omniture

HARD ROCK CAFE MELANCARKAN BURGER TERBAHARUNYA YANG DIILHAMKAN OLEH DUTA JENAMA, LIONEL MESSI

Hard Rock International
2022-03-02 23:20 40

Burger Messi Kini Boleh Didapati di Hard Rock Cafe di Seluruh Dunia  

HOLLYWOOD, Florida, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Hard Rock Cafe mengumumkan pelancaran global bagi item menu baharunya – Burger Messi – sebagai inovasi terkini dalam kempen "LIVE GREATNESS" Hard Rock International melalui kerjasama dengan legenda bola sepak global, Lionel Messi. Bermula pada hari ini, hidangan kulinari ini yang dihasilkan sendiri oleh Messi kini tersedia untuk para peminat membuat pesanan di lokasi Hard Rock Cafe di seluruh dunia.

Hard Rock Cafe Launches Its Newest Burger Inspired By Its Brand Ambassador Lionel Messi
Hard Rock Cafe Launches Its Newest Burger Inspired By Its Brand Ambassador Lionel Messi

Sebagai sebahagian daripada kerjasama yang sedang berlangsung antara Hard Rock International dengan Lionel Messi, Hard Rock Cafe berbangga memperkenalkan sejenis burger sempena nama beliau yang diilhamkan sendiri oleh legenda bola sepak tersebut dengan memberi penghormatan kepada komponen burger yang ideal oleh Messi.

Messi Burger merangkumi sepuluh bahan yang penuh perisa bagi Legendary Steak Burger (Burger Stik Legenda) Hard Rock yang terbaharu ini. Apabila para peminat Hard Rock dan Messi memakan burger tersebut, mereka akan merasai dua lapisan patti daging lembu terbaik yang berjus, dibumbui dengan perasa dan digoreng dengan sempurna. Tunas rasa mendapat nikmat yang besar daripada kombinasi terbaik lapisan atas burger tersebut: keju provolon, hirisan chorizo, bawang merah karamel dan sos istimewa Hard Rock yang pedas dan rasa asap yang dihidangkan di atas roti brioche yang dibakar, bersama-sama dengan daun salad rom yang dicarik-carik dan tomato masak yang berwarna merah. Sekiranya anda ingin benar-benar mendapatkan MESSI, cuba burger yang dilapisi dengan telur goreng, dengan hanya sedikit bayaran tambahan.

"Ia merupakan suatu penghormatan dapat membawa kerjasama kami dengan bintang bola sepak terkenal di dunia, Lionel Messi dan kempen 'LIVE GREATNESS' ke tahap seterusnya dengan ciptaan beliau sendiri untuk Legendary Steak Burger Hard Rock Cafe," kata Jon Lucas, Ketua Pegawai Operasi Hard Rock International. "Kami teruja untuk mengalu-alukan para peminat Hard Rock dan Messi ke premis kami bagi mencuba burger tersebut yang diilhamkan daripada kegemaran Messi sendiri untuk mendapatkan sebuah pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan."

Hard Rock Cafe ialah sebuah jenama hospitaliti bertaraf dunia yang dikenali di peringkat antarabangsa serta mengendalikan kafe-kafe di seluruh dunia yang dikunjungi oleh jutaan tetamu pada setiap tahun. Hard Rock Cafe yang pertama telah dibuka di London, England pada tahun 1971. Semenjak itu, jenama tersebut telah berkembang ke bandar-bandar utama seperti Bandar Raya New York, Los Angeles, Chicago, Miami, Paris, Sydney dan banyak lagi. Hard Rock Cafe menawarkan pengalaman menjamu selera yang tersendiri dengan komitmen untuk memberikan hidangan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi. Bagi memenuhi selera pengguna yang sentiasa berubah, Hard Rock kerap mengemas kini menu dengan tawaran masa terhad termasuk gandingan burger, koktel yang inovatif dan banyak lagi.

Untuk maklumat tambahan tentang Hard Rock Cafe, sila layari https://www.hardrockcafe.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hard Rock International, sila layari https://www.hardrock.com.

Tentang 'LIVE GREATNESS' 
Pada tahun 2021, Messi telah bekerjasama dengan Hard Rock untuk kempen 'LIVE GREATNESS' jenama tersebut yang merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan berdasarkan prinsip-prinsip berfokuskan peminat yang telah menjadi panduan kepada Hard Rock sejak pembukaan lokasi kafe pertamanya di London pada tahun 1971 dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada para peminat sambil menyeru mereka bersatu melalui minat mereka terhadap jenama hospitaliti dan hiburan yang ikonik ini.

Kerjasama ini memberi penghormatan kepada asal-usul Hard Rock sewaktu kemeja-T jenama tersebut yang terkenal di dunia dikeluarkan apabila Hard Rock Cafe London yang asal menaja sebuah pasukan bola sepak tempatan pada tahun 1970-an. Hard Rock dan Messi telah bekerjasama untuk memperkenalkan koleksi barangan baharu yang merangkumi beberapa simbol ikonik Messi seperti nombor 10, singa dan logonya sendiri.

Butiran tentang 'LIVE GREATNESS' boleh didapati di sini dan aset tambahan berkaitan kerjasama Hard Rock dengan Messi di sini. Semua barangan hasil kerjasama antara Hard Rock dan Lionel Messi boleh didapati di kedai dan dalam talian.

Tentang Hard Rock®: 
Hard Rock International (HRI) merupakan salah sebuah syarikat yang paling dikenali di seluruh dunia yang berada di 68 buah negara yang merangkumi 253 lokasi termasuk Hotel, Kasino, Rock Shops®, Tempat Persembahan Langsung dan Kafe yang dimiliki/dilesenkan atau diuruskannya. HRI turut melancarkan sebuah usaha sama yang dinamakan Hard Rock Digital pada tahun 2020, sebuah platform buku sukan dalam talian, buku sukan peruncitan dan permainan Internet. Bermula dengan gitar Eric Clapton, Hard Rock memiliki koleksi memorabilia muzik tulen yang terbesar dan paling berharga di dunia dengan lebih 86,000 koleksi yang dipamerkan di lokasinya di seluruh dunia. Pada tahun 2021, Hard Rock dianugerahkan sebagai salah sebuah Majikan Terbaik Majalah Forbes untuk Kepelbagaian, Majikan Terbaik untuk Golongan Wanita dan Majikan Terbaik dalam Industri Pelancongan & Percutian, Permainan dan Hiburan. Hard Rock turut dinobatkan sebagai sebuah Syarikat Terurus Terbaik A.S. oleh Deloitte Private dan The Wall Street Journal serta dinamakan sebagai jenama hotel berprestasi terbaik dalam Kajian Kepuasan Tetamu Hotel Amerika Utara oleh J.D. Power untuk tahun ketiga berturut-turut pada tahun 2021. Jenama ini dimiliki oleh entiti induk HRI iaitu Seminole Tribe of Florida. Untuk maklumat lanjut tentang Hard Rock International, sila layari www.hardrock.com atau shop.hardrock.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1757040/Hard_Rock_Cafe_Launches_Messi_Burger.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/1757039/Hard_Rock_Cafe_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Hard Rock International
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Licensing/marketing agreements New products/services