omniture

Univar Solutions membuka Pusat Penyelesaian Terkini untuk Ekosistem Inovasi Global

Univar Solutions Inc.
2022-03-03 00:01 37

Makmal yang canggih bagi menyokong inovasi ramuan dan bahan kimia khusus, pembangunan penggunaan rumusan produk dan penyelesaian lebih lestari di seluruh Eropah dan seterusnya. 

DOWNERS GROVE, Ill., 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Univar Solutions Inc. (NYSE: UNVR) ("Univar Solutions" atau "Syarikat"), pengedar ramuan dan bahan kimia serta penyedia perkhidmatan nilai tambah global, hari ini mengumumkan pembukaan Pusat Penyelesaian terbarunya. Terletak di Essen, Jerman, Pusat Penyelesaian ini berfungsi sebagai kemudahan utama untuk Eropah dan sebagai salah satu pusat tumpuan bagi model inovasi hab dan rangkaian Syarikat. Dengan berfokuskan kelestarian, kerjasama dan pembangunan, kemudahan ulung industri ini menempatkan pakar dalam perumusan produk, pemprototaipan tanda aras, ujian prestasi dan keberkesanan produk, analisis produk, ujian hayat simpanan dan banyak lagi. Pasukan ahli kimia, saintis dan pemimpin teknikal akan menyokong kemajuan dan membantu mendorong permintaan dalam bidang perniagaan penjagaan Kecantikan & Dandanan Diri, Penjagaan Rumah & Pembersihan Perindustrian, Bahan dan Salutan Farmaseutikal, Perekat, Pengedap, Elastomer serta Bahan Tambahan Getah & Plastik.

 

"Pusat Penyelesaian terkini ini akan membantu para pelanggan kami menyelesaikan masalah, membangunkan penyelesaian yang lebih lestari dan membawakan produk baharu dan lebih baik ke pasaran dengan lebih pantas," kata Nick Powell, Presiden, bahan & kepakaran global, serta Presiden EMEA & APAC, untuk Univar Solutions. "Jumlah ramuan dan bahan kimia khusus yang disediakan oleh pembekal yang besar turut menyokong para pelanggan selain usaha mereka yang bertindak balas dengan lebih cepat terhadap perubahan kawal selia, memacu inovasi, memajukan trend dan memenuhi permintaan pengguna."

Dengan menggabungkan kemajuan saintifik terkini serta sokongan pembangunan penggunaan, Univar Solutions bekerjasama rapat dengan para pelanggan dan pembekalnya untuk membantu jenama pelbagai saiz berkembang dan bertambah maju. Melalui usaha Syarikat ini dalam rangkaian Pusat Penyelesaian global, Univar Solutions menyediakan rumusan kimia, data, kaedah digital dan kepintaran manusia yang bertanggungjawab untuk membantu membawa kecanggihan yang inovatif dan memacu penyelesaian bagi cabaran teknikal dalam membentuk masa depan produk, proses dan bahan lestari yang memberikan manfaat kepada alam sekitar dan masyarakat.

"Masa depan inovasi dan pembangunan teknikal bermula di Univar Solutions," kata Dr. Andrew Mint, Pengarah Pusat Penyelesaian global Univar Solutions. "Di Pusat Penyelesaian ini, kami mewujudkan peluang yang unik, lebih lestari dan inovatif serta mencapai penyelesaian demi menyokong pertumbuhan bersama-sama pelanggan kami sambil membangunkan penyelesaian bagi membantu memastikan masyarakat kekal sihat, mendapat makanan yang secukupnya, bersih dan selamat – semudah itu."

Terletak berhampiran salah sebuah tempat operasi terbesar syarikat di Eropah, Pusat Penyelesaian ini meliputi kawasan 700 meter persegi (lebih 7,500 kaki persegi), termasuk makmal, kilang rintis, bilik mesyuarat dan pejabat. Kepakaran, inovasi dan keupayaan Pusat Penyelesaian yang unik ini akan memberikan perkhidmatan yang serba lengkap kepada projek pelanggan daripada peringkat konsep dan pembangunan sehingga ujian penggunaan, pelancaran dan pengedaran. Penggunaan produk akhir yang bakal dibangunkan di kemudahan ini termasuk bahan asas industri seperti penjagaan rambut, kelengkapan dandanan diri, penjagaan kulit, kosmetik warna, bahan topikal, salutan tablet, salap, perumusan sabun basuh pinggan dan bahan binaan.

Ketahui lebih lanjut di https://www.univarsolutions.com/solution-centers/.

