omniture

OpenSpace Memperluaskan Kepimpinan dalam Rakaman Realiti untuk Pembinaan dengan Pembiayaan Siri D bernilai $102 juta

OpenSpace
2022-03-03 23:26 44

Bernilai $902 juta, OpenSpace terus menyaksikan penggunaannya yang meluas dalam pembinaan dan hartanah di lebih 10,000 tapak kerja dengan lebih 7 bilion kaki persegi telah dirakam

SAN FRANCISCO, 3 Mac 2022 /PRNewswire/ -- OpenSpace, peneraju global dalam rakaman tapak kerja 360° dan analitik yang dikuasakan AI, hari ini mengumumkan pusingan pembiayaan Siri D bernilai $102 juta yang diterajui oleh PSP Growth iaitu cabang ekuiti usaha niaga dan pertumbuhan PSP Partners. Memandangkan rakaman realiti automatik menjadi satu kebiasaan dalam pembinaan, OpenSpace telah menyaksikan penggunaan produk dan teknologinya yang terkemuka dalam industri. Sepanjang tahun lalu, syarikat ini telah mengambil beberapa langkah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat termasuk memperluas tawaran produk, jejak antarabangsanya dan kes penggunaan baharu.

Pembiayaan terbaharu ini menjadikan jumlah yang dikumpulkan oleh OpenSpace hanya pada tahun lalu kepada $157 juta dan akan digunakan untuk terus meningkatkan perniagaan dan membangunkan teknologi tambahan yang dikuasakan AI. Diterajui oleh PSP Growth, pusingan ini turut merangkumi penyertaan daripada beberapa pelabur baharu, termasuk dana dan akaun yang diuruskan oleh BlackRock, serta Alpaca VC, Fischer Homes, Harmonic Growth Partners, Mirae Asset dan Sino Group. Pusingan ini juga merangkumi penyertaan yang signifikan daripada pelabur sedia ada iaitu Alkeon Capital Management, GreenPoint Partners, JLL Spark, Lux Capital, Menlo Ventures, Navitas Capital, Nine Four Ventures dan Taronga Ventures.

"Dari sudut pandangan kami untuk melabur dan membina perniagaan yang berkekalan dalam kedua-dua syarikat hartanah dan teknologi pertumbuhan tinggi, kami melihat OpenSpace sebagai peneraju dalam gabungan kedua-dua segmen ini," kata Penny Pritzker, Pengasas merangkap Pengerusi PSP Partners dan bekas Setiausaha Perdagangan A.S. "Kami sangat yakin dengan masa depan syarikat dan teruja untuk membantu menjana pertumbuhannya."

"Selepas menyemak beratus-ratus perniagaan teknologi pembinaan," kata Momei Qu, Pengarah Urusan PSP Growth, "kami tahu betapa sukarnya untuk mencari syarikat yang mempunyai pasukan berkaliber, teknologi dan kejayaan komersial yang luar biasa seperti OpenSpace."

Dalam pasaran pembinaan yang bernilai $10 trilion, OpenSpace dengan segera telah menemui produk-pasaran yang bersesuaian dengan rangkaian produknya. Hasil pendapatan telah meningkat dua kali atau tiga kali ganda setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 2017. Para pelanggan telah menggunakan OpenSpace di lebih 10,000 tapak kerja setakat ini, dengan lebih 500 daripada mereka bermula pada bulan lepas sahaja. Lebih daripada 7 bilion kaki persegi imejan tapak kerja telah dirakam pada platformnya, mewujudkan salah satu set data ruang pembinaan yang terbesar dalam industri.

OpenSpace disepadukan dengan lancar ke dalam aliran kerja pembinaan yang biasa. Pekerja binaan hanya perlu melekatkan kamera 360° keluaran pengguna yang tersedia ke atas topi keras mereka dan berjalan di tapak kerja seperti biasa. Sebaik sahaja videonya dimuat naik ke awan, teknologi penglihatan komputer OpenSpace mencantumkan imej bersama-sama dan menyematkan semua imej tersebut pada pelan lantai, mewujudkan satu sumber kebenaran yang boleh dipercayai. OpenSpace memudahkan pihak berkepentingan projek untuk menyelaraskannya dari mana-mana lokasi tanpa perlu berada di tapak, sekali gus mengurangkan salah faham komunikasi, menjimatkan masa dan kos perjalanan serta menyediakan sistem sejarah bagi rekod bangunan.

OpenSpace telah memperluaskan lagi penawaran produknya melangkaui rakaman realiti automatik untuk merangkumi modul seperti ClearSight Progress Tracking yang menggunakan kecerdasan buatan untuk mengukur peratusan kerja yang telah disiapkan secara automatik untuk tugasan seperti dinding, mekanikal, elektrik dan banyak lagi. Pada tahun lalu, ia turut memperkenalkan OpenSpace Basic, sebuah tawaran percuma premium dan Imbasan 3D untuk merakam dengan iPhone dan iPad yang didayakan LiDAR.

"Ia merupakan suatu pencapaian yang luar biasa untuk membina sebuah platform yang diperlukan dalam sesebuah industri, terutamanya industri yang sebesar seperti industri pembinaan global," kata Dave Yarnold, Ketua Pegawai Eksekutif Rakan Kongsi Harmonic Growth Partners serta mantan Ketua Pegawai Eksekutif ServiceMax dan Naib Presiden Jualan Global SAP SuccessFactors. "Jeevan telah mengumpulkan sebuah pasukan unik yang berkelayakan untuk mengejar peluang ini dan saya berharap dapat bekerjasama dengan mereka ketika mereka terus mengembangkan syarikat."

"Pekerja binaan mempunyai pekerjaan yang sangat penting dan sangat sukar—matlamat kami adalah untuk menjadikan pekerjaan mereka lebih mudah dan lebih cekap. Kami berbuat demikian dengan teknologi yang meningkatkan dan menyokong tugas mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Bersama OpenSpace, Jeevan Kalanithi. "Penerimagunaan kukuh yang kami lihat daripada industri tersebut menunjukkan keinginan terhadap teknologi ini dan kami gembira dapat bekerjasama dengan para pelabur yang mengiktiraf dan menyokong misi kami untuk memenuhi permintaan tersebut. Kami tidak sabar untuk terus mengembangkan platform kami bagi memenuhi keperluan pekerja binaan dengan sebaik-baiknya di seluruh industri dan di seluruh dunia."

Tentang OpenSpace
Ditubuhkan pada tahun 2017, OpenSpace ialah sebuah syarikat teknologi AI dalam misi untuk membawakan tahap ketelusan dan kecekapan yang baharu kepada sektor pembinaan dan hartanah. Dengan platform kami, pekerja binaan merakam rekod visual yang lengkap secara automatik di tapak kerja, menyediakan satu sumber kebenaran yang meningkatkan penyelarasan, mendorong kebertanggungjawapan dan memudahkan penyelesaian pertikaian. Setakat ini, pelanggan kami telah menggunakan OpenSpace untuk merakam lebih tujuh bilion kaki persegi imej daripada projek pembinaan yang aktif di beribu-ribu tapak di lebih tujuh puluh lima buah negara. 

Hubungi:
openspace@bulleitgroup.com  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1334408/openspace_blue_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: OpenSpace
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building High Tech Security Financing agreements