omniture

Anugerah baharu Dan David Prize Mengumumkan Kohort Sulung Para Pemenang

Dan David Prize
2022-03-02 22:51 40

Anugerah tersebut telah memilih sembilan orang cendekiawan dan pengamal sejarah yang cemerlang untuk menerima sebanyak $300,000 setiap seorang 

TEL AVIV, Israel, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dan David Prize, anugerah untuk bidang sejarah yang terbesar di dunia, mengumumkan kohort pertama para pemenangnya yang terdiri daripada seorang sejarawan yang menyelidik kesan alam sekitar terhadap perniagaan besar, seorang penyelidik yang menemui tempat persembunyian Yahudi semasa Holokus dan pengasas muzium bergerak bagi warisan Afrika.

Anugerah ini mengiktiraf para cendekiawan dan pengamal peringkat awal dan pertengahan kerjaya yang menunjukkan sejarah lampau manusia dengan cara yang berani dan kreatif serta menganugerahkan $300,000 setiap seorang daripada sembilan orang pemenang bagi membantu meneruskan usaha mereka.  

Para pemenang untuk tahun 2022 disenaraikan seperti di bawah. 

  • Mirjam Brusius, Seorang sejarawan budaya yang mengkaji budaya visual dan bahan dalam konteks global dan kolonial
  • Bart Elmore, Seorang sejarawan alam sekitar yang menyelidik tentang kapitalisme global dan kesannya terhadap alam sekitar
  • Tyrone Freeman, Seorang sejarawan kedermawanan yang menyelidik tentang kisah yang panjang berkenaan masyarakat Afrika-Amerika yang pemurah
  • Verena Krebs, Seorang sejarawan tentang zaman pertengahan Ethiopia yang mengkaji hubungan silang budaya antara Afrika dan Eropah
  • Efthymia Nikita, Seorang ahli bioarkeologi yang menggunakan rangka mayat manusia untuk meneroka persoalan tentang demografi dan penghijrahan
  • Nana Oforiatta Ayim, Seorang kurator dan sejarawan seni yang usahanya adalah berteraskan naratif Afrika dalam bidang muzium dan warisan
  • Kristina Richardson, Seorang sejarawan zaman pertengahan dunia Islam dan orang-orang Romani di zaman pramoden Timur Tengah
  • Natalia Romik, Seorang arkitek dan sejarawan am yang berusaha untuk memelihara dan memperingati kaum Yahudi yang telah terbunuh di Eropah Timur
  • Kimberly Welch, Seorang sejarawan undang-undang yang mengkaji peranan litigan dan pemberi pinjaman wang berbangsa Kulit Hitam di Antebellum Selatan

Anugerah yang direka semula baru-baru ini telah menarik ratusan pencalonan dan sembilan pemenang telah dipilih setelah melalui proses pemilihan yang ketat. Dan David Prize ini dibiayai oleh Dan David Foundation dan beribu pejabat di Tel Aviv University. 

"Kita tinggal di dunia di mana kemanusiaan dan terutamanya sejarah, adalah tidak dihargai, walaupun ia kekal jelas bahawa hanya dengan mendalami pengetahuan kita tentang sejarah masa lampau, kita mampu memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang masa kini," kata Ariel David, Ahli Lembaga Pengarah Dan David Prize. "Disebabkan perkara inilah kami telah memilih untuk memberi tumpuan dalam menyokong para cendiakawan dan pengamal baharu, di dalam dan juga di luar akademi, pada suatu peringkat dalam kerjaya mereka apabila Anugerah tersebut boleh memberikan kesan yang lebih besar."

Para pemenang akan diberi penghormatan pada Majlis Anugerah Dan David Prize di Tel Aviv pada bulan Mei. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.dandavidprize.org.

HUBUNGAN:  DanDavidPrize@berlinrosen.com

Source: Dan David Prize
Keywords: Art Education Entertainment Environmental Products & Services Higher Education Awards Religion