omniture

Keluaran Kertas Kepimpinan Pemikiran Rangkaian Pemanduan Berautonomi Buka Jalan untuk Rangkaian Pemanduan Berautonomi

Huawei
2022-03-03 02:23 197

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2022, Huawei menugaskan Forrester Consulting untuk menjalankan satu kajian mengenai kertas kepimpinan pemikiran rangkaian pemanduan berautonomi — "Membina Daya Saing Perniagaan Digital Utama dengan Rangkaian Pusat Berpandukan Data (DCN) Amat Berautonomi". Kertas kajian tersebut membincangkan bagaimana pusat data perusahaan mentransformasikan pusat data awan moden yang dibawakan oleh "pelaksanaan berbilang awan dan hibrid", sementara DCN beralih daripada Tahap 3 ke Tahap 4. Kertas kajian ini menggesa pertumbuhan automasi, selain mencadangkan cara yang membolehkan rangkaian pusat data perusahaan berkembang ke arah tahap autonomi yang lebih tinggi.

Autonomous driving network thought leadership paper release
Autonomous driving network thought leadership paper release

Forrester menyoal selidik pemimpin IT dan pembuat keputusan teknikal daripada 197 perusahaan/organisasi bersaiz besar dan sederhana di seluruh berkenaan status semasa, cabaran dan matlamat transformasi rangkaian pusat data mereka.

Teknologi dan Model Perniagaan Baharu Memacu Rangkaian Pusat Data Ke Arah Autonomi Tinggi 

Menurut kertas kajian tersebut, 61.9% perusahaan membina pusat data menggunakan awan peribadi dan hibrid. Pusat data yang digunakan di awan menyediakan perusahaan dengan khidmat layan diri atas permintaan, akses merata, pengumpulan sumber, keanjalan yang pantas dan keupayaan perkhidmatan standard yang boleh diukur. Semua ini menuntut rangkaian pemanduan yang amat berautonomi. Dalam masa yang sama, persaingan pasaran yang semakin sengit dan inovasi model perniagaan yang pantas menimbulkan syarat-syarat yang lebih ketat untuk kesinambungan perkhidmatan dan prestasi waktu sebenar. Permintaan perniagaan yang semakin meningkat ini turut memerlukan lebih autonomi untuk pelaksanaan rangkaian dan penyediaan perkhidmatan yang pantas selain menjamin kesinambungan perkhidmatan dan mengelakkan gangguan perniagaan.

Rangkaian yang Semakin Rumit serta Kemudahan Rangkaian dan Teknologi Ketinggalan Zaman Merupakan Cabaran Penting dalam Perjalanan Menuju Rangkaian Pemanduan Berautonomi

Selepas penilaian kendiri, 64% perusahaan yang disoal selidik percaya bahawa pusat data mereka berada di fasa L3 — rangkaian pemanduan berautonomi bersyarat. Teknologi seperti pengkomputeran awan, kecerdasan buatan dan SDN membantu rangkaian pusat daya meningkatkan automasi dan O&M pintar. Walau bagaimanapun, perusahaan masih menghadapi banyak cabaran dalam penggunaan dan pelaksanaan automatik. Khususnya, pembinaan dan fasa O&M masih banyak bergantung kepada nasihat pakar dan kemahiran pekerja, yang tidak cekap dan terdedah kepada kesilapan.

Surveyed enterprises' self-assessment on the maturity of key capabilities in their data centers.  Base: 197 respondents from large sized organizations globally with multiple data center requirements.  Source: Data center network automation survey, a commissioned study conducted by Forrester Consulting on behalf of Huawei, Jan 2022.
Surveyed enterprises' self-assessment on the maturity of key capabilities in their data centers. Base: 197 respondents from large sized organizations globally with multiple data center requirements. Source: Data center network automation survey, a commissioned study conducted by Forrester Consulting on behalf of Huawei, Jan 2022.

