omniture

Ukraine: Medicom Menderma Lebih $250,000 dalam Bentuk Produk Perubatan

AMD Medicom Inc.
2022-03-02 23:56 37

MONTREAL, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- AMD Medicom Inc. ("Medicom"), salah sebuah pengeluar alat pernafasan N95 dan topeng pembedahan gred perubatan terkemuka di dunia yang berpangkalan di Quebec, menyertai komuniti perniagaan antarabangsa dalam menyatakan setiakawannya terhadap penduduk Ukraine. Medicom telah mengendalikan sebuah pusat pengedaran di Kyiv selama lebih 10 tahun dan mempunyai lebih 15 orang pekerja di sana.

Medicom for Ukraine (CNW Group/AMD Medicom Inc.)
Medicom for Ukraine (CNW Group/AMD Medicom Inc.)

Sebagai menyokong usaha kemanusiaan yang sedang dijalankan di Ukraine, Medicom akan menghantar produk perubatan dari Amerika Utara dan Eropah yang bernilai lebih $250,000. Selain itu, syarikat tersebut turut melancarkan usaha pengumpulan dana di kalangan para pekerjanya yang berjumlah hampir 2,000 orang dan akan memadankan setiap dolar yang didermakan. Dana yang dikumpul tersebut akan didermakan kepada Doctors Without Borders dan khususnya, digunakan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan. 

"Sejak beberapa hari yang lalu, kami sentiasa memikirkan tentang rakan sekerja kami di Kyiv dan juga rakyat Ukraine. Selaras dengan misi kami untuk melindungi, kami memutuskan untuk membantu para penjaga yang terlibat dalam usaha kemanusiaan dan pesakit mereka," kata Guillaume Laverdure, Ketua Pegawai Operasi Medicom.

Para pelanggan dan rakan kongsi Medicom yang ingin menyokong operasi bantuan kemanusiaan perubatan di Ukraine, boleh mengunjungi laman web Doctors Without Borders di https://www.msf.org.

Tentang Medicom Group 

Medicom Group merupakan salah sebuah pengeluar dan pengedar terkemuka di dunia bagi produk kawalan jangkitan dan pencegahan sekali guna yang berkualiti tinggi untuk pasaran perubatan, pergigian, perindustrian, kesihatan haiwan, makmal, peruncitan serta kesihatan dan kesejahteraan. Medicom telah dinobatkan sebagai salah sebuah Syarikat Terurus Terbaik di Kanada untuk tahun 2021 dan menerima Anugerah Mercure di Mercuriades 2021.

Medicom mengedarkan produk kawalan jangkitan di bawah jenama Medicom, Ritmed, Kolmi, Hopen, Ocean Pacific dan Hedy. Anak syarikat Medicom merangkumi Kolmi-Hopen di Perancis, Medicom Asia di Hong Kong, United Medical Enterprise di A.S., KHM Engineering di Singapura dan Medicom HealthPro Limited di U.K.

Medicom mempunyai pengalaman yang meluas dalam bertindak balas terhadap permintaan bagi peralatan perlindungan diri ketika berlakunya pandemik. Medicom telah ditubuhkan pada tahun 1988 sebagai tindak balas terhadap keperluan mendesak untuk sarung tangan perubatan bagi para profesional penjagaan kesihatan semasa krisis HIV global. Sejak itu, syarikat tersebut telah menjadi pembekal penyelesaian kawalan jangkitan yang dipercayai semasa berlakunya pelbagai epidemik termasuk selesema burung, SARS, H1N1 dan Ebola serta pandemik COVID-19.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Medicom dan portfolio penyelesaian kawalan jangkitan syarikat ini yang menyeluruh, termasuk pelbagai pelitup muka perubatan, sila layari Medicom.com, ikuti kami di Twitter @MedicomGlobal atau kunjungi halaman kami di Facebook atau LinkedIn.

Hubungan Media, Gayle Padvaiskas, Naib Presiden, Pemasaran, AMD Medicom Inc., gpadvaiskas@medicom.ca 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1757526/AMD_Medicom_Inc__Ukraine__Medicom_Donates_Over__250_000_in_Medic.jpg?p=medium600

Source: AMD Medicom Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility