omniture

Huawei Perkenal Penyelesaian Pusat Data Tindanan Penuh dan Kampus Pintar Berasaskan Senario, Mempercepatkan Transformasi Digital Perindustrian dan Pembangunan Perniagaan Mesra Alam

Huawei
2022-03-05 07:18 371

BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Huawei mengadakan Sidang Kemuncak Transformasi Digital Perindustriannya semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Barcelona 2022 di Sepanyol. Di sidang kemuncak ini, Huawei memperkenalkan penyelesaian serba baharu untuk pusat data dan senario kampus pintar. Kampus-kampus mempunyai keperluan yang tinggi untuk penstoran pusat data, kuasa pengkomputeran, dan kecekapan tenaga, dan menghadapi cabaran dalam menguruskan aset mereka yang besar. Bersama dengan pelanggan industri, peneraju pandangan, dan rakan kongsi global, Huawei membincangkan trend industri, memperkenalkan amalan terkini dalam transformasi digital, dan berkongsi visi masa depan yang inovatif di mana teknologi digital, nilai perniagaan, dan pembangunan mesra alam bergabung.

Semasa ucapan pembukaan beliau, En. Li Peng, Presiden Wilayah Barat Eropah Huawei, menekankan bahawa transformasi digital dan perlindungan alam sekitar adalah topik utama di masa hadapan. Huawei menyediakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) inovatif dan portfolio produk penuh untuk membantu pelanggan global membina infrastruktur ICT yang mantap dan mendayakan transformasi digital perindustrian. Malah, di sepanjang beberapa dekad yang lalu, Huawei telah memberi tumpuan terhadap mengurangkan  penggunaan tenaga dan emisi karbon melalui inovasi produk dan penyelesaian yang berterusan.

Mr. Li Peng, President of Huawei West European Region, delivered an opening speech
Mr. Li Peng, President of Huawei West European Region, delivered an opening speech

Teknologi bercantum dengan inovasi perniagaan, Huawei memperkenalkan dua penyelesaian berasaskan senario

En. Chen Banghua, Naib Presiden (NP) Huawei Enterprise Business Group, menyampaikan ucapan dasar – Selami Digital dengan Infrastruktur Digital Inovatif – di sidang kemuncak ini, mengumumkan penyelesaian pusat data tindanan penuh dan kampus pintar baharu. En. Chen turut memperkenalkan amalan-amalan terkini transformasi digital dalam tenaga, kewangan, pengangkutan, dan industri lain.

Penyelesaian pusat data tindanan penuh Huawei menerajui trend pembangunan berasaskan awan yang intensif dan mesra alam, sementara penyelesaian kampus pintar Huawei membolehkan akses semua-tanpa wayar, pembaharuan seni bina rangkaian, dan penumpuan hiper infrastruktur IT. Melalui inovasi berterusan dalam ICT dan infrastruktur digital, Huawei meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan dunia pintar, seperti yang dinyatakan oleh En. Chen dalam ucapan beliau.

Mr. Chen Banghua, Vice President (VP) of the Huawei Enterprise Business Group, delivered a keynote speech
Mr. Chen Banghua, Vice President (VP) of the Huawei Enterprise Business Group, delivered a keynote speech

Penyelesaian pusat data tindanan penuh: Huawei menyediakan pelbagai produk, merangkumi infrastruktur pusat data, peranti ICT dan platform awan, untuk membolehkan penumpuan perisian-perkakasan, kolaborasi produksi merentas domain, dan inovasi lain. Dengan matlamat untuk membina pusat data yang tangkas, cekap, andal dan mesra alam, penyelesaiannya menampilkan inovasi dalam empat bidang berikut:

