omniture

Sojern dan Oaky Bekerjasama untuk Membantu Pengusaha Hotel Memacu Tempahan Secara Terus dan Hasil Pendapatan

Sojern
2022-03-09 19:00 11

SAN FRANCISCO, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sojern, sebuah platform pemasaran digital yang dibina untuk pemasar pelancongan dan Oaky, sebuah penyelesaian kenaikan penjualan automatik untuk hotel yang terkemuka di pasaran, hari ini mengumumkan kerjasama baharu untuk membantu hotel di seluruh dunia memacu tempahan secara terus.

"Sojern komited membantu para pelanggan kami bukan sahaja untuk mencapai penghunian maksimum melalui sasaran pemasaran digital, tetapi juga bekerjasama dengan rakan kongsi yang tepat. Hubungan kami dengan Oaky akan memaksimumkan peluang pendapatan bagi setiap tempahan dengan cadangan kenaikan penjualan dan jualan silang mereka yang terkemuka di pasaran. Kami bersama-sama memberi tumpuan kepada memacu nilai untuk saluran terus sesebuah hotel," kata Josh Beckwith, Pengarah Urusan Akaun Strategik Global Sojern.

Organisasi-organisasi ini telah bergabung tenaga untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing. Sojern boleh menarik trafik yang berkelayakan dan mempengaruhi para pelancong untuk menempah secara terus di laman web hotel. Enjin kenaikan penjualan automatik yang begitu diperibadikan oleh Oaky membantu hotel memacu keuntungan tambahan dengan memberikan pengalaman tetamu yang unggul.

"Industri hotel, lebih-lebih lagi pada hari ini, memerlukan penyedia teknologi yang memacu keuntungan dan mengukuhkan strategi pendapatan untuk perniagaan hotel. Kami teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan Sojern. Dua syarikat dengan satu matlamat yang sama: membantu hotel membawa strategi pendapatan secara terus mereka ke peringkat seterusnya," kata Clément Dénarié, Pengarah Perkongsian dan Pakatan Strategik Oaky.

Kedua-dua syarikat tersebut telah diiktiraf oleh Hotel Tech Report. Sojern merupakan peserta akhir dalam Kategori Teknologi Pengiklanan dan Metasearch 2022 dan telah dianugerahkan Sijil Kecemerlangan. Oaky telah dinobatkan sebagai Perisian Kenaikan Penjualan #1 bagi tahun 2022 untuk tahun yang ke-5 berturut-turut.

Akhirnya matlamatnya saling bermanfaat—menjangkau pelanggan di seluruh penyelesaian media berbilang saluran seperti carian, metasearch, Facebook dan paparan untuk meningkatkan jualan langsung dan keuntungan jangka panjang. 

Tentang Sojern

Sojern  ialah sebuah platform pemasaran digital terkemuka yang dibangunkan untuk pemasar pelancongan. Didayakan oleh kecerdasan buatan dan data hasrat pelancong, Sojern menyediakan penyelesaian pemasaran pelbagai saluran untuk memacu permintaan secara terus. Beribu-ribu hotel, tarikan, lembaga pelancongan dan pemasar pelancongan bergantung pada Sojern setiap tahun untuk menarik dan mempengaruhi para pelancong di seluruh dunia.

Tentang Oaky

Oaky  ialah sebuah enjin kenaikan penjualan automatik yang begitu diperibadikan yang membantu hotel meningkatkan pendapatan melalui pengalaman tetamu dan penjenamaan yang diperkayakan. Dengan menyemak imbas tawaran kenaikan penjualan yang terlaris, pengusaha hotel boleh menambah tawaran secara terus kepada tetamu yang diperibadikan dalam hanya beberapa klik dan mempromosikannya melalui komunikasi dengan tetamu yang ditetapkan tepat pada masanya. Oaky dipercayai oleh kumpulan, rangkaian dan hotel yang inovatif di seluruh dunia, termasuk ONYX Hospitality Group & Radisson Hotel Group.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/249299/sojern_logo.jpg?p=medium600


 

 

Source: Sojern
Keywords: Advertising Computer/Electronics Hotels and Resorts Travel