Rancangan realiti tersebut akan menghantar seorang orang awam ke angkasa lepas untuk sebuah misi mengorbit Bumi dan menyegerakkannya dengan ISS selama 6 hari
SINGAPURA, 4 Mac 2022 /PRNewswire/ -- TDGA Holdings Ltd., syarikat media yang berpangkalan di UK dan diasaskan oleh Thomas Reemer dan Deborah Sass serta diterajui oleh mantan Ketua News Corp Eropah, Marty Pompadur, hari ini mengumumkan kerjasama eksklusif syarikat tersebut dengan veteran industri dan konglomerat media digital yang terkemuka di Asia, One Digital Entertainment.
Dalam kerjasama ini, One Digital Entertainment ditugaskan untuk membangunkan jenama 'Space Hero' secara strategik melalui strategi produk, pembangunan serantau, pakatan media dan pemasaran jenama untuk rancangan pemilihan global yang pertama di dunia yang menyaksikan para peserta daripada wilayah India, Asia Tenggara serta Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) bersaing untuk merebut peluang mengikuti perjalanan ke angkasa lepas secara eksklusif.
Space Hero bakal menjadi rancangan pemilihan global pertama di dunia yang menghantar seorang orang awam ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi mengorbit bumi dan menyegerakkannya dengan ISS selama 6 hari yang bernilai $155 juta. Ia merupakan sebuah syarikat media global yang pertama seumpamanya yang menyatukan rakyat di seluruh Dunia dan memberi inspirasi kepada komuniti, kerjasama dan inovasi di Bumi; melalui pertandingan dwitahunan di mana orang ramai dari segenap lapisan masyarakat berpeluang untuk bersaing dan memilih salah seorang rakan mereka untuk menyertai misi ke angkasa lepas. Melalui kandungan interaktif, imersif, dihasilkan dan dijana pengguna, platform Space Hero ini menggalakkan para peserta dan peminat untuk mengagumi keajaiban angkasa lepas bagi mencipta perubahan di rumah.
Rancangan realiti ini akan bermula dengan 24 orang peserta dari seluruh dunia iaitu dua belas lelaki dan dua belas wanita dengan dua belas daripadanya dari negara membangun manakala dua belas lagi dari negara maju. Mereka akan ditempatkan di Space Village, sebuah pengalaman menghadapi masa depan yang mampan tetapi menggunakan teknologi era angkasa lepas dan suasana pengalaman angkasa lepas. Rancangan ini akan mendokumenkan kehidupan mereka ketika mereka bersiap sedia untuk bersaing dalam percubaan ke angkasa lepas melalui misi penerbangan percuma. Dalam rancangan tersebut, para peserta akan diuji kekuatan emosi, mental dan fizikal mereka sama seperti cara angkasawan berlatih sebelum penerbangan. Semasa di rumah 'Space Hero' di Space Village, aktiviti, cabaran dan undian akan mengurangkan senarai calon sehingga hanya seorang sahaja yang tinggal.
Keseluruhan misi ini akan distrimkan secara langsung selama 24 jam sehari dan boleh berinteraksi secara langsung dengan para peserta. Rancangan ini dijangka akan ke udara pada tahun 2023 dan sesiapa sahaja yang berumur melebihi 18 tahun dan memiliki tahap asas bahasa Inggeris boleh memohon untuk menyertai pertandingan tersebut. Space Hero dirancang sebanyak 15 musim dalam tempoh 30 tahun akan datang, yang akhirnya akan terbang melepasi ISS, ke Bulan dan juga ke Marikh. Projek Space Hero ini disokong oleh lebih 70 buah agensi angkasa lepas & institusi angkasa lepas di seluruh dunia serta lebih 55 buah syarikat Angkasa Lepas swasta dari seluruh dunia. Pada 12 April 2021 yang menandakan ulang tahun ke-60 manusia pertama ke angkasa lepas iaitu Yuri Gagarin, Space Hero telah menandatangani Perjanjian Akta Angkasa Lepas (SAA) dengan NASA; ia menjadi syarikat media pertama yang berbuat demikian dalam beberapa dekad.
"Kami gembira dapat bekerjasama dengan One Digital Entertainment yang bakal membawa kepakaran mereka yang kukuh ke wilayah Asia Tenggara, India dan rantau MENA. Wilayah-wilayah ini mempunyai penyertaan dalam talian yang amat tinggi bagi beberapa acara global terbesar dan kami teruja untuk memperluaskan lagi operasi kami demi membina pelbagai sinergi perniagaan dan pemasaran melalui rakan kongsi kami, One Digital Entertainment," kata Thomas Reemer, Pencipta dan Rakan Kongsi Pengasas Space Hero.
"Pengembaraan angkasa lepas telah menjadi impian jutaan orang selama beberapa dekad dan Space Hero menjadikan impian tersebut suatu kenyataan; memberi peluang kepada orang awam untuk terlibat dengan angkasa lepas. Kami teruja dapat bekerjasama dengan Space Hero untuk menerajui pertumbuhannya dalam komuniti Asia," kata Shabir Momin, Pengarah Urusan & Pengasas Bersama One Digital Entertainment.
"Peluang penerokaan angkasa lepas ini tidak lagi terhad kepada warganegara, negara atau kumpulan pendapatan tertentu. Angkasa lepas merupakan salah sebuah industri di dunia yang paling tidak boleh diakses. Space Hero kini memberikan akses tersebut kepada anda! Dengan misi kami untuk menjadikan Space Hero sebuah platform yang benar-benar global yang disatukan oleh rakyat dari pelbagai negara serta terdiri daripada warna kulit, kepercayaan dan bangsa yang berbeza, kerjasama dengan One Digital Entertainment ini mengukuhkan komitmen kami untuk mencapai matlamat yang sama," kata Deborah Sass, Rakan Kongsi Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Space Hero.
"Ia sememangnya merupakan detik yang membanggakan kerana kerjasama ini merupakan perkongsian sulung Space Hero di rantau Asia. Kami bercita-cita untuk mengukuhkan visi jangka panjang Space Hero dengan kerjasama yang strategik dan unik dalam gamut media. Space Hero menetapkan penanda aras dalam perniagaan media angkasa lepas dan kami teruja untuk menggunakan pengalaman kami dalam pelbagai bidang demi membawa projek ini kepada khalayak global," kata Gurpreet Singh, Ketua Pegawai Operasi & Pengasas Bersama One Digital Entertainment.
One Digital Entertainment ialah rangkaian media digital, teknologi dan pencipta yang terkemuka di Asia yang mengkhusus dalam pelbagai bidang kandungan dan media digital di seluruh domain muzik, makanan, komedi, filem, fesyen dan gaya hidup serta bekerjasama dengan beberapa pencipta dan platform terkenal seperti MostlySane, Badshah, Sidhu Moosewala, Yuvraj Singh, CarryMinati, Alia Bhatt, Sanjeev Kapoor, Sony Pictures, Google, Facebook, Spotify dan banyak lagi. Syarikat tersebut kini mempunyai koleksi yang tiada tandingan dalam pengurusan lebih 6,000 pencipta dan sepuluh bilion minit kandungan tontonan setiap bulan di media sosial. Baru-baru ini, syarikat ini telah mengambil alih Blush, Being Indian selain daripada pegangan saham yang besar dalam Digital2 Sports Pte Ltd & Instant Bollywood. Syarikat ini juga telah melancarkan pasaran barangan dipacu pencipta yang pertama di India iaitu MerchBay dan sebuah jenama khusus audio siar iaitu PodOne.