omniture

Tata Communications diiktiraf sebagai 'Peneraju' oleh Gartner untuk tahun ke-9 berturut-turut

Tata Communications
2022-03-03 17:56 13

Dinobatkan sebagai Peneraju Gartner® Magic Quadrant™ for Network Services, Global 2022

MUMBAI, India, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, terus diiktiraf sebagai 'Peneraju' oleh Gartner Magic Quadrant for Network Services, Global (Perkhidmatan Rangkaian Global Gartner Magic Quadrant) untuk tahun kesembilan berturut-turut. Gartner Magic Quadrant menilai Tata Communications dari segi penyempurnaan wawasan dan keupayaan untuk melaksanakannya.

"Kami gembira dapat memenuhi harapan para pelanggan kami dan membantu menguruskan keperluan baharu mereka secara proaktif khususnya pada saat-saat sebegini," kata Genius Wong, Ketua Pegawai Teknologi Tata Communications. "Kami dengan rasa rendah hati menerima pengiktirafan sebagai Peneraju ini untuk tahun kesembilan berturut-turut. Sepanjang tahun lepas, kami telah mencapai kemajuan besar dalam membangunkan penyelesaian yang sesuai dengan keperluan masa depan kejayaan global perusahaan melalui kemajuan, daya tahan dan inovasi yang berterusan. Rangkaian global Tahap-1 kami telah menjadi rangkaian pilihan yang membolehkan perniagaan menghasilkan nilai kepada pihak berkepentingan mereka dengan kesalinghubungan yang tangkas dan lancar bagi kesemua penyelesaian mereka di seluruh perkhidmatan terurus, WAN hibrid atau platform berbilang vendor. Kami kekal komited dan fokus untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul dan berterima kasih kepada para pelanggan serta rakan kongsi kami atas kepercayaan mereka terhadap kami dan rangkaian kami."

Sepanjang tahun tersebut, Tata Communications telah memperkukuh rangkaian ini yang menjadikan perusahaan lebih berdaya tahan dan selamat untuk persediaan masa hadapan dengan menyediakan:-

  • Akses kepada aplikasi perniagaan di premis dan dalam awan, akses di mana-mana sahaja dengan prestasi rangkaian yang selamat dan serba lengkap.
  • Kesalinghubungan langsung kepada sembilan penyedia awan utama di dunia dengan perkhidmatan kesalinghubungan awan Tata Communications.
  • Kapasiti rangkaian tambahan berdasarkan model bayar-selepas-anda-selesai dengan 'Lebar Jalur Atas Permintaan' untuk memenuhi keperluan jangka pendek dengan mudah melalui portal layan diri pelanggan.

Menurut laporan tersebut yang berjudul Gartner, Magic Quadrant for Network Services, Global oleh Neil Rickard, Bjarne Munch, Danellie Young dan Karen Brown bertarikh 21 Februari 2022, "Kebanyakan penyedia perkhidmatan rangkaian global terus bergerak ke arah pendekatan yang lebih berasaskan platform menggunakan model dipacu perisian sebagai perkhidmatan, dengan peningkatan tahap kebolehlihatan dan layan diri melalui portal dan API." Gartner menyambung, "Gartner terus memerhatikan perubahan dari segi keperluan perusahaan dan kriteria pembelian untuk rangkaian global. Pandemik COVID-19 telah menekankan nilai ketangkasan sebenar kepada rangkaian perusahaan, memandangkan perusahaan terpaksa mengubah amalan kerja mereka dengan pantas, mempercepat transformasi digital dan awan serta menangani keadaan perniagaan yang berubah dengan cepat. Organisasi yang mengguna pakai teknologi rangkaian fleksibel (contohnya, NOD) dan pendekatan penyumberan fleksibel (contohnya, bawa akses anda sendiri [BYO]), mampu menyokong pemenuhan titik akhir dan aplikasi baharu yang pantas dengan lebih baik (termasuk perkhidmatan awan dan IoT), dan telah berupaya melakukan sedemikian sambil mengawal perbelanjaan WAN mereka."

Penafian Gartner

Gartner tidak mengesahkan mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak mencadangkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor dengan penilaian tertinggi atau anugerah lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh dianggap sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan yang tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Gartner dan Magic Quadrant merupakan tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di dalam siaran ini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara

Tentang Tata Communications 

Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM) (BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital dan sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan utama dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah syarikat Fortune 500 merupakan pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com 

Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran

Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited. 

Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab terhadap dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.

© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.

TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.

Source: Tata Communications
Keywords: Broadcast Technology Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Survey, Polls & Research