omniture

ART DUBAI MEMBUKA EDISINYA YANG TERBESAR SETAKAT INI

Art Dubai
2022-03-09 15:00 20

DUBAI, UAE, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Art Dubai, sebuah platform global terkemuka untuk para penggiat seni dan artis dari Timur Tengah dan negara-negara Dunia Ketiga, akan kembali ke Madinat Jumeirah Dubai dari 11 hingga 13 Mac 2022 (pratonton pada 9 dan 10 Mac).

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia tentangnya, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/9023251-art-dubai-opens-largest-edition-to-date-today-wednesday-9-march/.

Art Dubai 2022 menampilkan lebih 100 buah galeri Kontemporari dan Moden dari lebih 40 buah negara di empat bahagian galeri utama: Kontemporari, Moden, Bawwaba dan Art Dubai Digital. Program ini merangkumi satu siri misi tempahan baharu yang bercita-cita tinggi oleh para artis terkenal antarabangsa; pameran kumpulan yang menakjubkan serta program pendidikan dan bual bicara bertaraf dunia.

Art Dubai edisi ke-15 ini akan menjadi sebuah pameran yang paling bercita-cita tinggi dan meluas setakat ini dan mengukuhkan lagi kemunculan Dubai sebagai hab seni dan budaya antarabangsa serta penyumbang utama dalam perbualan global tentang seni kontemporari.

Art Dubai 2022 merangkumi lebih 30 para peserta kali pertama dan lebih 50% daripada program galerinya dihasilkan dari negara-negara Dunia Ketiga, mengesahkan kedudukan pameran ini sebagai pasaran dan titik pertemuan terkemuka untuk para penggiat seni dan artis dari rantau ini. Apa yang baharu untuk tahun 2022 ini ialah kemunculan sulung Art Dubai Digital yang menyediakan pengenalan yang baharu sepenuhnya terhadap landskap yang berkembang pesat ini, mengkaji konteks tentang NFT, mata wang kripto, seni video dan realiti maya (VR) yang telah berkembang sejak kebangkitan seni digital pada tahun 1980-an.

Art Dubai dianjurkan di bawah naungan Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden merangkap Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai. Art Dubai dianjurkan melalui kerjasama dengan A.R.M. Holding. Rakan kongsi utama bagi pameran ini ialah Swiss Wealth Management Group Julius Baer. Pihak Berkuasa Kebudayaan & Kesenian Dubai (Dubai Culture) ialah rakan strategik pameran ini. Bybit ialah rakan kongsi utama Art Dubai Digital.

Lihat senarai galeri yang mengambil bahagian dalam Art Dubai 2022 di sini.

Pengarah Seni Art Dubai, Pablo del Val mengulas: 

"Selama 15 tahun, Art Dubai telah menjadi tempat untuk meneroka dan meraikan trend baharu, mewujudkan dan memudahkan perbualan serta menunjukkan kekuatan output kreatif di seluruh dunia. Programnya yang begitu banyak dihasilkan dari negara-negara Dunia Ketiga menyerlahkan peningkatan minat dan keinginan untuk mengumpul hasil seni yang bukan dari Barat, pengukuhan acara pameran galeri di luar pusat tradisional bagi dunia seni dan peranan yang dimainkan oleh Art Dubai sebagai pameran kesenian yang benar-benar global." 

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1760955/Art_Dubai.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1760932/Art_Dubai_Athr_Gallery.jpg?p=medium600

Hubungan: 
press@artdubai.ae 

 

 

 

Athr Gallery - Courtesy of Art Dubai
Athr Gallery - Courtesy of Art Dubai

 

 

Source: Art Dubai
Keywords: Art Entertainment Broadcast feed announcements MultiVu Photo MultiVu Video Trade show news Future Events