omniture

Richard Jin Huawei Cadang Konsep "FIBERS" untuk Pendigitalan Industri

Huawei
2022-03-04 16:18 193

BARCELONA, Sepanyol, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Mudah Alih 2022 (MWC 2022), Richard Jin, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Green Intelligent OptiX Network, Menerangi Jalan Menuju Pendigitalan Industri". Dalam ucapan tersebut, Richard mencadangkan konsep "FIBERS" untuk pendigitalan industri dan melancarkan Green Intelligent OptiX Network untuk perusahaan.

Richard Jin, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik menyampaikan ucapan dasar
Richard Jin, Naib Presiden Huawei dan Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik menyampaikan ucapan dasar

"Kecekapan dan kualiti ketersambungan menentukan kejayaan pendigitalan industri," kata Richard Jin. "Justeru itu, disyorkan agar perancangan dan pembinaan dijalankan lebih awal. Green Intelligent OptiX Network Huawei akan membina infrastruktur rangkaian 'FIBERS', menerangi jalan menuju pendigitalan industri."

Gentian optik adalah lebih mesra alam berbanding kabel tembaga. Richard Jin menyatakan bahawa gentian optik mudah diperoleh, mempunyai jangka hayat yang panjang dan tidak menghasilkan sebarang kehilangan haba. Dengan kelebihan sedemikian, komunikasi gentian optik dapat membantu perusahaan untuk mengurangkan penggunaan kuasa, menjimatkan tenaga dan mengurangkan emisi karbon, mencapai rendah karbon serta pembangunan mampan dengan cekap.

Bagi mengupayakan transformasi digital, sambungan haruslah mematuhi konsep "FIBERS" yang merujuk kepada keperluan ketersambungan baharu pelbagai industri. Berdasarkan kepada inovasi teknikal dan amalan pendigitalan industri, Richard Jin menggunakan "FIBERS" untuk menafsirkan enam keperluan penting untuk sambungan: Selamat (saFe), Pintar (Intelligent), Ultra-Jalur Lebar (Ultra-Broadband), Cekap (Efficient), Andal (Reliable) dan Ringkas (Simple).

  • Selamat (SaFe): Dalam senario industri khas seperti lombong arang batu, sambungan harus memenuhi keperluan prestasi di samping memastikan peranti dan kabel rangkaian bawah tanah adalah selamat secara intrinsik dengan menghapuskan percikan elektrik.
  • Pintar (Intelligent): Kini, ia merupakan trend utama bagi pembangunan sambungan. Perisian pintar dapat digunakan untuk melaksanakan kolaborasi silang-peranti dan silang-produk untuk meningkatkan prestasi sistem keseluruhan dan inovasi perkhidmatan dengan ketara. Sebagai contoh, rangkaian optik berkolaborasi dengan sistem storan untuk mencapai kehilangan data sifar. Dengan bantuan algoritma penderiaan pintar, gentian optik dapat digunakan untuk melaksanakan pemeriksaan tanpa pengawasan terhadap saluran paip minyak dan gas.
  • Ultra-Jalur Lebar (Ultra-Broadband): Untuk aplikasi teknologi inovatif seperti awan, data raya, AR dan VR, ultra-jalur lebar dianggap sebagai keperluan sambungan asas. Tatkala trafik pusat data global meningkat dua kali gandar setiap dua tahun, hanya sistem Saling Sambung Pusat Data (DCI) ultra-jalur lebar dapat memenuhi keperluan lebar jalur pelanggan yang semakin meningkat seperti bank.
  • Cekap (Efficient): Bagi mengupayakan transformasi digital, sambungan haruslah sangat cekap. Dalam senario seperti pembinaan semula persimpangan pintar dan pembinaan rangkaian kilang baharu, kecekapan menentukan pengalaman penggunaan secara langsung. Dalam senario seperti port di mana kawalan mesin jarak jauh dilaksanakan, sambungan kependaman ultra-rendah berketentuan membolehkan pusat kawalan melaksanakan operasi waktu sebenar pada jentera jarak jauh, lalu meningkatkan kecekapan perkhidmatan.
  • Andal (Reliable): Perkhidmatan penting harus diberi jaminan. Dalam industri-industri yang amat berkait rapat dengan kepentingan negara dan sara hidup rakyat, seperti kuasa elektrik dan pengangkutan, keandalan perkhidmatan amat berkaitan dengan bekalan kuasa dan keselamatan pengangkutan. Justeru itu, sambungan harus memastikan pengasingan fizikal hujung-ke-hujung dan keandalan tinggi perkhidmatan teras.
  • Ringkas (Simple): Ini merupakan asas untuk O&M pintar. Dalam senario seperti kampus pintar, akses kepada terminal yang tidak terkira banyaknya meningkatkan skala rangkaian dan tekanan ke atas O&M. Melihat kepada hal ini, seni bina rangkaian dan O&M haruslah dipermudah untuk menjadikan O&M lebih mudah dan meningkatkan kecekapan operasi.

Huawei melancarkan Green Intelligent OptiX Network bagi mengupayakan pendigitalan industri. Di MWC 2022, Huawei melancarkan lima penyelesaian berasaskan senario yang inovatif — FTTO (Gentian Ke Pejabat), FTTM (Gentian Ke Mesin), Single OptiX, DC OptiX dan Sensing OptiX — yang menggabungkan sepenuhnya konsep hijau dan "FIBERS" bagi memperkasa pendigitalan industri.

Pada akhir ucapan, Richard Jin menyatakan, "Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk menggabungkan teknologi optik dengan amalan industri bagi membantu mencapai sambungan yang lebih selamat, perkhidmatan lebih pintar, penghantaran lebih pantas, pengeluaran lebih cekap, data lebih andal dan O&M lebih ringkas, lalu memudahkan pendigitalan pelbagai industri."

MWC 2022 berlangsung mulai 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian perusahaan di Reruai 1H50, Hall 1, Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://e.huawei.com/en/events/huawei-enterprise-mwc-2022.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news