Bahkan, kebanyakan perusahaan bergantung kepada penyelesaian vendor (meliputi rancangan, proses pelaksanaan automatik dan alat berkaitan) bagi mencapai tahap automasi tertentu untuk rangkaian awan-tunggal dan DC-tunggal. Tatkala pusat data perusahaan berkembang dengan pesat, rangkaian berbilang-DC, berbilang-awan dan heterogen menjadi norma baharu, meningkatkan kerumitan rangkaian secara eksponen. Hasilnya. penyelesaian, alat dan kemahiran sedia ada tidak dapat memenuhi keperluannya.

Pusat data tidak dibina secara sekali gus. 50.8% daripada perusahaan yang disoal selidik berkata mereka masih menggunakan banyak rangkaian dan peranti lama dan dalam masa yang sama berkembang dan membina infrastruktur pusat data mereka. Walau bagaimanapun, seni bina rangkaian tradisional tidak fleksibel dan berkembang perlahan. Justeru itu, sukar untuk mengautomasikan rangkaian yang lebih lama. Ini menandakan satu lagi isu — mencari jalan untuk membina semula infrastruktur dan teknologi yang ketinggalan zaman untuk melindungi pelaburan terdahulu.

Amalan Terbaik dan Perkongsian Dapat Percepatkan Evolusi 

Forrester mencadangkan agar perusahaan merangka matlamat automasi rangkaian pusat data dan laluan evolusi yang jelas berdasarkan kepada status semasa dan strategi mereka. Mereka juga boleh belajar daripada amalan terbaik industri. Automasi rangkaian melibatkan semua aspek dalam teknologi — termasuk peranti rangkaian, seni bina awan hibrid dan automasi — maka, sukar untuk perusahaan menjayakannya sendiri. Penyelesaian ini adalah untuk memanfaatkan kekuatan rakan kongsi bagi mempercepatkan automasi, agar kekal mendahului persaingan.

Huawei CloudFabric 3.0 Muncul Terunggul dalam Rangkaian Pusat Data Pemanduan Berautonomi L3.5

Baru-baru ini, Tolly Group — penyedia global bagi pengujian dan perkhidmatan pengesahan dan pensijilan pihak ketiga— membandingkan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Hiper-Tertumpu Huawei CloudFabric 3.0 dan penyelesaian SDN pusat data arus perdana. Laporan ini menilai penyelesaian Huawei dengan 3.51 mata — jauh lebih tinggi daripada 2.8 mata yang diterima oleh penyelesaian arus perdana. Ia juga merupakan satu-satunya penyelesaian rangkaian pemanduan berautonomi pusat data L3.5 yang telah ditentusahkan oleh Tolly.

Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Hiper-Tertumpu Huawei CloudFabric 3.0 menyediakan automasi kitaran hayat penuh dan keupayaan O&M pintar untuk rangkaian pusat data. Ia memanfaatkan beberapa teknologi inovatif seperti rangka kerja kebolehprograman terbuka, platform pengaturan perkhidmatan, kembar digital dan graf pengetahuan. Ini membolehkan Huawei CloudFabric 3.0 mengurus secara berpusat rangkaian berbilang-DC, berbilang-awan, heterogen, menyediakan perkhidmatan dalam beberapa saat, melaksanakan simulasi dan penentusahan selain mengesan kerosakan antara aplikasi dan rangkaian. Penyelesaian ini memudahkan inovasi perkhidmatan yang tangkas dan mengupayakan penyediaan perkhidmatan pada waktu sebenar. Huawei CloudFabric 3.0 telah digunakan secara meluas merentas industri-industri seperti kewangan, kerajaan, perusahaan besar dan pembawa, mempercepatkan transformasi digital perusahaan dan membantu pelanggan mencapai kejayaan perniagaan.

MWC Barcelona 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Fira Gran Via Hall 1. Bersama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami mendalami topik-topik seperti trend industri, GUIDE menuju Masa Depan dan pembangunan hijau untuk membayangkan masa depan rangkaian digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/events/huawei-enterprise-mwc-2022

 

Source: Huawei
Keywords: Auto Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Survey, Polls & Research