omniture

ZTE perkukuh komitmen terhadap pengurangan karbon

ZTE Corporation
2022-03-03 21:15 204

SHENZHEN, China, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan pelancaran kertas putih keneutralan karbon dan penyelesaian berorientasikan masa depan hujung-ke-hujung hijau di MWC 2022, mengukuhkan komitmennya terhadap pengurangan karbon bagi mempercepatkan kemajuan ke arah matlamat pembangunan mampan.


Dilancarkan secara bersama oleh ZTE dan Frost & Sullivan, sebuah firma penyelidikan & perunding, kertas putih Pathways to Carbon Neutrality: The Transformative Role of Digitalization (Laluan menuju Keneutralan Karbon: Peranan Transformatif Pendigitalan) menggambarkan perubahan iklim di hadapan dan komitmen global terhadap pengurangan karbon. Ia turut meninjau impak penyahkarbonan teknologi digital dalam empat sektor iaitu telekomunikasi, kuasa elektrik, pengangkutan dan pembuatan, dengan tumpuan pada telekomunikasi atas kecemerlangan dan potensinya mewujudkan pemecutan transformasi usaha penyahkarbonan.

Bagi menghadapi cabaran iklim, ZTE menambah GreenPilot kepada portfolio penyelesaian hijaunya untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga rangkaian mudah alih bagi menghasilkan rangkaian hijau.

"Penyelesaian GreenPilot yang baru dilancarkan ini terpakai untuk pelbagai senario, menawarkan penyelesaian penjimatan tenaga proses penuh untuk memaksimumkan kecekapan tenaga dan mengurangkan emisi karbon," kata Cik Chen Zhiping, Naib Presiden di ZTE. "GreenPilot menggabungkan penyelesaian RuralPilot, SolarMaster, SmartLi, PowerPilot dan GreenDC yang dirancang untuk memenuhi keperluan senario yang berbeza."

  • ZTE RuralPilot: Menampilkan reka bentuk Lego, ZTE RuralPilot boleh dipasang, ditanggalkan dan diperluas dengan mudah. Kesemua peranti dipasang pada tiang, menjadikan pengangkutan dan pembinaan lebih mudah yang membawa kepada pengurangan kos kejuruteraan sebanyak 50%. Tambahan pula, panel solar dan bateri litium pintar menyediakan 100% bekalan kuasa bersih tanpa sesalur dan kuasa elektrik penjana diesel. Memandangkan jumlah penggunaan kuasa sebuah tapak boleh dikawal dalam 150 Watt, penggunaan kuasa boleh dikurangkan sebanyak 59% dan CAPEX sebanyak 35%.
  • SolarMaster: ZTE SolarMaster menyokong penaiktarafan yang lancar kepada kuasa solar dengan teknologi inovatif dan memaksimumkan kecekapan penukaran kuasa solar sambil meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa sebanyak lebih 10%.
  • SmartLi: Penyelesaian bateri ZTE SmartLi membolehkan penggunaan hibrid langsung bateri litium pintar dan bateri legasi bagi mencapai pengembangan kapasiti yang lancar dan melindungi pelaburan tapak sedia ada. Dalam senario bekalan kuasa jarak jauh AAU, fungsi Penggalak Voltan SmartLi dapat mengurangkan kehilangan kabel, menjimatkan 30% kos elektrik sesalur tambahan. Hasil daripada fungsi ini, kapasiti bateri boleh dibebaskan sebanyak 100%. Dengan cara ini, sistem storan kuasa tapak CAPEX boleh dijimatkan dengan banyak.
  • PowerPilot: Berdasarkan kepada AI dan data raya, penyelesaian ZTE PowerPilot2.0, bahagian paling penting dalam GreenPilot boleh memadankan sumber rangkaian secara dinamik melalui pemantauan waktu sebenar dan ramalan beban. Tanpa menjejaskan pengalaman pengguna, penggunaan kuasa dikurangkan dengan menutup sumber lewahan untuk menjimatkan kuasa dengan pintar. Penggunaan kuasa rangkaian keseluruhan dikurangkan sebanyak lebih daripada 30%.
  • GreenDC: Penyelesaian ZTE GreenDC menggunakan teknologi yang inovatif dalam aspek penyaman udara, pengedaran kuasa serta pengurusan dan kawalan untuk mencapai penjimatan kuasa dan pengurangan emisi. Di China, ZTE bekerjasama erat dengan Tencent untuk melaksanakan pusat data modular sepenuhnya yang dipasang siap. Dengan mengaplikasikan pelbagai teknologi penjimatan kuasa dalam skala besar, penggunaan kuasa dikurangkan sebanyak 30% manakala PUE dikurangkan kepada 1.25.

ZTE baru sahaja dianugerahkan dengan Anugerah Kepimpinan Produk Kuasa DC Global Telecom 2022, menurut penilaian oleh Frost & Sullivan ke atas industri kuasa DC telekomunikasi global, bagi mengiktiraf penyelesaian kuasa telekomunikasi syarikat yang amat cekap, modular, pintar dan hijau yang menangani masalah utama pelanggan semasa dan keperluan 5G masa depan yang berkembang.

ZTE sentiasa menjadikan "hijau dan karbon rendah" sebagai salah satu strategi teras syarikat. Setakat ini, ZTE telah menggunakan lebih daripada 500 paten inovasi hijau. Melangkah ke hadapan, syarikat ini akan terus mengukuhkan usaha penyelidikannya bagi mencapai kejayaan dalam teknologi penting, mengharapkan untuk membina masyarakat karbon-sifar bersama rakan kongsi globalnya.

Klik di sini untuk memuat turun kertas putih:

Pathways to Carbon Neutrality: The Transformative Role of Digitalization 

https://res-www.zte.com.cn/mediares/zte/Files/PDF/white_book/202203011424.pdf

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Environmental Issues Survey, Polls & Research Trade show news