omniture

Penjual semula pakaian dan fesyen kitar semula Estonia menyokong UPTY untuk Memuktamadkan Pusingan Pelaburan Prapermulaan

UPTY
2022-03-07 08:27 24

TALLINN, Estonia, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- UPTY ialah syarikat pertama di Estonia yang membolehkan pengguna memperoleh semula nilai pakaian yang tidak lagi mereka gunakan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan matlamat utamanya untuk mengurangkan penggunaan dan kesan fesyen pantas terhadap alam sekitar. UPTY baru sahaja melengkapkan pusingan pembiayaan prapermulaan dan telah memperoleh €650,000 serta memulakan pusingan pelaburan baharu dengan sasaran sebanyak €3 juta untuk membantu syarikat berkembang di peringkat antarabangsa dan membawakan tawaran hebat UPTY ke seluruh dunia.

UPTY ialah sebuah pasaran yang berpangkalan di Estonia yang menawarkan item pakaian terpakai seperti baju, beg dan kasut. Sejak pelancarannya, platform ini telah berkembang dan dibangunkan dengan mengutamakan kelestarian.

Misi UPTY 

Misi Pengasas Bersama, Valentin Savchenko dengan UPTY bukan sahaja untuk membantu menyelamatkan planet ini malah untuk menyelamatkan satu lagi sumber masa yang tidak dapat diganti. Savchenko berkata: "Masa yang diluangkan oleh seseorang yang melihat ke dalam almari pakaiannya yang penuh dan ingin melupuskan item tersebut dengan selamat demi planet ini dan kehidupannya. Mari kita berikan mereka peluang ini. Lebih baik jika dilakukan bersama-sama!" UPTY dibangunkan supaya para penjual mempunyai seberapa banyak masa lapang yang mungkin.

Dengan 3 langkah mudah, pengguna boleh menjual pada UPTY:

1.  Memesan Clean Out Bag UPTY percuma

2.  Meletakkan kesemua pakaian yang tidak diperlukan ke dalam beg tersebut

3.  Menghantar semula beg ini ke UPTY melalui mesin bungkusan

Sebaik sahaja beg tersebut diterima, pakaian akan melalui proses kawalan kualiti. Semua item yang diterima akan diukur, diletakkan harga, diambil gambar, disenaraikan dan dihantar. Sekiranya terjual, penjual akan menerima sedikit imbuhan sebanyak beberapa peratus daripada senarai harga.

Memerangi fesyen pantas
Hari ini, industri tekstil merupakan industri kedua yang paling mencemarkan dunia, selepas industri minyak. UPTY bermatlamat untuk memberi sumbangan yang signifikan dalam usaha mengurangkan pencemaran ini menggunakan tiga R sebagai panduan: Kurangkan, Guna Semula dan Kitar Semula (Reduce, Reuse, Recycle).

Tentang UPTY 

Syarikat penjual semula pakaian Estonia ini telah ditubuhkan pada tahun 2020 dengan matlamat utamanya untuk mengurangkan penggunaan dan kesan fesyen pantas terhadap alam sekitar. UPTY merancang untuk mengembangkan fesyen pada masa hadapan dan "mengitar semula" sebanyak mungkin barangan di seluruh dunia.


UPTY pada masa ini beroperasi di Estonia, Latvia, Lithuania dan Finland. Pada tahun ini, UPTY telah mula memasuki pasaran Jerman dan mempunyai rancangan pengembangan selanjutnya antara tahun 2022-2023 di Perancis, Itali, Sepanyol, Poland, Republik Czech, Belanda, Sweden dan Norway.

http://upty.ee 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1760079/UPTY_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: UPTY
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Textiles Conservation/Recycling Corporate Expansion Financing agreements