omniture

AI Rudder Kumpul US$50 Juta dalam Pendanaan Siri B Dorong Pertumbuhan dan Pengembangan Antarabangsa

Syarikat pemula AI Suara berpangkalan di Singapura memperoleh dana tambahan beberapa bulan selepas pusingan Siri A untuk mengekalkan pertumbuhan global
AI Rudder
2022-03-09 08:00 138

SINGAPURA, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- AI Rudder, syarikat pemula kecerdasan buatan suara yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menutup pusingan pendanaan Siri B bernilai US$50 juta, membawakan jumlah dana dalam 12 bulan yang lalu kepada US$60 juta. Pelabur-pelabur baharu Tiger Global, Coatue, Cathay Innovation, First Plus dan VenturesLab mengambil bahagian dan disertai oleh pelabur-pelabur terdahulu iaitu Sequoia Capital India dan Huashan Capital.

Pasukan Kepimpinan Eksekutif AI Rudder
Pasukan Kepimpinan Eksekutif AI Rudder

Ditubuhkan pada tahun 2019, AI Rudder membangunkan teknologi AI suara yang canggih untuk membantu perniagaan menyelesaikan cabaran komunikasi B2C merentas industri-industri yang berbeza termasuk perbankan dan kewangan, teknologi kewangan, insurans dan e-dagang. Hari ini, lebih daripada 200 syarikat di serata dunia menggunakan platformnya untuk meningkatkan pengalaman pelanggan mereka dengan menambah ejen manusia dengan pembantu suara AI untuk memaksimumkan keuntungan, kecekapan dan kebolehskalaan.

"Kemajuan dalam teknologi pembelajaran mesin dan mendalam membuka kemungkinan baharu untuk AI Suara agar menjadi lebih seakan-akan manusia. Kemasukan modal yang baharu ini akan menyokong peningkatan yang berterusan kepada rangkaian produk kami, membolehkan pelanggan kami menyampaikan pengalaman digital yang lebih lancar kepada pelanggan mereka. Keberadaan teknologi dan SaaS membolehkan kami memberi impak kepada perniagaan merentas benua – di negara-negara seperti Mexico, Kenya, Australia dan selanjutnya. Kami teruja untuk menerajui fasa pertumbuhan yang seterusnya ini ke wilayah dan industri baharu untuk meningkatkan pengalaman pelanggan omnisaluran buat pelanggan kami," kata Kun Wu, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan, AI Rudder.

Permintaan global terhadap khidmat pelanggan responsif yang dibawa oleh pandemik ini telah melonjakkan pertumbuhan untuk syarikat ini. Sepanjang tahun lalu, AI Rudder mengalami lonjakan pertumbuhan, dengan peningkatan hasil sebanyak 400% berbanding tahun sebelumnya yang mengagumkan. Di samping itu, Hasil Berulang Tahunan (ARR) syarikat ini turut meningkat tiga kali ganda pada tahun 2021 ekoran senarai pelanggan yang semakin bertambah.

"Kami telah berusaha untuk melabur dalam syarikat-syarikat menggunakan AI untuk memperbaharui pengalaman pelanggan. Melalui pendekatan pertama globalnya dan TAM yang berkembang pesat, kedudukan AI Rudder dalam pasaran AI perbualan global yang berkembang pesat benar-benar menepati andaian kami," kata Nicolas du Cray, Rakan Kongsi, Cathay Innovation.  "Sebaik sahaja kami mendapati bahawa beberapa syarikat portfolio kami banyak bergantung kepada teknologi mereka untuk membawakan pengalaman pelanggan yang mengubah keadaan – kami perlu menyokong syarikat ini. Kami amat bertuah kerana berpeluang untuk membantu AI Rudder ketika mereka merevolusikan pengalaman pelanggan untuk jenama-jenama dunia."

Bagi memperhebatkan fasa pertumbuhan seterusnya ini, syarikat ini akan menggunakan hasil daripada pusingan pelaburan ini untuk menggandakan bilangan kakitangannya, mengupayakan penciptaan pekerjaan untuk peranan yang amat khusus dan sofistikated dalam teknologi di seluruh rantau ini. Dana baharu ini juga akan digunakan untuk membina pertumbuhan kukuh syarikat ini termasuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan dan mengukuhkan kehadiran globalnya. Ketika ini, platform ini menyokong lebih daripada 15 bahasa termasuk bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Hindi, bahasa Sepanyol, bahasa Tagalog, bahasa Tamil, bahasa Thai, bahasa Vietnam dan rancangan turut dibuat untuk menambah bahasa Arab, bahasa Kantonis, bahasa Perancis, bahasa Jerman, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa Portugis untuk menyokong syarikat-syarikat multinasional dengan lebih baik.

Latar Belakang AI Rudder

AI Rudder memperkasa komunikasi suara pelanggan dengan generasi baharu teknologi bagi membina hubungan yang lebih kukuh antara syarikat dan pelanggan mereka. Menggunakan automasi berpandukan AI untuk meningkatkan Pengalaman Pelanggan, AI Rudder membantu syarikat-syarikat di serata dunia menambah baik skala, kelajuan dan kualiti interaksi pelanggan mereka dan mendorong kepuasan pengguna. Beribu pejabat di Singapura, AI Rudder juga mempunyai pejabat di Shanghai dan Jakarta

 

 

Source: AI Rudder
Keywords: Banking/Financial Service Venture Capital