omniture

5G+XR: Bawakan Imaginasi menjadi Realiti

Huawei
2022-03-03 21:24 153

BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Semasa sesi 5G: Menghubungkan Maya dan Realiti di MWC22 Barcelona, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Carrier BG Philip Song menyampaikan ucapan dasar: "5G+XR: Membawakan Imaginasi menjadi Realiti." Dalam ucapannya, beliau berkongsi pandangan mengenai industri XR dan mendedahkan mengenai "Hukum Moore baharu" industri ini. Beliau menyeru pembawa dan rakan industri untuk mengambil tindakan bagi merebut peluang yang dibawakan oleh 5G+XR.

Philip Song menyampaikan ucapan dasar
Philip Song menyampaikan ucapan dasar

Potensi industri XR 

Di acara tersebut. Song memperkenalkan bagaimana Huawei mengadakan mesyuarat tahunan didayakan VR dan menggunakan AR untuk membantu penyerahan stesen utama 5G. Huawei dan data pihak ketiga menunjukkan bahawa pasaran XR akan menjana KDNK sebanyak US$1.5 trilion menjelang tahun 2030, yang secara kasarnya bersamaan dengan pasaran 5G semasa.

Membandingkan perkembangan industri XR kepada bagaimana industri telefon pintar dibangunkan, Song berkata bahawa ramai vendor kini menawarkan peranti XR pada harga kurang daripada US$300, menjadikan teknologi ini lebih mampu milik di samping masih menawarkan pengalaman pengguna generasi seterusnya. Alat pembangunan XR semakin diterima pakai. Standard OPEN XR baharu kini disokong oleh hampir setiap syarikat perkakasan, platform dan enjin utama, lalu menjadikan pelaksanaan berbilang-platform dapat dijayakan tanpa pelbagai pusingan pembangunan.

Apa yang lebih patut diberi perhatian ialah terdapat sejumlah pembawa perintis XR global melakar kejayaan komersial dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pembawa di negara-negara seperti Korea Selatan, Thailand dan China telah menerajui pelaksanaan perkhidmatan VR/AR dan memperoleh pulangan penting melalui tiga langkah: memilih industri, mencipta model perniagaan dan membangunkan keupayaan. Satu pembawa berkata, "Jika XR dilancarkan tiga bulan kemudian, ia mungkin mengambil masa selama tiga tahun untuk bersaing."

Huawei perkenal Hukum Moore baharu untuk industri XR

Di acara tersebut, Huawei memperkenalkan "Hukum Moore baharu" untuk industri XR bagi membimbing pengembangan keupayaan untuk pembawa dan rakan industri.

Permintaan lalu lintas untuk kandungan XR popular berganda setiap 18 hingga 24 bulan. Dalam tempoh 2 hingga 4 tahun akan datang, kadar bingkai tinggi 12K, ataupun kandungan 24K XR akan menjadi lebih biasa. Kandungan premium seperti ini akan menggunakan lebar jalur rangkaian dan sumber awan pada kadar yang pesat.

Keupayaan perkhidmatan awan turut berganda setiap 18–24 bulan bagi mengurangkan kos pengeluaran kandungan XR dengan ketara. Perkhidmatan Cloud XR Huawei merupakan contoh penting bagaimana pengembangan seperti ini dapat dicapai. Melalui Cloud XR, Huawei telah menyediakan pelbagai keupayaan berasaskan awan seperti pemetaan 3D berskala besar, pengkomputeran ruang adaptif semua senario dan persembahan manusia digital dengan model rambut jitu yang membolehkan sehingga 100,000 helai rambut.

Hukum Moore baharu ini diwujudkan untuk membimbing inovasi dalam industri XR dan untuk membina asas untuk pembangunan XR. Huawei sendiri telah mengikuti garis panduan ini. Dari segi peranti XR, Huawei melancarkan AR-HUD inovatif, generasi seterusnya, bagi memperluas aplikasi XR. Dari segi penghantaran data XR, Huawei memperkenalkan penyelesaian inovatif seperti 5G Massive MIMO dan FTTR. Syarikat ini komited secara terbuka untuk menyokong "Gigaverse" yang menyediakan akses gigabit merata untuk menyokong pengalaman XR pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Huawei turut melancarkan penyelesaian "Cloud-network Express" bagi membantu rakan industri XR mengakses berbilang awan dengan pantas dan menggunakan pembangunan berasaskan awan dan keupayaan persembahan.

Ketika beliau mengakhiri pembentangan beliau, Song menyeru rakan kongsi industri untuk saling bekerjasama selaras dengan "Hukum Moore baharu" dan merebut peluang pembangunan yang hebat ini untuk industri XR, dengan berkata "Ayuh bertindak sekarang untuk memenangi masa depan."

MWC Barcelona 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei mempamerkan produk dan penyelesaiannya di gerai pameran 1H50 di Fira Gran Via Hall 1. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/cn/events/mwc2022.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news