omniture

LG Energy Solution memperoleh lesen daripada CAMX Power bagi platform bahan katod lanjutan GEMX® untuk bateri Ion Litium

CAMX Power
2022-03-07 16:43 20

LEXINGTON, Massachusetts, 7 Mac 2022 /PRNewswire/ -- LG Energy Solution Ltd. (LGES; KRX: 373220) dan CAMX Power LLC (CAMX) mengumumkan bahawa LGES telah memperoleh lesen di bawah harta intelektual CAMX yang berkaitan dengan platform GEMX® untuk bahan katod berkuasa tinggi dan bertenaga tinggi berasaskan nikel untuk digunakan dalam bateri ion litium terutamanya untuk kegunaan kenderaan elektrik (EV).

Platform GEMX ini berdasarkan penciptaan asas CAMX yang telah diberi paten utama di seluruh dunia termasuk di AS, EU, Korea, Jepun dan China. Penciptaan GEMX melalui kejuruteraan molekul meletakkan Kobalt, Aluminium dan lain-lain di tempat kritikal zarah katod yang menyebabkan pengurangan penggunaan Kobalt namun mempunyai kestabilan dan prestasi yang lebih tinggi serta kos yang lebih rendah untuk semua kelas bahan nikel tinggi. GEMX membolehkan kelas bahan katod yang luas dengan mempertingkatkan kimia nikel tinggi NMC, NCA, NMCA dan LNO yang kini digunakan dan dijangka akan digunakan dalam tempoh sepuluh tahun akan datang atau lebih, dalam bateri ion litium untuk EV. Produk terbitannya telah dijenamakan sebagai gNMC™, gNMCA™, gNCA™ dan gLNO™.

"LG Energy Solution yang merupakan anak syarikat LG Chem yang ditubuhkan baru-baru ini merupakan syarikat utama, sekiranya bukan yang utama tetapi sebagai pembekal bateri ion litium di seluruh dunia. CAMX berbesar hati kerana LGES yang kini merupakan pembekal bebas sel dan bateri yang utama dan bersifat transformasi ini telah menambah platform GEMX dan khususnya produk terbitan gNMCA kepada barisan pilihan bahan katodnya untuk digunakan dalam tawaran mereka terutamanya untuk kegunaan EV," kata Dr. Sahin, Pengasas/Presiden CAMX sebagai kesimpulan, "Daripada mencuba pengeluaran sendiri tetapi memilih untuk menjalin kerjasama dengan syarikat terkemuka dan mapan seperti LGES, CAMX dapat melihat ciptaannya ke pasaran dengan pantas dan lebih meluas untuk manfaat masyarakat terutamanya dalam EV yang mempunyai kesedaran dan bermanfaat terhadap alam sekitar yang bersedia untuk mendominasi bidang pengangkutan dan menjadi sebuah industri bernilai berbilang trilion dolar. Tidak dinafikan, LGES merupakan salah sebuah syarikat transformasi utama dalam bidang ini, melalui gabungan GEMX dengan pilihan katod yang lain akan membantu menjadikan EV lebih baik dengan harga lebih mampu milik dan mempunyai julat pemanduan yang lebih jauh untuk manfaat yang lebih besar kepada pengguna dan alam sekitar."

Tentang LG Energy Solution
LG Energy Solution (KRX: 373220) ialah sebuah syarikat peneraju global yang menyampaikan bateri ion litium canggih untuk Kenderaan Elektrik (EV), aplikasi Mobiliti & IT serta Sistem Penyimpanan Tenaga (ESS). Dengan pengalaman selama 30 tahun dalam teknologi bateri canggih, ia terus berkembang pesat ke arah merealisasikan kehidupan lestari. Melalui rangkaian globalnya yang kukuh yang merangkumi AS, Eropah, Asia dan Australia, LG Energy Solution kini lebih komited untuk membangunkan teknologi inovatif yang akan membawa tenaga masa depan selangkah lebih dekat. Melalui visi ESG syarikat "We CHARGE toward a better future" (Kami BERGERAK ke arah masa depan yang lebih baik) LG Energy Solution sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengutamakan alam sekitar, memenuhi tanggungjawab sosial dan membentuk masa depan yang lestari. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.lgensol.com.

