: "Kami teruja untuk menyumbang kepada visi Boehringer Ingelheim untuk memanfaatkan kuasa biobank luaran dan data kliniko-genomik berskala besar untuk mengubah R&D. Kami teruja untuk melihat bagaimana kerjasama teknologi dan biobank global kami dapat mengubah keupayaan penyelidikan untuk Boehringer Ingelheim dan memberikan impak yang besar kepada perancangan pembangunan klinikal yang meliputi seluruh bidang penyakit."

"Kami sentiasa mencari peluang baharu bagi menyampaikan penyelesaian yang lebih pantas, lebih baik dan lebih selamat. Oleh itu, bekerjasama dengan Lifebit yang merupakan salah satu rakan kongsi kami dalam bidang ini adalah sangat penting kerana data dan teknologi digital mampu memberikan penerokaan saintifik yang bermakna, mempercepat manfaat pesakit dan akhirnya membawa kepada kesihatan yang lebih baik," tambah Markus Schümmelfeder, Ketua IT Boehringer Ingelheim.

Tentang Lifebit Biotech, Ltd.

Lifebit membangunkan platform data perusahaan untuk kegunaan organisasi yang mempunyai set data bioperubatan yang kompleks dan sensitif. Teknologi bersekutu Lifebit yang dipatenkan membuka akses kepada data bioperubatan dengan selamat. Daripada penyediaan Persekitaran Penyelidikan Terpercaya untuk program perubatan kepersisan kebangsaan hinggalah kepada membolehkan syarikat-syarikat farmaseutikal meneroka sasaran ubat-ubatan baharu dengan lebih cepat, Lifebit memperkasa para pelanggan untuk mengubah cara mereka memanfaatkan data bioperubatan yang sensitif.

Tentang Boehringer Ingelheim

Boehringer Ingelheim sedang mengusahakan terapi baharu yang menambah baik kehidupan manusia dan haiwan. Sebagai sebuah syarikat biofarmaseutikal dipacu penyelidikan yang terkemuka, syarikat ini mewujudkan nilai melalui inovasi dalam bidang keperluan perubatan yang sangat tidak dipenuhi. Ditubuhkan pada tahun 1885 dan dimiliki keluarga sejak itu, Boehringer Ingelheim mengamalkan perspektif jangka masa panjang. Kira-kira 52,000 orang pekerja berkhidmat di lebih 130 pasaran dalam tiga bidang perniagaan iaitu Farmaseutikal Manusia, Kesihatan Haiwan dan Pembuatan Kontrak Biofarmaseutikal.

Maklumat lanjut tentang Boehringer Ingelheim boleh didapati di www.boehringer-ingelheim.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1752753/Boehringer_Ingelheim_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1752754/lifebit_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Lifebit Biotech, Ltd.
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Joint ventures