omniture

Enapter mempermudah pengeluaran hidrogen hijau dengan pengelektrolisis baharu yang sesuai untuk semua

Enapter
2022-03-02 08:00 12

- Syarikat teknologi bersih, Enapter menjadikan hidrogen hijau mampu milik dan boleh diakses untuk penyahkarbonan tenaga, mobiliti, industri dan persekitaran binaan 

- Pelancaran produk baharu Pengelektrolisis EL 4.0 AEM membolehkan syarikat menggantikan bahan api fosil dengan hidrogen hijau dengan cepat dan pantas

- Sebanyak 400 pesanan telah diterima untuk pengelektrolisis baharu / Penghantaran bermula pada musim panas tahun 2022

BERLIN, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi bersih, Enapter (WKN A255G0) sedang melancarkan pengelektrolisis penyeragaman pertama yang sesuai untuk pengeluaran besar-besaran. Melalui pelancaran ini, ia berharap dapat meningkatkan pasaran hidrogen hijau dengan mencerminkan kejayaan yang dilihat melalui komodifikasi, pengambilan pantas dan pengurangan kos bagi penyeragaman modul solar. Pengelektrolisis EL 4.0 AEM ialah sebuah penyelesaian yang sesuai untuk semua bagi pengeluaran hidrogen hijau – dan merupakan langkah seterusnya dalam menggantikan bahan api fosil.

New product AEM Electrolyser EL 4.0 launched by Enapter.
New product AEM Electrolyser EL 4.0 launched by Enapter.

EL 4.0 ialah pengelektrolisis generasi keempat AEM (membran pertukaran anion) yang telah dibangunkan sejak tahun 2017 – dan versi baharu ini adalah lebih kecil, lebih ringan serta mempunyai pensijilan ISO 22734. Teknologi Enapter menggabungkan manfaat bahan pengelektrolisis alkali berkos rendah (keluli dan bukannya titanium) dengan fleksibiliti dan saiz padat pengelektrolisis PEM. Penyeragaman modul ini boleh disusun dan digabungkan untuk pelbagai saiz projek – hingga skala megawatt, di mana AEM Multicore Enapter memainkan peranan berdasarkan teknologi tindanan AEM yang serupa.

Melalui model baharunya, Enapter ingin memenuhi permintaan yang tinggi terhadap pengelektrolisis yang boleh dipasang dan disepadukan dengan mudah. Para pelanggan telah membuat lebih 400 pesanan, walaupun sebelum pelancarannya di pasaran. Enapter mempunyai lebih 100 rakan penyepaduan yang memasang penjana hidrogen hijau di seluruh dunia, mendorong penyahkarbonan ke hadapan dalam sektor yang terdiri daripada tenaga hingga mobiliti, industri dan persekitaran binaan. Penyepaduan pasang & main EL 4.0 yang mudah telah memendekkan masa pemasangan secara ketara untuk rakan penyepaduan ini.

"Pencapaian misi kami yang seterusnya: Menggantikan bahan api fosil dengan hidrogen hijau", kata Sebastian-Justus Schmidt, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Enapter. "EL 4.0 akan menjadi blok pembinaan untuk penyepadu sistem yang membolehkan mereka menggunakan pengeluaran hidrogen dengan pantas dan melaksanakan peningkatan pasaran untuk keperluan di seluruh dunia. Kami yakin bahawa pengeluaran besar-besaran pengelektrolisis AEM pada masa hadapan secara asasnya akan mengubah pengeluaran hidrogen hijau."

Siri pengeluaran pengelektrolisis baharu tersebut kini sedang dijalankan di tapak Enapter di Pisa, Itali. Penghantaran pertama kepada penyepadu dirancang akan bermula pada musim panas ini. Pengeluaran besar-besaran (> 10.000 modul EL 4.0 AEM setiap bulan) dijadualkan bermula secara beransur-ansur pada tahun 2023 dan seterusnya di Kampus Enapter – yang kini sedang dalam pembinaan di Saerbeck, Jerman.

Muat turun kit akhbar Enapter di sini  

Gambaran keseluruhan spesifikasi 

Pengelektrolisis EL 4.0 AEM tersedia untuk pesanan dengan segera dalam empat versi: penyejukan udara dan penyejukan air secara arus ulang-alik (AC) dan arus terus (DC). Penghantaran pertama daripada siri pengeluaran di Pisa, Itali dijangka bermula pada musim panas tahun 2022.

Jenis: Pengelektrolisis AEM
Generasi: EL 4.0
Kadar pengeluaran: 500 NL/j, 1.0785 kg/24j
Ketulenan pengeluaran hidrogen: 99.9 peratus (dengan pengering pilihan untuk ketulenan 99.999%)
Tekanan: 35 bar
Penggunaan kuasa (pengendalian / maksimum dalam Kilowatt): 2.4 / 3.0
Penggunaan air: ~0.4L/j
Ukuran: (L, P, T dalam mm): 482 × 635 x 266
Berat: 38 Kilogram
Pemantauan: automatik sepenuhnya dengan EMS Enapter

Tentang Enapter 

Enapter ialah sebuah syarikat teknologi tenaga yang memenangi anugerah yang menghasilkan penjana hidrogen yang sangat cekap bagi menggantikan bahan api fosil. Teknologi Membran Pertukaran Anion (AEM) miliknya yang dipatenkan dan terbukti, membolehkan pengeluaran besar-besaran pengelektrolisis pasang dan pakai yang berkos rendah untuk hidrogen hijau pada sebarang skala. Sistem modular ini digunakan di 44 buah negara dalam sektor seperti tenaga, mobiliti, industri, pemanasan dan telekomunikasi. Enapter mempunyai pejabat di Itali, Jerman, Thailand dan Rusia. 

Enapter AG, WKN: A255G0 disenaraikan di pasaran yang dikawal selia iaitu Bursa Saham Frankfurt dan Hamburg.

Maklumat lanjut: 

Laman web: https://www.enapter.com 
Twitter: https://twitter.com/Enapter
Linkedin: https://www.linkedin.com/company/enapter/  
Facebook: https://www.facebook.com/enapterenergystorage

Hubungan akhbar: 

Martin Jendrischik (Cleantech Media)
Tel.: +49 (0) 151 23 91 57 80
E-mel: mjendrischik@external.enapter.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1755650/Enapter_Electrolyser_AEM.jpg?p=medium600   
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1755651/Enapter_logo.jpg?p=medium600

 

Source: Enapter
Related Stocks:
Frankfurt:A255G0 Frankfurt:H2O Hamburg:A255G0
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)