omniture

BERLINER TAGESZEITUNG melaporkan berita sepanjang masa dalam empat bahasa

Berliner Tageszeitung
2022-03-09 22:57 33

BERLIN, 9 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Sejak 07 Mac 2022, BERLINER TAGESZEITUNG (BTZ) telah melaporkan berita dalam empat bahasa secara serentak, termasuklah dalam bahasa Jerman, Inggeris dan Perancis. Dengan konsep untuk surat khabar harian yang kini unik di Jerman ini, BERLINER TAGESZEITUNG menyampaikannya kepada para pembaca dalam empat bahasa, secara berterusan, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

BERLINER TAGESZEITUNG melaporkan tentang semua topik dan acara yang berkaitan dengan bidang politik, perniagaan, sains, sukan, budaya, tabloid, media, internet dan hiburan secara bebas ekonomi dan bebas politik. Laporan editor juga diperoleh melalui agensi akhbar, serta sumber-sumber yang lain. BERLINER TAGESZEITUNG mendasarkan pelaporannya pada amalan Majlis Akhbar Jerman dan Kesatuan Eropah yang telah mantap, serta komited terhadap keobjektifan, kebenaran dan kewartawanan berkualiti pada tahap tertinggi.

Untuk membolehkan BERLINER TAGESZEITUNG menerbitkan berita dalam empat bahasa sepanjang masa, BERLINER TAGESZEITUNG dibekalkan oleh agensi berita dari seluruh dunia dengan artikel yang datangnya daripada beratus-ratus orang wartawan serta telah disusun, ditapis dan kemudiannya diterbitkan oleh kakitangan editorial BERLINER TAGESZEITUNG. Kemudahan ini memberi kelebihan kepada para pembaca dari segi akses terhadap semua maklumat yang penting dengan pantas pada setiap masa, tanpa mengira waktu dan lokasi.

BERLINER TAGESZEITUNG melaporkan pelbagai berita dari seluruh dunia, termasuklah suasana krisis serta zon perang. BERLINER TAGESZEITUNG turut menggunakan khidmat wartawan bebas untuk mendapatkan semua sumber maklumat ini.

BERLINER TAGESZEITUNG mengikuti garis panduan dalaman kumpulannya: "Surat khabar bercetak adalah berita semalam". Perlu diingatkan bahawa surat khabar bercetak selalunya hanya boleh dihantar kepada pembaca pada hari berikutnya, itulah sebabnya BERLINER TAGESZEITUNG bergantung secara eksklusif pada sektor dalam talian selama bertahun-tahun.

Satu konsep pengaturcaraan unik yang digabungkan dengan bank pelayan yang besar di lokasi tidak berpusat memastikan pelaksanaan teknikalnya. Bilangan unit bebas ekonomi yang bersaing antara satu sama lain adalah kecil di Republik Persekutuan Jerman, ini kerana beberapa penerbit akhbar yang besar namun sedikit bilangannya ini memiliki banyak unit penerbitan dan akhbar. Dalam konteks ini, BERLINER TAGESZEITUNG bergerak secara bebas dan beroperasi dalam kumpulan bersama-sama dengan penerbit lain seperti DEUTSCHE TAGESZEITUNG dan banyak lagi.

Berbeza sama sekali dengan akhbar harian lain di Jerman, anda tidak perlu melanggan BERLINER TAGESZEITUNG namun masih dibekalkan dengan semua berita dalam talian secara berterusan.

BERLINER TAGESZEITUNG ialah sebuah akhbar harian konservatif liberal. Kandungan akhbar ini tidak ditentukan oleh ketua editor, tetapi oleh editor dan pemiliknya, sama seperti akhbar dan penerbitan lain di seluruh dunia.

Laman web: https://www.BerlinerTageszeitung.de

Hubungan akhbar: 

BERLINER TAGESZEITUNG
GSmedia - Bahagian Media GSB Gold Standard Corporation AG
Media@BerlinerTageszeitung.de
Telefon: +49 30 2092 40 46
Faks: +49 30 2092 42 00
Kakitangan untuk dihubungi: Steven Snyder

KEKUNCI META: 

Berlin Daily, Akhbar Harian, Akhbar, Berlin, GSB Gold Standard Corporation, Akhbar Bercetak Adalah Berita Semalam, Dalam Talian, Wartawan, Pengaturcaraan, GSB, GSB Gold Standard, Berita 

Source: Berliner Tageszeitung
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services