Tentang CAMX Power 
CAMX Power LLC, beribu pejabat berhampiran Boston, Massachusetts, merupakan salah sebuah entiti reka bentuk dan bahan bateri ion litium bebas yang terbesar di A.S.

Kami mematangkan teknologi peringkat awal agar menjadi nyahrisiko, dilindungi IP dan dipertingkatkan atau sedia ditingkatkan; kemudian melesenkannya, dengan pemindahan teknologi mendalam kepada rakan kongsi pembuatan yang besar untuk mengembangkannya, membuat, telah membuat dan menjual, mencapai kesan yang lebih besar dan lebih pantas untuk kebaikan masyarakat dan alam sekitar.

GEMX dan tawarannya sebelum ini, CAM-7® merupakan kemuncak pembangunan selama dua dekad dengan pelaburan bernilai hampir $200 juta. CAM-7 telah dilesenkan oleh BASF pada tahun 2016. Pada tahun 2020, GEMX telah dilesenkan oleh Samsung yang kini mempraktikkannya secara meluas. GEMX sebagai sebuah platform yang meningkatkan kesemua katod berasaskan nikel yang sekaligus meningkatkan dengan ketara tawaran penyimpanan tenaga emobility™ dan eportability™ oleh pembuat sel dan bahan utama.

CAMX mengendalikan kemudahan sintesis bahan bateri ion litium, sebuah kilang rintis pengeluaran katod yang khusus pembangunan dan kemudahan pembuatan sel canggih yang khusus reka bentuk.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.camxpower.com

Tentang Dr. Kenan E. Sahin
Dr. Kenan E. Sahin, Pengasas/Presiden CAMX dan juga Pengasas/Pengerusi TIAX LLC yang menubuhkan CAMX sebagai anak syarikatnya pada tahun 2014. Sebelum ini, beliau telah mengasaskan Kenan Systems yang telah berkembang kepada 1,000 orang kakitangan di enam buah negara dengan tawaran utamanya, Arbor/BP sebagai platform pengebilan telekomunikasi. Pada tahun 1999, beliau telah menjual Kenan Systems kepada Lucent/Bell Labs dan memegang jawatan sebagai Naib Presiden Teknologi Bell Labs dan kembali ke Boston pada tahun 2001 untuk menubuhkan TIAX.  Lucent menamakan semula Arbor/BP sebagai Kenan/BP yang kemudiannya telah dijual dan platform tersebut (pada asalnya berdasarkan AI dan Data Raya) kini memproses lebih satu bilion pelanggan telekomunikasi di seluruh dunia serta merupakan yang terbesar seumpamanya setakat ini. 

Dr. Sahin telah mengasas dan mengembangkan ketiga-tiga buah syarikat tersebut menggunakan dana sendiri, Kenan Systems telah ditubuhkan dengan hanya bermodalkan $1,000. Beliau berkhidmat hanya sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi entiti bukan berasaskan keuntungan termasuk Ahli Lembaga Pengarah MIT sebagai ahli emeritus seumur hidup dan sebelum ini sebagai Ahli Lembaga Pengarah Argonne National Laboratories. Beliau terus berkhidmat dalam pelbagai Ahli Lembaga Pengarah bukan berasaskan keuntungan seperti Boston Symphony Orchestra. Ciptaan teknologi, paten dan sumbangan beliau meliputi pelbagai bidang. Sebelum ini beliau ialah seorang ahli akademik di MIT, Harvard dan University of Massachusetts di Amherst. Beliau juga merupakan penerima pelbagai anugerah termasuk Pingat Kehormatan Pulau Ellis (Ellis Island Medal) yang diiktiraf kongres.

Pertanyaan media 

LG Energy Solution
Sally Seung Yeon Lee
Pasukan Komunikasi Global / LG Energy Solution
lsyciel@lgensol.com
+82 2 3773 6571

Ashlee Semin Shin
Pasukan Komunikasi Global / LG Energy Solution 
ashin0@lgensol.com
+82 2 3773 4381

CAMX Power
Terry Lundstrom
Lundstrom.Terry@camxpower.com 
+1 978 484 5000

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/779998/CAMX_Power_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: CAMX Power
Related Stocks:
Korea:373220
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Licensing/marketing agreements