omniture

Biocon Biologics akan Mengambil Alih Aset Bioserupa Viatris Bernilai USD3.335 bilion dalam bentuk Saham dan Wang Tunai

Biocon Biologics Ltd
2022-03-03 11:06 19

IPenggabungan Besar ini Serta-merta Menjadi Peneraju Bioserupa Bersepadu Global yang Unik 

BENGALURU, India, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Biocon Biologics Ltd., sebuah anak syarikat Biocon Ltd. (kod BSE: 532523) (NSE: BIOCON), telah memeterai sebuah perjanjian muktamad dengan rakan kongsinya, Viatris Inc. (NASDAQ: VTRS). Sehubungan itu, Biocon Biologics Ltd. (BBL) akan mengambil alih perniagaan bioserupa Viatris untuk mewujudkan sebuah perusahaan bioserupa global yang bersepadu sepenuhnya dan unik. Hasil daripada perniagaan yang diambil alih ini dianggarkan bernilai USD1 bilion pada tahun hadapan. Viatris akan menerima penilaian sebanyak USD3.335 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham.

 

BBL akan mengambil alih perniagaan bioserupa global Viatris berserta haknya terhadap portfolio berlesen. BBL akan memperoleh keuntungan dan hasil penuh daripada perniagaan yang diambil alih tersebut, memperluas pangkalan EBITDA dan memperkukuh kedudukan kewangannya secara menyeluruh yang sekaligus membolehkan pelaburan untuk pertumbuhan jangka panjang yang mampan. BBL mempunyai portfolio yang terdiri daripada 20 bioserupa dan melalui penyepaduan ini, ia akan menjadi sebuah syarikat bioserupa yang menerajui dunia dengan salah satu rangkaian yang paling luas dan mendalam dalam industri ini.

Pengambilalihan ini akan mempercepat strategi pengkomersialan langsung BBL untuk portfolio bioserupanya yang sedia ada dan akan datang dengan mempunyai kehadiran langsung di A.S., Eropah, Kanada, Jepun, Australia dan New Zealand.

Kiran Mazumdar-Shaw, Pengerusi Eksekutif Biocon Biologics berkata: "Pengambilalihan ini merupakan suatu transformasi dan akan mewujudkan perusahaan bioserupa yang bersepadu sepenuhnya secara unik dan menjadi peneraju di dunia. Kerjasama global kami yang telah lama wujud dengan Viatris telah membolehkan kami mencapai pelbagai kejayaan buat pertama kali serta menetapkan penanda aras baharu untuk industri bioserupa global. Penggabungan strategik ini menyatukan keupayaan dan kekuatan pelengkap kedua-dua rakan kongsi dan menyediakan kami dengan penciptaan nilai pada dekad akan datang untuk semua pihak berkepentingan kami."

"Perjanjian ini akan membolehkan BBL memperoleh jentera komersial yang kukuh di pasaran maju di A.S. & Eropah dan akan mempercepat perjalanan kami membina jenama global yang kukuh. Ia juga akan menjadikan kami bersedia untuk masa depan bagi fasa produk yang seterusnya. Perkembangan ini membawa kerjasama kami dengan Viatris ke tahap seterusnya dalam merealisasikan matlamat bersama kami untuk memberi impak kepada kesihatan global melalui penyediaan akses dengan harga yang berpatutan kepada ubat-ubatan Bioserupa yang menyelamatkan nyawa dan keperluan yang berkualiti tinggi," tambah beliau.

Robert J. Coury, Pengerusi Eksekutif Viatris berkata: "Kerjasama unik kami dengan Biocon bermula lebih satu dekad yang lalu, malah sebelum laluan bioserupa ditakrifkan di kebanyakan negara. Pada masa itu, kami telah memperolehi banyak kejayaan dan tidak terkecuali pada hari ini apabila kami bergabung untuk mewujudkan sebuah syarikat peneraju bioserupa bersepadu bertaraf dunia yang baharu pada kedudukan yang unik. Urus niaga ini akan membolehkan Viatris untuk terus mengambil bahagian dalam bidang bioserupa global dengan cara yang lebih optimum sambil ia turut membolehkan kami mempercepat keutamaan kewangan kami sendiri."

Urus niaga yang dijangka akan dimuktamadkan pada separuh kedua tahun 2022 ini akan memberi nilai yang besar kepada para pemegang saham Biocon dan BBL.

Kiran Mazumdar-Shaw akan kekal memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif BBL; manakala Viatris akan melantik Rajiv Malik, Presiden Viatris sebagai Ahli Lembaga Pengarah BBL.

Sila baca lebih lanjut: https://bit.ly/PRP220228

Pembentangan: https://bit.ly/BBLAcquViatrisBiosimilars

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1755682/Biocon_Biocologics_Logo.jpg?p=medium600  
Video: https://www.youtube.com/watch?v=N6QA6gDw_es

Source: Biocon Biologics Ltd
Related Stocks:
Bombay:532523 Bombay:BIOCON.BO India:BIOCON India:BIOCON.NS
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements