omniture

Terran Biosciences dan University of Maryland, Baltimore mengumumkan perjanjian pelesenan eksklusif untuk sebuah portfolio paten dan data yang menyokong inovasi baharu dalam bidang terapeutik psikedelik

Terran Biosciences, Inc.
2022-03-08 23:15 43

NEW YORK, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Terran Biosciences, Inc. ("Terran") telah memeterai sebuah perjanjian dengan University of Maryland, Baltimore ("UMB") untuk lesen eksklusif di seluruh dunia bagi membangun dan mengkomersialkan portfolio paten dan data UMB dalam menyokong pendekatan baharu terhadap rawatan penyakit neurologi dan psikiatrik menggunakan terapeutik psikedelik.

Melalui perjanjian ini, Terran mengembangkan lagi perancangannya yang luas dalam teknologi dan terapeutik CNS peringkat klinikal yang berpotensi. Data dan harta intelektual ini juga akan melengkapkan portfolio semasa Terran yang mengandungi lebih 150 paten meliputi sebatian dan penggunaan baharu dalam bidang terapeutik psikedelik.

"Kami amat teruja dengan penemuan ini di UMB yang merupakan antara yang paling inovatif yang pernah kami lihat dalam perubatan psikedelik," ulas Dr. Sam Clark, Ketua Pegawai Eksekutif Terran, "Data ini mewakili penemuan penting dalam pemahaman tentang cara psikedelik bertindak pada otak. Kami berharap dapat memajukan aset-aset ini bagi membantu para pesakit yang menghidap penyakit neuropsikiatrik yang teruk."

Tentang Terran Biosciences, Inc.

Terran ialah sebuah syarikat platform bioteknologi yang membangunkan portfolio terapeutik dan teknologi untuk para pesakit yang menghidap penyakit neurologi dan psikiatrik. Terran yang dibiayai oleh beberapa pelabur sains hayat dan teknologi, telah membangunkan sebuah platform pembangunan ubat-ubatan didayakan teknologi yang berfokuskan CNS serta sedang memajukan sejumlah aset peringkat akhir yang merangkumi terapeutik berasaskan psikedelik baharu dengan pantas.

Hubungan Terran:

Dustin Tetzl, MD
Ketua Pegawai Perniagaan
Terran Biosciences, Inc.
info@terranbiosciences.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1758607/terran_biosciences_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Terran Biosciences, Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Licensing/marketing agreements