omniture

HMS Core Pamer Keupayaan Terbuka Mendepani Masa Depan di MWC Barcelona 2022, Perkasa Pembangun untuk Cipta Aplikasi Ideal

Huawei consumer business group
2022-03-04 08:19 214

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- HMS Core telah diperkenalkan kepada orang awam di MWC 2022 di Barcelona, mengadakan pameran di tiga reruai di Hall 1 Fira Gran Via mulai 28 Februari hingga 3 Mac. Ketiga-tiga reruai ini mempamerkan keupayaan terbuka serba baharu yang dilancarkan dalam HMS Core 6 dan menonjolkan dua jenis perkhidmatan, iaitu perkhidmatan yang disesuaikan untuk grafik dan video, paparan produk 3D dan permainan; perkhidmatan dirancang untuk operasi yang lebih baik dan mempercepatkan pertumbuhan melalui daftar-masuk, pemberitahuan tolak, pembayaran dan analisis data. Perkhidmatan ini memenuhi keperluan teras pembangun hari ini untuk mencipta aplikasi yang ideal.

HMS Core Showcases Future-Facing Open Capabilities at MWC Barcelona 2022, Empowering Developers to Create the Ideal App
HMS Core Showcases Future-Facing Open Capabilities at MWC Barcelona 2022, Empowering Developers to Create the Ideal App

HMS Core 6, diperkenalkan pada Oktober 2021, menyokong pelbagai jenis peranti, sistem operasi dan senario penggunaan. Kit-kit baharu — sepert 3D Modeling Kit, Audio Editor Kit, Video Editor Kit dan Keyring — memenuhi keperluan dalam bidang-bidang bermula denganperkhidmatan aplikasi dan grafik hinggalah media dan keselamatan. Bagi menjamin pengalaman pembangunan terunggul secara menyeluruh, kit-kit sedia ada yang lain telah dipertingkatkan dengan ketara.

HMS Core membawakan perkhidmatan inovatif yang memperkaya penggunaan harian

Di MWC 2022, perkhidmatan perintis yang dirancang untuk bidang-bidang seperti grafik dan video, paparan produk 3D serta permainan tersedia di reruai pameran termasuk:

  • 3D Modeling Kit — mentransformasikan imej objek yang dirakam dari sudut berbeza menggunakan telefon kamera-RGB kepada model 3D
  • AR Engine — menawarkan keupayaan AR asas seperti penjejakan pergerakan, penjejakan persekitaran, penjejakan tubuh dan penjejakan wajah bagi membantu merapatkan dunia sebenar dan maya melalui pengesanan sinar masa sebenar
  • Computer Graphics (CG) Kit — didatangkan dengan pemalam Volumetric Fog untuk menghasilkan kabus yang sangat realistik dengan pencahayaan interaktif waktu sebenar
  • Scene Kit — menawarkan pemalam pengesanan sinar waktu sebenar yang mensimulasikan pantulan pada air tasik
  • AR Measure daripada Huawei — mengintegrasikan AR Engine untuk mengukur dengan tepat panjang dan luas objek serta ketinggian tubuh manusia selain isipadu kubus.

HMS Core membawakan kit yang menjadikan operasi hujung-ke-hujung benar-benar lancar

HMS Core membolehkan pembangun menyampaikan pengalaman pengguna yang lebih baik melalui daftar-masuk, pemberitahuan tolak dan pembayaran. Hasil daripada keupayaan analisis data berkuasa HMS Core, pembangun berupaya untuk mengurus dan mempromosikan aplikasi mereka dengan sangat mudah, seterusnya merealisasikan operasi bersasar dan kejayaan perniagaan. Perkhidmatan yang penting termasuk:

  • Account Kit — menyediakan daftar-masuk yang cepat dan selamat, mengelakkan pengguna daripada langkah-langkah rumit dalam pendaftaran akaun dan pengesahan daftar-masuk
  • Push Kit — berperanan sebagai perkhidmatan pemesejan yang stabil dan bersasar dengan sokongan platform yang luas
  • In-App Purchases (IAP) — menyediakan pembangun dengan akses kepada pelbagai kaedah pembayaran mudah alih utama (global mahupun tempatan)
  • Analytics Kit — berperanan sebagai platform analisis data sehenti untuk menyokong pengumpulan data, analisis data, pemahaman data dan pertumbuhan perniagaan dengan kerangka privasi pengguna yang ketat. FairPrice, aplikasi membeli-belah Singapura yang beroperasi melalui platform Android, iOS dan Web menggunakan Analytics Kit untuk membuat analisis data yang komprehensif daripada semua platform, agar dapat membuat keputusan operasi produk yang bermaklumat dalam seluruh kitaran hayat pengguna.

Memandang ke hadapan, HMS Core akan kekal komited terhadap penyelesaian inovatif dan terbuka, memudahkan pembangunan aplikasi dengan perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan inovasi dan operasi aplikasi demi pengalaman pengguna yang lebih baik serta meletakkan asas untuk ekosistem aplikasi semua-senario, terhubung sepenuhnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HMS Core, sila kunjungi HUAWEI Developers (huawei.com)

Source: Huawei consumer business group
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news