omniture

YTM Putera Mohammed bin Salman mengumumkan penubuhan TROJENA, destinasi global untuk pelancongan gunung di NEOM

NEOM
2022-03-06 06:46 115

NEOM, Arab Saudi, 5 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Yang Teramat Mulia Mohammed bin Salman, Putera Mahkota yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat NEOM, hari ini mengumumkan penubuhan TROJENA, destinasi pelancongan gunung global baharu yang merupakan sebahagian daripada rancangan dan strategi NEOM untuk menyumbang kepada sokongan dan pembangunan sektor pelancongan di rantau ini.

TROJENA, first outdoor snow skiing destination in the GCC region.
TROJENA, first outdoor snow skiing destination in the GCC region.

 

Yang Teramat Mulia bertitah: "TROJENA akan memberikan nafas baharu kepada pelancongan gunung di dunia dengan mewujudkan sebuah tempat berdasarkan prinsip-prinsip ekopelancongan yang menonjolkan usaha kami untuk memelihara alam semula jadi dan meningkatkan kualiti kehidupan komuniti yang sejajar dengan matlamat Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi. Ia juga mengesahkan komitmen kami untuk menjadi sebahagian daripada usaha global dalam melindungi alam sekitar. TROJENA akan menjadi suatu tambahan yang penting kepada pelancongan di rantau ini, satu contoh unik tentang cara Arab Saudi mewujudkan destinasi berdasarkan kepelbagaian geografi dan alam sekitarnya. Wawasan yang berpandangan ke hadapan ini akan memastikan pelancongan gunung menjadi satu lagi aliran pendapatan untuk menyokong kepelbagaian ekonomi Kerajaan Arab Saudi sambil masih mengekalkan sumber semula jadinya untuk generasi akan datang."

Ketua Pegawai Eksekutif NEOM, Nadhmi Al-Nasr mengulas: "TROJENA mewakili nilai-nilai dan rancangan berani NEOM sebagai sebuah kawasan di mana alam semula jadi bersama-sama dengan teknologi inovatif membentuk sebuah pengalaman global yang unik. Pembangunan baharu ini merupakan sumbangan utama dalam mencapai cita-cita jangka panjang NEOM dengan mematuhi prinsip-prinsip kelestarian serta menggunakan teknologi dan kejuruteraan canggih yang merangkumi pelbagai disiplin untuk menjadikan NEOM sebagai destinasi bertaraf dunia yang serba lengkap dan menarik."

TROJENA menampilkan seni bina yang unik dan inovatif tidak seperti tempat-tempat lain di dunia, dengan landskap gunung-ganang NEOM yang menakjubkan wujud bersama-sama secara harmoni dengan tapak pelancongan yang dibangunkan di dalamnya, menawarkan pengalaman pelancongan baharu dan belum pernah wujud sebelum ini yang mencerminkan masa depan kehidupan, pekerjaan dan hiburan di NEOM.

Ski luar merupakan suatu ciri unik TROJENA yang bakal memberikan pengalaman unik yang tidak pernah disaksikan sebelum ini di rantau ini terutamanya di negara-negara Teluk yang terkenal dengan iklim padang pasir. Para amatur dan juga profesional akan dapat menikmati pelbagai jenis larian ski dengan pelbagai tahap kesukaran serta memiliki pelbagai pemandangan yang berbeza dan menakjubkan. Perairan Laut Merah yang membiru, keindahan banjaran pergunungan NEOM dan gumuk pasir gurun yang berwarna keemasan akan menyediakan pengalaman pertama seumpamanya kepada para pemain ski melalui gabungan persekitaran yang pelbagai ini dengan detik-detik yang menyeronokkan dan mencabar.

Destinasi pelancongan sepanjang tahun yang baharu ini akan terdiri daripada satu siri kemudahan seperti perkampungan ski, pusat peranginan kesejahteraan dan keluarga yang amat mewah, pelbagai rangkaian kedai dan restoran selain daripada aktiviti sukan yang merangkumi cerun ski, sukan air dan basikal gunung serta rizab alam semula jadi interaktif. Projek tersebut dijadualkan bakal disiapkan menjelang tahun 2026.

Demi memperkayakan kehidupan dan meningkatkan kesejahteraan para penghuni dan pelawat, pembangunannya yang mengikut piawaian antarabangsa akan menampilkan sukan, seni, muzik, festival kebudayaan dan pelbagai aktiviti rekreasi. TROJENA menjangka akan menarik lebih 700,000 orang pengunjung dan 7,000 orang penghuni untuk mendiami TROJENA dan daerah kediaman bersebelahan dengannya menjelang tahun 2030. Kesemua aktiviti pembinaan akan mematuhi prinsip alam sekitar NEOM yang ketat yang merangkumi komitmen untuk meminimumkan gangguan kepada ekologi tempatan serta memastikan kelestarian jangka panjang.

