omniture

GEP BERSETUJU UNTUK MENGAMBIL ALIH COSTDRIVERS®, SEBUAH PLATFORM TREND RAMALAN, PENENTUAN KOS DAN HARGA PASARAN BEKALAN YANG TERKEMUKA MELALUI PEMBELIAN PEMEROLEHAN FIRMA KECERDASAN DAN SAINS DATA, DATAMARK®

GEP
2022-03-09 19:58 10
  • Pangkalan data besar berkaitan harga dan kos global memanfaatkan analitik data raya dan pembelajaran mesin untuk menyokong peramalan, pemodelan kos dan membuat keputusan pemerolehan perusahaan dan pasukan rantaian bekalan
  • Platform ini membolehkan profesional penyumberan, pemerolehan dan rantaian bekalan membangun, membanding dan membezakan rangkaian model kos yang mampan dan lengkap untuk hasil yang lebih hijau 
  • Syarikat induknya, Datamark memiliki kehadiran yang signifikan di Amerika Latin serta menjadi antara peneraju pasaran dan syarikat multinasional peringkat perusahaan di Brazil 

CLARK, New Jersey, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- GEP®, sebuah syarikat penyedia terkemuka bagi perisian dan strategi rantaian bekalan kepada perusahaan Fortune 500 dan Global 2000 di seluruh dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah bersetuju untuk membeli COSTDRIVERS®, sebuah platform pemodelan kos dan trend ramalan serta penentuan harga pasaran bekalan yang terkemuka serta memperoleh firma kecerdasan dan sains data, Datamark® Ltd. yang berpangkalan di Sao Paolo, Brazil melalui pengambilalihan syarikat induknya, Datamark International (Bermuda) Ltd. Urus niaga yang sedang menunggu kelulusan kawal selia ini dijangka bakal dimuktamadkan pada suku pertama tahun ini.

"Para pelanggan GEP boleh mengakses analisis data raya yang hebat dan cerapan pembelajaran mesin yang dipertingkatkan melalui salah sebuah platform ramalan penentuan kos dan harga yang paling unggul berbanding platform lain yang tersedia di mana-mana sahaja," kata Subhash Makhija, Ketua Pegawai Eksekutif GEP. "Walaupun pasukan perunding dan perkhidmatan terurus GEP telah memanfaatkan COSTDRIVERS untuk memberikan keputusan yang membawa pembaharuan, namun kami juga akan membolehkan para pelanggan perisian GEP memanfaatkan platform tersebut melalui penggabungan fungsinya yang hebat ke dalam platform pengurusan rantaian bekalan dan pemerolehan digital iaitu GEP SMART™ dan GET NEXXE™ ."

Makhija turut menyatakan, "Kami amat teruja dengan peluang yang ditawarkan oleh platform ini yang membolehkan para pelanggan memacu operasi penyumberan dan pemerolehan yang lebih mampan dalam pelbagai industri dan sektor."

COSTDRIVERS yang memiliki lebih 200 pelanggan perusahaan di 40 buah negara, menjejaki lebih 50,000 bekalan operasi dan komoditi di pasaran di seluruh dunia. Papan pemuka interaktif yang mudah digunakan ini menyediakan ramalan harga dan amaran tersuai terhadap peluang pengurangan kos yang memberi suapan kepada alat perancangan strategik dan belanjawan. Walaupun analisis ramalan dan algoritma proprietari mendorong fungsi ramalan yang diperkayakan AI, namun data sokongan yang amat relevan seperti sejarah perkembangan kos selama satu dekad atau lebih, memberi maklumat lanjut kepada perancangan senario dan pembuatan keputusan.

Tidak seperti platform COSTDRIVERS miliknya, tumpuan utama Datamark Ltd. ialah memberikan data pemerolehan khusus tentang produk pengguna, pembungkusan dan input perindustrian kepada pasaran Brazil. Brazil merupakan ekonomi ke-12terbesar di dunia dengan nilaian melebihi $1.36 trilion, manakala Datamark pula memiliki lebih 25% daripada 1,000 buah syarikat terkemuka di Brazil sebagai pelanggannya.

Tentang GEP 

GEP® memberikan penyelesaian rantaian bekalan transformasi yang membantu perusahaan global menjadi lebih tangkas dan berdaya tahan, beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan, memperoleh kelebihan daya saing, meningkatkan keuntungan serta meningkatkan nilai pemegang saham.

Memiliki pemikiran yang segar, produk inovatif, kepakaran domain yang tiada tandingan serta para pekerja yang bijak dan bersemangat — beginilah caranya GEP SOFTWARE™, GEP STRATEGY™ dan GEP MANAGED SERVICES™ menghasilkan penyelesaian rantaian bekalan pada skala, kuasa dan keberkesanan yang unggul. Para pelanggan kami merupakan syarikat-syarikat terbaik di dunia yang merangkumi ratusan buah syarikat peneraju industri daripada Fortune 500 dan Global 2000 yang bergantung pada GEP demi memenuhi matlamat strategik, kewangan dan operasi yang berwawasan tinggi.

Sebagai peneraju dalam pelbagai Gartner Magic Quadrants, perisian natif awan dan platform perniagaan digital GEP telah memenangi anugerah dan pengiktirafan secara konsisten daripada penganalisis industri, firma penyelidikan dan agensi media termasuk Gartner, Forrester, IDC dan Spend Matters. GEP juga kerap mendapat tempat teratas sebagai firma perundingan dan strategi rantaian bekalan dan penyedia perkhidmatan terurus yang terkemuka, antaranya daripada ALM, Everest Group, NelsonHall, IDC, ISG dan HFS.

Beribu pejabat di Clark, New Jersey, GEP juga memiliki pejabat dan pusat operasi di seluruh Eropah, Asia, Afrika dan Amerika. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.gep.com.

Hubungan Media
Derek Creevey
Pengarah Perhubungan Awam
GEP
Telefon: +1 732-382-6565
E-mel: derek.creevey@gep.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/518346/GEP_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: GEP
Keywords: Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Data Analytics