Tentang Univar Solutions 

Univar Solutions (NYSE: UNVR) ialah sebuah syarikat pengedar komoditi dan bahan kimia khusus serta pengedar bahan global terkemuka yang mewakili portfolio utama daripada pengeluar ulung di dunia. Dengan bilangan pengangkutan persendirian dan pasukan jualan teknikal yang terbesar dalam industri, pengetahuan logistik yang tiada tandingan, pengetahuan pasaran dan kawal selia yang mendalam, pembangunan rumusan dan campuran ramuan, serta peralatan digital yang unggul, Syarikat ini berada pada kedudukan yang baik dalam menawarkan penyelesaian khusus dan perkhidmatan nilai tambah kepada pelbagai bidang pasaran, industri dan penggunaan. Di samping memenuhi tujuannya dalam membantu memastikan masyarakat kekal sihat, mendapat makanan yang secukupnya, bersih dan selamat, Univar Solutions komited untuk membantu para pelanggan dan pembekal melaksanakan inovasi dan memberikan tumpuan pada usaha Maju Bersama. Ketahui lebih lanjut di univarsolutions.com.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Siaran akhbar ini merangkumi pernyataan tertentu yang berkaitan dengan peristiwa masa depan dan hasrat, kepercayaan, jangkaan serta ramalan kami tentang masa depan, yang merupakan "pernyataan berpandangan ke hadapan" dalam maksud Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933 dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, seperti yang dipinda. Pernyataan berpandangan ke hadapan tertakluk pada risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, kebanyakannya mungkin di luar bidang kawalan Syarikat. Pernyataan berpandangan ke hadapan tertakluk pada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara matan daripada hasil yang dijangkakan oleh pernyataan tersebut. Perbincangan terperinci tentang faktor-faktor dan ketidakpastian ini terkandung dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Faktor-faktor berpotensi yang boleh menjejaskan pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian termasuk, antara lain: penularan pandemik COVID-19 merentas kawasan geografi utama; tempoh dan keseriusan pandemik COVID-19; tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa kerajaan untuk menangani atau mengurangkan kesan pandemik COVID-19; potensi kesan negatif COVID-19 terhadap ekonomi global serta para pelanggan dan pembekal kami; kesan keseluruhan pandemik COVID-19 terhadap perniagaan kami, hasil operasi dan keadaan kewangan; kesan turun naik lain dalam keadaan ekonomi umum, terutamanya dalam pengeluaran perindustrian dan permintaan pelanggan kami; perubahan ketara dalam strategi perniagaan pengeluar atau dalam operasi pelanggan kami; peningkatan tekanan daya saing, termasuk hasil daripada gabungan pesaing; perubahan ketara dalam harga, permintaan dan ketersediaan bahan kimia; tahap keterhutangan kami, sekatan yang dikenakan oleh instrumen hutang kami, dan keupayaan kami untuk mendapatkan pembiayaan tambahan apabila diperlukan; keluasan bidang undang-undang dan peraturan yang dikenakan kepada kami, termasuk undang-undang dan peraturan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan yang luas; ketidakupayaan untuk menyepadukan urus niaga dan sistem syarikat yang kami ambil alih, termasuk Nexeo Solutions, Inc., atau untuk merealisasikan manfaat yang diharapkan daripada pengambilalihan tersebut; gangguan perniagaan dan pelanggaran keselamatan yang mungkin terjadi, termasuk insiden keselamatan siber; ketidakupayaan untuk menjana modal kerja yang mencukupi; peningkatan kos pengangkutan dan bahan api serta perubahan dalam perhubungan kami dengan penyedia pihak ketiga; kemalangan, kegagalan keselamatan, kerosakan alam sekitar, isu kualiti dan liabiliti serta penarikan balik produk; kegagalan penghantaran yang besar atau sistemik yang melibatkan rangkaian pengedaran kami atau produk yang kami bawa; risiko operasi yang mungkin tidak diinsuranskan dengan secukupnya oleh kami; litigasi berterusan dan risiko undang-undang dan kawal selia lain; cabaran yang berkaitan dengan operasi antarabangsa; pendedahan kepada kadar faedah dan turun naik kadar mata wang; potensi gangguan muhibah; liabiliti yang berkaitan dengan pengambilalihan, usaha sama dan pelaburan strategik; perkembangan negatif yang mempengaruhi pelan pencen dan pencen pelbagai majikan kami; gangguan tenaga buruh yang berkaitan dengan bahagian kesatuan tenaga kerja kami; dan faktor-faktor lain yang dijelaskan dalam pemfailan Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Kami mengingatkan anda bahawa maklumat berpandangan ke hadapan yang dikemukakan dalam siaran akhbar ini bukan suatu jaminan peristiwa atau hasil masa depan, dan peristiwa atau hasil sebenar mungkin berbeza secara matan daripada yang dilaksanakan atau dicadangkan oleh maklumat berpandangan ke hadapan yang terkandung dalam siaran akhbar ini. Di samping itu, kenyataan yang berpandangan ke hadapan pada amnya boleh dikenal pasti melalui penggunaan istilah yang berpandangan ke hadapan seperti "boleh/mungkin," "merancang," "mencari, "akan," "mengharapkan," "berniat," "menganggarkan," "menjangkakan," "percaya" atau "terus" atau ungkapan istilah bertentangan yang serupa atau hampir sama. Apa-apa maklumat berpandangan ke hadapan yang dikemukakan di sini hanya dibuat pada tarikh siaran akhbar ini dan Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula apa-apa maklumat berpandangan ke hadapan untuk mencerminkan perubahan dalam andaian, kejadian peristiwa yang tidak dijangka, atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.

Univar Solutions Opens Latest Solution Center for its Global Ecosystem of Innovation
Univar Solutions Opens Latest Solution Center for its Global Ecosystem of Innovation

Univar Solutions
Univar Solutions

Video - https://www.youtube.com/watch?v=3KkxzXJpuSo

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1757257/med221066__Univar_Solutions_Inc.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1557724/Univar_Solutions_to_Report_2021_Second_Quarter_Financial_Results_on_August_2.jpg?p=medium600

Source: Univar Solutions Inc.
Related Stocks:
NYSE:UNVR
Keywords: Chemical Corporate Expansion