  • Memperbaharui pengkomputeran & penstoran: Platform pengurusan awan pintar membolehkan penyediaan pelbagai sumber kuasa pengkomputeran yang tangkas. Teknologi DPU inovatif membolehkan CPU memberi tumpuan terhadap perkhidmatan pemprosesan, menghasilkan potensi penuh kuasa pengkomputeran dan meningkatkan kapasiti mesin maya (virtual machine, VM) sebanyak 30%. Modul penstoran turut berkolaborasi dengan rangkaian NoF+ untuk mencapai prestasi penstoran berganda.
  • Memperbaharui rangkaian: Sinergi DCI-DCN yang inovatif membolehkan pengurusan rangkaian terpusat dan penyediaan perkhidmatan sehenti dalam beberapa minit, membina rangkaian pusat data dengan ketangkasan dan kecekapan yang unggul.
  • Memperbaharui keandalan: Penyelesaian pemulihan bencana (DR) tindanan penuh menawarkan sokongan yang komprehensif, meliputi sekeping perkakasan hinggalah kepada keseluruhan platform awan. Kefleksibelan penyelesaian menangani pelbagai keperluan perkhidmatan, membolehkan operasi perkhidmatan dalam talian yang tidak terganggu di sepanjang masa. Sinergi penstoran-optik memendekkan tempoh suis alih perkhidmatan pautan aktif-aktif kepada 5 milisaat. Ini membolehkan pemulihan perkhidmatan penstoran dalam masa 1 saat, langsung tidak disedari oleh pengguna.
  • Memperbaharui hijau: Menampilkan reka bentuk ketumpatan ultra tinggi yang inovatif, penyelesaian tertumpu memaksimumkan keberkesanan penggunaan kuasa (PUE), mengurangkan penggunaan kuasa tahunan sebanyak lebih daripada 14%. Bilik peralatan modular pasang siap memendekkan tempoh penghantaran dengan lebih daripada 70% dan tidak mewujudkan sisa pembinaan di tapak, menyebabkan sedikit kemudaratan kepada alam sekitar.

Penyelesaian kampus pintar generasi akan datang: Huawei memperbaharui dan menaik taraf sistem pejabat, seni bina rangkaian, dan bilik peralatan IT – tiga modul utama infrastruktur ICT kampus. Ini mempercepatkan naik taraf pintar dan transformasi digital kampus, menawarkan perkhidmatan kampus yang lebih cekap, mesra alam, dan mudah.

  • Naik taraf sistem pejabat pintar: AirEngine Wi-Fi 6 dan IdeaHub milik Huawei bekerjasama antara satu sama lain berdasarkan algoritma penyerahan multimedia pintar yang unik, membolehkan akses mesyuarat satu klik, penayangan skrin tanpa wayar, dan persidangan video dengan video 4K, audio Hi-Fi, dan pembekuan bingkai sifar.
  • Pembaharuan seni bina rangkaian kampus: Berasaskan kepada teknologi transmisi campuran jarak jauh (tanpa wayar, kabel tembaga, dan optik) yang menerobos, penyelesaian Huawei memberikan komunikasi berkelajuan tinggi dan bekalan kuasa untuk peranti jarak jauh. Penyelesaian ini mentafsirkan semula seni bina yang dipermudahkan untuk rangkaian kampus generasi akan datang dengan memudahkan seni bina rangkaian dari tiga lapisan ke dua lapisan. Di samping itu, ia mengurangkan penggunaan kuasa bagi bilik peralatan pengagregatan serta keseluruhan rangkaian dan mengurangkan jumlah kos pemilikan (TCO) sebanyak 38%.
  • Penumpuan bilik peralatan IT kampus: Bilik peralatan IT tradisional menghadapi cabaran seperti pemerolehan perkakasan yang berselerak dan penggunaan kuasa yang berat. Berdasarkan kepada reka bentuk prakonfigurasi semua-dalam-satu, penyelesaian Huawei menggabungkan semua modul ICT kampus (pengkomputeran, penstoran, rangkaian, bekalan kuasa, dll.) untuk membina bilik peralatan IT yang hiper-tertumpu. Satu kabinet dapat berfungsi sebagai pusat data bebas. Reka bentuk semua-dalam-satu seumpamanya memendekkan tempoh penghantaran sistem sebanyak 88% dan keseluruhan penggunaan kuasa sebanyak 58%.

Menumpukan kepada dua senario utama ini, Huawei menyepadukan dengan ekstensif ICT dengan trend industri dan keperluan perniagaan pelanggan dalam membangunkan banyak produk termajunya dengan senario perindustrian, seperti tenaga, pengangkutan, dan kewangan. Dengan teknologi inovatif, Huawei memacu kejayaan pelanggan dalam transformasi dan naik taraf digital.

