omniture

Häagen-Dazs meraikan Hari Wanita Antarabangsa di seluruh pasaran global dengan memberikan tumpuan kepada slogan "Women Who Don't Hold Back"

Häagen-Dazs
2022-03-09 04:20 27
  • Häagen-Dazs membawakan kempen Hari Wanita Antarabangsa dengan jayanya ke China, Perancis, Hong Kong, Kerajaan Arab Saudi, Kuwait, Mexico, Panama, Puerto Rico, Qatar, Sepanyol, Taiwan dan UAE.
  • 24 perintis berkongsi tentang perjalanan mereka yang penuh inspirasi sebagai sebahagian daripada usaha jenama tersebut untuk meninggikan martabat kaum wanita serta menyerlahkan pencapaian mereka.

LONDON, 8 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Dengan hasrat untuk mengembangkan kejayaan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2021 yang dimulakan di UAE, kempen Häagen-Dazs #WomenWhoDontHoldBack bagi tahun 2022 ini disambut secara global yang merangkumi 12 buah negara, bagi menghargai pencapaian kaum wanita yang tidak pernah berputus asa dan terus merealisasikan impian mereka. Sejak tahun 1960, aiskrim Häagen-Dazs tidak pernah berputus asa dan pada tahun ini jenama tersebut meraikan 24 orang perintis yang mempunyai kisah-kisah tersendiri yang penuh inspirasi.

Expanding beyond the successful celebration started in the UAE for International Women’s Day in 2021, this year’s Häagen-Dazs #WomenWhoDontHoldBack campaign of 2022 has snowballed into a global tribute spanning 12 countries, honoring the achievements of women who have not held back and realized their dreams. Since 1960, Häagen-Dazs ice cream hasn’t held back and this year, the brand champions 24 international trailblazers who are pioneers with motivating stories that need to be celebrated.
Expanding beyond the successful celebration started in the UAE for International Women’s Day in 2021, this year’s Häagen-Dazs #WomenWhoDontHoldBack campaign of 2022 has snowballed into a global tribute spanning 12 countries, honoring the achievements of women who have not held back and realized their dreams. Since 1960, Häagen-Dazs ice cream hasn’t held back and this year, the brand champions 24 international trailblazers who are pioneers with motivating stories that need to be celebrated.

"Don't Hold Back" ialah konsep utama jenama - suatu inspirasi buat orang ramai di seluruh dunia dalam menikmati kehidupan sepenuhnya, ia merupakan suatu kepercayaan yang diterapkan oleh pengasasnya Rueben dan Rose Mattus yang merevolusikan aiskrim menggunakan bahan terbaik dalam produknya.

Kisah-kisah yang diraikan pada tahun ini termasuklah seorang pelopor berbangsa Cina yang mengasaskan platform media yang menyuarakan pendapat dan menyokong kaum wanita, seorang pelayan bar warga Perancis yang mencabar stereotaip demi pekerjaan impiannya, seorang mekanik wanita pertama di UAE yang merintis jalan di dalam industri yang didominasi lelaki, dan seorang model wanita pertama penghidap Sindrom Down yang mengingkari stereotaip dengan bergambar untuk Victoria's Model (sambil turut memulakan barisan produk aksesorinya sendiri) yang berasal dari Puerto Rico.

"Kami percaya bahawa dunia perlu mendengar tentang kisah wanita-wanita yang luar biasa ini, yang berasal dari pelbagai lapisan masyarakat, mengatasi halangan yang dihadapi, mengubah cabaran kepada kemenangan, melangkah keluar dari zon selesa mereka dan menjadi satu perlambangan fizikal yang mewakili kempen 'Don't Hold Back' kami," kata Michelle Odland, Pengarah Jenama Global Häagen-Dazs.

Odland berkata lagi: "Wanita-wanita ikonik seperti inilah yang telah memberi impak secara peribadi kepada wanita di seluruh dunia termasuklah diri saya sendiri, mendayakan dan memberi inspirasi kepada kita untuk mengejar impian dan meleraikan halangan demi mencapai kejayaan bersama-sama. Menerapkan konsep global tersebut ke dalam sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini menjadi bukti kepercayaan utama kami tentang kepentingan memartabatkan dan memberi inspirasi kepada wanita di seluruh dunia."

'Women Who Don't Hold Back' diraikan oleh Häagen-Dazs pada tahun ini dengan menamakan semula perisa ikoniknya, menggalakkan para wanita untuk saling menghargai pencapaian masing-masing serta memberikan aiskrim percuma.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kisah-kisah yang memberi inspirasi ini, ikuti #WomenWhoDontHoldBack.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1761144/Haagen_Dazs_WomenWhoDontHoldBack.jpg?p=medium600

 

 

Source: Häagen-Dazs
Keywords: Entertainment Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Retail Women-related news