omniture

HONOR TETAPKAN WAWASAN UNTUK MENGGANDAKAN JUALAN GLOBAL DALAM TAHUN 2022, MENGESAHKAN SEMULA TUMPUAN SYARIKAT TERHADAP PASARAN UTAMA DENGAN STRATEGI PENGHAPUS MASALAH

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR menggariskan rancangannya untuk memberi tumpuan kepada usaha untuk menyampaikan inovasi baharu dan pengalaman pengguna untuk pengguna di pasaran global utama
HONOR
2022-03-07 11:48 203

SHENZHEN, China, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sebagai jenama teknologi global yang telah meraih kebebasannya dalam tahun 2020, HONOR didefinisikan oleh semangatnya untuk mencabar penanda aras industri dan membangunkan penyelesaian yang menyelesaikan masalah pengguna. Bermula dengan mantap pada tahun 2022, HONOR mengumumkan HONOR Magic V, telefon pintar[1] lipat dalam ternipis di dunia sebagai bukti kepada keupayaan R&D dan pengeluarannya. Mengekalkan momentum, HONOR mengumumkan rangkaian luas produk di MWC 2022, yang termasuk HONOR Magic4 Series, HONOR Watch GS 3 dan HONOR Earbuds 3 Pro, yang berfungsi sebagai satu lagi bukti komitmennya untuk membawakan inovasi kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia. Dalam temubual baru-baru ini, George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd., menyatakan keyakinan terhadap prestasi syarikat, menjangkakan jumlah jualan global tahunan meningkat dua kali ganda dalam tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao memperkenalkan HONOR Magic4 Series serba baharu
Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao memperkenalkan HONOR Magic4 Series serba baharu

 

[1] Seperti di pelancaran HONOR Magic V.  

Zhao mengaitkan kejayaan berterusan HONOR kepada sikap "HONOR Pasti Boleh" yang dijelmakan oleh kakitangan dan inovasi terkemuka syarikat. Zhao berkata ketabahan dan ketahanan kakitangan memberanikan mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menolak sempadan. Sebaliknya, dengan mengambil pemilikan proses pengeluaran, HONOR dapat memastikan kualiti tinggi produknya dan disediakan dengan ketangkasan untuk mengikuti langkah inovasi.

Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Counterpoint Research bulan lalu, Honor adalah pengeluar telefon pintar kedua terbesar dalam pasaran Cina setakat Suku Keempat 2021. "Kami mengalami pertumbuhan yang luar biasa, dan produk baharu yang baru kami umumkan semasa MWC 2022 akan melonjakkan lagi jenama ke hadapan untuk mencapai khalayak yang lebih luas," komen Zhao.

"Hari ini, kami mempunyai lebih banyak ruang untuk membangunkan strategi dan mencipta jenama global kami sendiri," kata Zhao. Untuk mengekalkan pertumbuhan yang stabil yang berlatarbelakangkan cabaran seluruh industri seperti kekurangan cip global, HONOR akan memberi tumpuan kepada pasaran antarabangsa utama di mana kami telah membina asas yang kuat dengan pangkalan peminat dan kesedaran jenama yang kuat. Buat masa ini, HONOR bekerjasama dengan lebih 200 pengangkut dan rakan kongsi saluran utama, 98 daripadanya berada di Eropah, termasuk Vodafone, Orange, Telefonica, H3G, Bouygues dan SFR. Memanfaatkan Kerjasama ini, HONOR mengedarkan produknya pada skala global. Di samping menawarkan HONOR 50 kepada pelanggan di 49 negara, HONOR merancang untuk membawakan lebih banyak produk HONOR ke seluruh dunia pada tahun ini, termasuk HONOR Magic Series, HONOR N Series dan HONOR X Series.

Inovasi adalah keutamaan HONOR. Dalam kalangan lebih daripada 11,000 tenaga kerja di HONOR pada masa ini, lebih daripada 55% daripada mereka adalah kakitangan R&D, menyumbang kepada pertumbuhan teknologi berterusan syarikat. Untuk itu, HONOR juga mengendalikan enam pusat R&D, termasuk satu di Perancis dan satu di Jepun, serta lebih 100 makmal inovasi.

Latar Belakang HONOR  

HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia berdedikasi untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada R&D, ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan rangkaian telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan boleh dipercayai membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR dalam talian di  www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com
http://community.hihonor.com/  
https://www.facebook.com/honorglobal/  
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/  
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial  

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news