  • Dalam industri minyak dan gas, pengurusan talian paip sentiasa mencabar, daripada perlindungan keselamatan yang kompleks dan kos penyelenggaraan yang tinggi kepada kecekapan pemeriksaan yang rendah dan pemantauan titik buta. Penyelesaian penderiaan semua-optik Huawei memanfaatkan produk, algoritma, dan enjin penderiaan optik untuk membantu Shandong Jihua Gas melakukan pemeriksaan talian paip pintar. Penyelesaian ini meningkatkan ketepatan pengesanan risiko sehingga 97%, berbanding yang kedua terbaik industri pada 83%. Dengan adanya penyelesaian ini, Jihua telah meningkatkan keselamatan dan pengurusan talian paip, mengurangkan kos O&M, dan membuat kemajuan yang ketara dalam perjalanan transformasi digitalnya.  
  • Dalam industri pengangkutan, sistem komunikasi rel bandar yang tradisional mengalami lebar jalur yang rendah, kehilangan pakej dalam transmisi data masa sebenar yang kerap, dan pelaksanaan sistem yang tidak cekap. Akibatnya, banyak sistem yang memerlukan lebar jalur secara sejarah tidak digunakan, seperti Sistem Maklumat Penumpang (PIS). Penyelesaian komunikasi keretapi-ke-tanah Wi-Fi 6 Huawei, yang dikuasakan oleh beberapa teknologi canggih, memberikan lebar jalur maksimum sebanyak 1.4 Gbit/s kepada keretapi yang bergerak pada kelajuan 160 km/j. Di samping itu, penyelesaian ini menyokong serahan lembut pantas dalam tempoh 30 milisaat, memastikan operasi rel bandar yang selamat dan stabil. Cesi semua-dalam-satu ini mudah digunakan dan dikonfigurasi, memendekkan masa penyediaan perkhidmatan sebanyak 67%.
  • Dalam industri kewangan, bank mengalami cabaran lalu lintas, perkhidmatan dan data yang disebabkan oleh naik taraf dan perubahan perkhidmatan kewangan yang pesat. Pusat data legasi mereka, dibina berasaskan kepada seni bina bukan awan, mempunyai kapasiti perkhidmatan yang terhad. Dengan modul dalaman yang dipadatkan dengan rapat antara satu sama lain, pusat data ini tidak dapat menyokong pelancaran pantas perkhidmatan inovatif dengan cekap dan pertumbuhan pesat lalu lintas perkhidmatan. Untuk menangani cabaran ini, banyak bank yang sedang memindahkan sistem teras mereka daripada seni bina terpusat yang tradisional kepada seni bina teragih yang maju. Untuk membantu pelanggan kewangannya, Huawei menyediakan pangkalan awan yang kukuh untuk bank-bank tradisional untuk melaksanakan transformasi digital, dan membantu bank-bank digital membina platform keandalan tinggi mereka sendiri, mendayakan inovasi berskala besar, dan berbilang senario merentas industri.

Membuka potensi perniagaan dengan teknologi digital mesra alam: Menulis masa depan dengan inovasi

Tatkala ekonomi global dan masyarakat secara umum mula pulih daripada pandemik ini, transformasi digital perindustrian tanpa ragu akan menjadi enjin baharu yang memacu dunia ke hadapan. Sememangnya, teknologi digital telah secara berterusan menolak sempadan dan memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan ekonomi global hari ini.

Pada akhir sidang kemuncak ini, Huawei mencadangkan satu inisiatif yang bertujuan untuk membolehkan pembangunan mesra alam dengan ICT hijau. Rancangan ini ialah untuk memanfaatkan teknologi penjimatan tenaga yang inovatif untuk terus meningkatkan kecekapan tenaga produk ICT dan memacu pembangunan karbon rendah. Inisiatif ini merangkumi tiga amalan utama: mempercepatkan pembangunan tenaga boleh diperbaharui, mendigitalkan pengurusan tenaga tradisional, dan mendayakan pembangunan perniagaan mesra alam melalui teknologi dan transformasi digital. Matlamat utama inisiatif ini ialah untuk menjadikan kehidupan lebih baik, perniagaan lebih pintar, masyarakat yang lebih terangkum, dan dunia yang lebih hijau melalui teknologi digital yang inovatif.

Di masa akan datang, Huawei akan meneruskan usahanya dalam membangunkan penyelesaian inovatif untuk senario industri, membina infrastruktur ICT yang dipermudahkan, mesra alam, dan pintar, mengamalkan pembangunan mampan melalui penggunaan ICT, serta membina sistem Kembar Digital. Ia juga akan memberikan pengalaman perkhidmatan yang optimum, menggalakkan kecekapan pengeluaran, mempercepatkan transformasi digital dan mesra alam industri, dan mencipta nilai baharu bersama dengan pelanggan dan rakan kongsi.

MWC Barcelona 2022 berlangsung dari 28 Februari hingga 3 Mac di Barcelona, Sepanyol. Reruai pameran Huawei Enterprise terletak di 1H50 di Dewan 1 Fira Gran Via. Di sepanjang acara, Huawei akan terus meliputi topik mengenai trend industri, nilai perniagaan, dan pembangunan mesra alam secara ekstensif dengan kerajaan dan pelanggan perusahaan, elit industri, peneraju pandangan, dan rakan kongsi global.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news