TROJENA akan bertindak sebagai pemangkin utama untuk pertumbuhan dan kepelbagaian ekonomi di Arab Saudi. Sejajar dengan matlamat Wawasan 2030, ia akan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan dan meningkatkan KDNK Kerajaan Arab Saudi sebanyak SAR 3 bilion menjelang tahun 2030. Pembangunan terkini NEOM adalah penting dalam mencapai segala matlamat Arab Saudi untuk masa depan Kerajaan dengan memperkenalkan sektor baharu, membina masyarakat bertenaga yang penuh dengan inovasi dan menggalakkan kemakmuran ekonomi.

TROJENA berusaha untuk menyediakan model pelancongan yang berbeza dan unik melalui gabungan pembangunan ekonomi dan komuniti serta kelestarian alam sekitar – sebuah model yang membangunkan destinasi pelancongan mengikut prinsip dan amalan pelancongan lestari. Kemuncak pembangunan ini merangkumi perkampungan ski sepanjang tahun; sebuah tasik air tawar buatan manusia yang menakjubkan; Hotel 'The Bow', sebuah karya agung seni bina yang akan menawarkan pengalaman hotel yang tiada tandingan; dan Vault iaitu sebuah perkampungan menegak di dalam kawasan pergunungan yang memiliki gabungan kemudahan hospitaliti, hiburan dan teknologi yang menjadi pintu masuk utama ke TROJENA. Pembangunan ini juga akan mempunyai 'Slope Residences' yang terletak berhampiran dengan cerun ski yang menghadap ke tasik tersebut dan direka untuk berpadu dengan landskap di sekitarnya serta rumah agam mewah dengan pemandangan panoramik yang direka untuk mencerminkan keindahan alam sekitar.

TROJENA akan terdiri daripada enam daerah: Gateway, Discover, Valley, Explore, Relax dan Fun dengan kesemuanya direka untuk menawarkan aktiviti yang memenuhi pelbagai citarasa dan keperluan. Ia akan dibangunkan mengikut spesifikasi seni bina yang mempertimbangkan kelestarian alam sekitar, pemeliharaan semua organisma hidup dan alam semula jadi. Kawasan tersebut bercirikan udara bersih, landskap yang indah dan kepelbagaian iklim dengan suhu yang turun ke bawah sifar pada musim sejuk, manakala suhu purata sepanjang tahun kekal 10 darjah Celsius lebih rendah daripada bandar-bandar lain di seluruh rantau ini.

TROJENA terletak di tengah-tengah NEOM, 50 kilometer dari pantai Teluk Aqaba, di wilayah yang bercirikan banjaran gunung dengan puncak tertinggi di Arab Saudi yang berketinggian kira-kira 2,600 meter di atas aras laut. TROJENA berhasrat untuk mengubah persepsi semasa para pelawat dan penghuni tentang perkhidmatan yang boleh disediakan oleh pusat peranginan gunung melalui reka bentuk yang luar biasa, seni bina termaju dan teknologi yang menyepadukan realiti dengan dunia maya.

Pada tahun 2022, NEOM akan mengumumkan lebih banyak projek dengan idea yang berbeza tetapi kesemuanya akan sejajar dengan rasa hormat mereka terhadap alam sekitar dan mencapai keseimbangan kerana wawasan NEOM yang bercita-cita tinggi berusaha untuk membentuk masa depan yang menyepadukan kehidupan dan pekerjaan secara lestari.

Tentang NEOM  

NEOM ialah pemacu perkembangan manusia dan sebuah wawasan tentang gambaran Masa Depan Baharu. Ia merupakan sebuah rantau yang terletak di Laut Merah, barat laut Arab Saudi yang dibangunkan dari awal sebagai sebuah makmal hidup – sebuah kawasan perusahaan yang mencorakkan perjalanan Masa Depan Baharu. Ia akan menjadi sebuah destinasi dan tempat tinggal bagi mereka yang bercita-cita tinggi dan ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan model kediaman baharu yang menakjubkan, menubuhkan syarikat-syarikat yang berkembang maju dan memperbaharui pemuliharaan alam sekitar.

NEOM akan merangkumi pekan dan bandar, pelabuhan dan zon perusahaan, pusat penyelidikan, lokasi sukan dan hiburan serta destinasi pelancongan yang sangat terhubung dan kognitif. Sebagai sebuah hab inovasi, usahawan, pemimpin perniagaan dan syarikat akan datang untuk melakukan penyelidikan, inkubasi dan mengkomersialkan teknologi dan perusahaan baharu dengan kaedah yang menakjubkan. Penduduk NEOM akan merangkum etos antarabangsa dan menerapkan budaya penerokaan, pengambilan risiko dan kepelbagaian – semuanya disokong oleh undang-undang progresif yang serasi dengan norma antarabangsa dan kondusif bagi pertumbuhan ekonomi. 

Bahan ini diedarkan oleh Teneo Strategy LLC bagi pihak Syarikat NEOM. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Kehakiman, Washington, DC. 

Kit akhbar: https://we.tl/t-88UeaEk1TJ

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1758995/NEOM_TROJENA.jpg?p=medium600

Untuk maklumat lanjut, sila e-mel kepada media@neom.com atau kunjungi www.neom.com  dan www.neom.com/en-us/newsroom.

 

 

 

Source: NEOM
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Environmental Products & Services Sports Travel Economic news, trends, analysis New products/services Outdoors/Camping/Hiking